SEARCH

Luke Evans Diangkat Sebagai Wajah Rasmi Versace Eyewear!

Luke Evans Diangkat Sebagai Wajah Rasmi Versace Eyewear!

Berlakon dalam filem Ma yang baru dua minggu lalu release di pawagam, kemudian beraksi dalam siri terhad The Alienist lagi, muncul pula dengan filem Angel Of Mine yang bakal dilepaskan hujung Ogos ini… Luke Evans is one busy man! Nama dan orangnya semakin hangat jadi sebut-sebutan, apatah lagi bila diangkat sebagai wajah rasmi untuk Versace Eyewear.

Ya, Luke Evans adalah wajah rasmi untuk Versace Eyewear!

luke evans versace eyewear

Pengumuman ini yang diuar-uarkan oleh Versace pada hujung bulan Julai lepas, memperlihatkan kempen fesyen yang dihasilkan oleh Mert Alas dan Marcus Piggott – menampilkan Luke beraksi bersama himpunan kaca mata baharu Versace, digayakan dalam helaian-helaian serta aksesori lain daripada Versace. Mert dengan Marcus memotret Luke dalam imej yang jelas juga terang, tidak ada sebarang efek tambahan yang tak masuk akal dan seumpamanya. Ringkas, sekadar menunjukkan wajah broody dan killer jawline pelakon berusia 40 tahun ini.

Himpunan terbaru Versace Eyewear untuk lelaki kali ini berasaskan inspirasi Versace merai warisannya. Versace, seperti mana semua tahu, begitu ‘defensif’ dalam menjaga atau memelihara jati dirinya, sudah tentulah tidak menyingkir motif Greek Key juga Medusa – yang signifikan buat Versace – dan kedua-dua motif ini menghiasi bingkai serta bahagian bridges kaca mata tersebut. Motif Greek Key dihasilkan dalam rupa ukiran laser manakala motif Medusa diolah seperti stud (bukan sahaja pada bridges namun juga pada temple tips).

Ada dua gaya Versace Eyewear baharu ini yang menjadi tumpuan utama. Antaranya bentuk logam rata dengan lensa clean-cut dan kaca mata hitam juga cermin mata stail optikal dalam rekaan visor-shaped.

3 SEBAB (KAMI RASA) MENGAPA LUKE EVANS JADI WAJAH RASMI VERSACE EYEWEAR!

Kami kira ini adalah tiga sebab mengapa Luke Evans dipilih oleh Versace sebagai wajah rasmi untuk rangkaian kaca mata baharunya.

Yang pertama-tama, of course, kerana Luke adalah kawan Donatella! Bukan atas tujuan menginding, namun Luke selalu terlihat bersama Donatella dan tahun lepas, dia hadir dengan Donatella di GQ Awards. Luke turut menjadi presenter untuk pencalonan Designer Of The Year di GQ Awards tersebut dan mengumumkan nama Donatella sebagai pemenangnya.

Yang keduanya, “Love at first sight.” Begitulah Donatella sebaik sahaja bertemu dengan Luke buat kali pertama. Donatella sendiri mengaku bahawa dia bukan sahaja ‘jatuh hati’ dengan kekacakan yang dianugerahkan kepada Luke, malah dia juga suka karisma yang ada pada Luke. Jelas Donatella, pertuturan atau apa yang dicakapkan oleh Luke adalah antara ‘poin ekstra’ mengapa personalitinya menawan. Lalu, Donatella tidak teragak-agak menyunting Luke untuk menjadi wajah rasmi Versace Eyewear.

luke evans versace eyewear

Yang terakhir… Luke exudes zaddy energy! Ya, betul. Luke adalah ‘epitome’ kepada maksud zaddy sejati. Secara umumnya, zaddy adalah lelaki yang menarik, stailish, ada daya tarikan seks dan memiliki swag. Luke melengkapi karakter-karakter tersebut. Lihat saja akaun Instagram-nya. I mean…

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE