Posted on December 8, 2020
Bertukar-tukar persalinan, sampai enam kali! Vanessa Hudgens benar-benar beri yang terbaik sepanjang mengacara MTV Movie & TV Awards kelmarin. Daripada menyerupai Victoria Beckham di atas karpet merah ke bercanda melakonkan watak Karate Kid sehinggalah memerankan watak Carrie White dalam filem Carrie, Hudgens bersungguh-sungguh mahu menjadikan ‘persembahannya’ sebagai pengacara itu sesuatu yang tidak dapat dilupakan.
Vanessa Hudgens menghidupkan watak Carrie yang berlumuran darah dalam filem ‘Carrie’
Kata Hudgens, “Hosting a show during this time is, you know, a little weird. A lot more COVID testing, but it’s really great to be able to come here and celebrate and to be able to uplift people during these times.”
Bertemakan ‘GOAT’ – yakni Greatest of All Time – MTV Movie & TV Awards tahun ini berganti haluan atas sebab pandemik COVID-19. Acara ini menyelongkar semula retrospeksi dan meninjau kembali filem-filem terdahulu yang menampilkan scene-stealing performances, babak-babak ikonik dan detik-detik yang mencetus budaya pop perfileman. Contohnya menganugerahi ‘The OGs’ Jamie Lee Curtis ‘GREATEST Scream Queen’ dan babak bercium Selma Blair dengan Sarah Michelle Gellar dinobatkan sebagai ‘Legendary Lip Lock’.
Jaket bomber dengan jean, Hudgens ‘menyandiwarakan’ filem ‘Karate Kid’
Hudgens berseronok dengan tema tahun ini dan dia tidak alang-alang menonjolkan dirinya sebagai pengacara majlis. Dia sempat berseloroh dengan kependekan gabungan huruf-huruf daripada ‘Greatest of All Time’ yakni ‘GOAT’, Hudgens mengaitkan ia dengan goat yoga dalam salah satu skit dan yang paling diingati (rasa-rasanya) adalah melakonkan watak Carrie seperti dalam babak klimaks filem tersebut – secara spesifik, babak klimaks Carrie berjeluas dengan darah khinzir di majlis prom.
Mengulas bicara enam look berbeza yang dipersembahkan oleh Hudgens, sudah tentu pertukaran persalinannya itu menjadi perhatian. Penata gaya selebriti, Jason Bolden bertanggungjawab dalam menata gaya Hudgens di acara MTV Movie & TV Awards kelmarin. Ketika dia beraksi di atas karpet merah, sebelum mengacara majlis anugerah berdurasi 90 minit itu, Hudgens menyarung dress mini strapless daripada Versace. Kelihatan seperti Posh Spice, dia melengkapkan penampilan tersebut dengan coker juga daripada Versace serta barang kemas daripada David Yurman.
Hudgens menggayakan Versace
Selain itu, antara look Hudgens yang mencuri perhatian termasuklah ketika dia membuat kemunculan awal di atas pentas sebagai pengacara. Hudgens menggayakan dress panjang daripada Tony Ward Couture berona jingga salmon yang menayangkan bahagian torso-nya. Kemudian, Hudgens bertukar lagi kepada dress yang juga berkonsepkan cut-out pada bahagian torso, yakni dress yang menggabungkan material seperti kulit paten (pada bahagian atas) dengan skirt kembung (pada bahagian pinggang) yang berperincian gathers.
Hudgens menggayakan dress Tony Ward Couture sewaktu muncul di atas pentas
Hudgens menggayakan dress Christopher Kane
Selain Vanessa Hudgens, Siapa Lagi Selebriti Yang Curi Perhatian di MTV Movie & TV Awards : GOAT?
90’s SCREAM queen, Neve Campbell’s back! Dia menggayakan Aliette
Lily Collins menyarung dress latex Saint Laurent
Peyton List menggayakan dress Roberto Cavalli
Sofia Carson dalam gaun Valentino
SIA menggayakan Dolce & Gabbana sewaktu membuat persembahan
Apa pandangan anda?