SEARCH

Kartun & Karakter Legenda Ikon Baharu Uniqlo UT

Kartun & Karakter Legenda Ikon Baharu Uniqlo UT

Sementara ketaasuban serta sambutan pada Avengers Endgame masih tengah ‘membadai’ dan ada yang tak bisa beralih lagi selepas tayangan perdananya tempoh hari… Uniqlo menghidangkan pula rangkaian Uniqlo UT musim bunga panas 2019, yang menampilkan motif ikon-ikon kartun legenda. Perfect! Kena dan tepat pada masanya!

uniqlo UT

Falsafah yang menjadi dasar Uniqlo UT kali ini adalah, “It’s just a T-shirt,” you might think. Makna di sebalik falsafah ini adalah ia bukan sekadar kemeja T biasa. Ia adalah satu ekspresi yang mencerminkan personaliti dan karakter si pemakainya. Ada lebih seribu koleksi kemeja T yang mempersembahkan karya-karya seni artis-artis legenda dan kontemporari, daripada motif-motif manga, ke komik-komik Amerika sehinggalah ikon-ikon permainan video.

Dalam pada kehangatan Avengers Endgame sekarang, sudah tentulah Uniqlo UT yang baharu ini tidak terlepas daripada menyoroti ikon juga budaya pop Marvel Comics. Uniqlo bergabung tenaga dengan artis berpangkalan di New York, yakni Jason Polan dalam mereka grafik-grafik Marvel Comics untuk koleksi kapsul UT ini. Watak-watak Captain America, The Hulk, Spider-Man, Iron Man dan semua yang bersangkut paut dengan Marvel Comics serta The Avengers terhias menjadi motif utamanya.

uniqlo UT

Di samping itu, bersempena ulang tahun ke-40 Gundam, Uniqlo UT turut imbas balik sejarah sewaktu Mobile Suit Gundam pertama kali terbetik di kaca televisyen Jepun. Siri televisyen ini yang telah mencorakkan fenomena dahulu – sebuah siri yang menyingkap setting masa hadapan Universal Century ketika Zeonic War for Independence, memerihalkan kisah penjajah-penjajah di dunia berperang meraih kemerdekaan – menjadi salah satu ilham motif Uniqlo UT musim bunga panas 2019.

Antara highlight Uniqlo UT yang lain termasuklah ikon-ikon permainan video 90an seperti Super Mario juga CAPCOM Street Fighter, Star Wars Master of Graphics, Hokusai Blue, Studio Sanderson – studio hiasan dalaman yang sangat dikenali di Great Britain.

uniqlo UT

Uniqlo merai pelancaran himpunan Uniqlo UT Wear Your World musim bunga panas 2019, menghidupkan pop-up exhibition di Mid Valley Megamall empat hari yang lalu sehingga hujung minggu ini – pop-up yang menampilkan aktiviti-aktiviti buat pengunjung-pengunjung, permainan interaktif serta pod foto buat mereka yang mahu menyandiwarakan karakter Super Mario.  uniqlo UT

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE