SEARCH

Kitaran Hidup 24 Jam Uniqlo LifeWear Untuk Musim S/S 2019

Kitaran Hidup 24 Jam Uniqlo LifeWear Untuk Musim S/S 2019

uniqlo lifewear spring summer 2019

Daripada kitaran hidup di ruang kamar, ke suasana kesantaian yang mengharumi mesra ruang tamu sehinggalah gambaran bekerja di pejabat. Uniqlo LifeWear musim bunga panas 2019 merencanakan satu perjalanan cerita yang bermain dengan gaya-gaya yang membaluti si individu 24 jam dalam melangsungkan urusan hidupnya.

Uniqlo Lifewear mempersembahkan himpunan terbaru musim bunga panas 2019!

Tidak menyingkirkan sepenuhnya falsafah inovasi dan perhatian terhadap perincian, terutama sekali butiran-butiran rekaan dengan kefungsian pada fabrik, warna juga siluet, Uniqlo LifeWear mengatur seiring barisan himpunan pakaian yang menyaingi masa, bersesuaian dengan tempat serta situasinya.

Rangkaian-rangkaian utama seperti Relax Casual, Loungewear, Active Wear dan Smart Wear menjadi pusat perhatian untuk Uniqlo LifeWear kali ini. Ia memberi penegasan pada helaian-helaian baju kait ringan juga mengolah rekaan-rekaan dalam rona merah, biru, hijau juga kuning. Mengkonsepsikan easy layering baik untuk keadaan cuaca panas mahupun sejuk dingin.

Terbahagi kepada empat rangkaian yang disusun bersandarkan siri berbeza-beza. Rangkaian Relax Casual menampilkan UT Collection, AIRism, ceraian-ceraian kait ringan, kemeja-kemeja polo serta seluar kapas EZY. Manakala Loungewear membariskan seluar fabrik 100 peratus rayon Relaxo dan Steteco, pajama kapas lembut dan helaian-helaian lain yang bersangkut paut dengan faktor keselesaan.

 

Active Wear lazimnya adalah helaian-helaian berinspirasikan aspek kesukanan. Maka ia memperlihatkan koleksi daripada fabrik-fabrik yang mementingkan prestasi seperti Bloktech yang tidak melumpuhkan hubungan pemfungsian dengan selesa serta seluar-seluar KANDO yang teramat ringan dan sesuai untuk iklim musim panas yang hangat. Akhir sekali, Smart Wear pula sudah tentulah memfokus kepada work wear yang tidak gentar dengan permainan gaya formal bersama estetika kasual yang terbentuk menerusi jaket KANDO, EXY Ankle Pants, kemeja-kemeja yang tidak perlu diseterika dan blaus-blaus 100 peratus rayon.  

Tidak ketinggalan juga himpunan kolaborasi Uniqlo yang sudah menapak, menjadi ikon utama – yakni Ines de la Fressange dan Hana Tajima – yang masih lagi dikekalkan musim ini!

Kesemua himpunan musim bunga panas 2019 Uniqlo LifeWear ini bakal dijual secara progresif di stor-stor utama pada bulan Januari yang mendatang.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE