SEARCH

Vendetta Virgil Abloh Untuk Louis Vuitton S/S 2019

Vendetta Virgil Abloh Untuk Louis Vuitton S/S 2019

virgil abloh louis vuitton

Keluhan, keresahan dan keterujaan orang fasal Virgil Abloh untuk Louis Vuitton sudahnya terjawab. Debut Virgil di Louis Vuitton musim bunga panas 2019 menabur sandiwara yang terisi oleh macam-macam tanggapan. Rimbunan tahniah daripada selebriti-selebriti yang hadir, memperhitungkan antisipasi pencinta-pencinta fesyen Virgil – peminat-peminat jenama Off-White – dan sudah tentu ada yang seperti menelan pahit setelah menyaksikan pertunjukan pertamanya itu – we are looking at Angelo Flaccavento with that ‘roll-eyes’ emoji.

Sebermula Virgil diumumkan sebagai penghulu kreatif menswear di Louis Vuitton, tak lupa juga reaksi teman-teman saya yang kurang berkenan, seakan-akan ‘mencicik’ dengan keputusan tersebut. Pelik juga, kenapa belum apa-apa lagi terus membenci? Terlalu awal membuat penilaian. Can your preoccupation of others, be in fact is a distraction from your own morbid reality?

virgil abloh louis vuitton

It’s either you love Virgil Abloh or he’s just not your cup of tea.

Itulah kuasa Virgil. Dia saja yang bisa sederap mencetus kecintaan dan kebencian. Dia seperti ada tarikan yang berjaya memusatkan pandangan segenap dunia kepadanya. Baguslah, sekurang-kurangnya apa yang dia lakukan, sama ada di Off-White dan sekarang, mengemudi Louis Vuitton, meniti bunga bibir orang. Tentang pertunjukan debut Virgil di Louis Vuitton tempoh hari? It was an emotional show.

Kanye West bangkit daripada tempat duduknya, terus memeluk Virgil yang kelihatan ‘fragile’ ketika finale. Kami anggap mungkin kerana Kanye – teman rapat Virgil, pernah bekerja bersama-sama di Fendi – faham kesusahan yang Virgil alami sepanjang proses menghasilkan Louis Vuitton. Lalu Virgil tak mampu melawan perasaan itu, mengacau emosinya sewaktu dalam pelukan Kanye.

Virgil umpama the new disruptor. Kehadiran Virgil ke medan fesyen, menerbitkan budaya pop menerusi kreativiti yang dia salurkan pada jenama Off-White dan membawa pembaharuan dalam dunia menswear menjadi antara faktor utama kepada pemilihan dia sebagai pengarah artistik lelaki Louis Vuitton. Sebab itu jugalah Michael Burke, selaku pengerusi dan pegawai ketua eksekutif Louis Vuitton yang pernah bertindak sebagai pegawai ketua eksekutif di Fendi, menyunting Virgil. Kerana Michael tahu nilai serta selok-belok kerja Virgil.

Setelah berlakunya pertukaran dan seumpamanya, Louis Vuitton juga mendambakan kebaharuan. Kim Jones yang agak lama duduk di atas takhta pengarah artistik lelaki Louis Vuitton, yang asyik mengkhayalkan kita dengan rekaan kelana Afrika barangkali menjemukan. I mean, kami suka apa Kim pernah buat untuk Louis Vuitton sebelum-sebelum ini. Namun terdetik juga rasa pabila menyaksikan ‘kembara Afrika Kim’ di Louis Vuitton yang membuatkan kita fikir, “Sudah-sudahlah.”

Jadi apabila masuknya Virgil, dijulang sebagai pengarah artistik untuk jenama mewah yang diasaskan pada 1854 ini, berbekalkan lagi kredibiliti yang masih dipersoalkan – orang masih lagi sangsi dengan kredibiliti Virgil sebagai pereka fesyen – serta reputasi dia yang didakwa sering meniru atau memplagiat jenama-jenama lain, telah merosotkan kepercayaan orang tentang kemampuan Virgil mengepalai bahagian lelaki Louis Vuitton. Namun dalam masa yang sama, mereka juga tidak dapat menahan sabar mahu melihat apa yang dibawakan oleh Virgil. In a way, secara tidak langsung ia digembar-gemburkan dan membentuk hype fasal Virgil di Louis Vuitton… sehinggalah ke hari ini, selepas pertunjukan debut dia minggu lalu.

Dan secara tidak langsung, Virgil menjelmakan aura (seperti yang dijelaskan dalam perenggan keempat). Menarik orang ramai untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada himpunan Louis Vuitton musim bunga panas 2019. Rakan-rakan Virgil juga terdiri daripada selebriti-selebriti A-list, – selain Kanye, Rihanna, Bella Hadid juga Kim Kardashian West adalah kawan-kawan Virgil – dia mengenali hampir semua individu terpenting fesyen serta golongan kenamaan yang menyuntik tenaga kepada keberadaan Virgil dalam industri fesyen dan tidak mematahkan semangatnya. Di samping itu, Virgil dikenali dengan sifat ramah mesra dan pembawaan rendah dirinya.

I don’t call myself a designer, nor do I call myself an imagemaker. I don’t reject the label of either. I am not trying to put myself on a pedestal, nor am I trying to be more, now. I would like to define the title of Artistic Director for a new and different era.”

Mungkin itu yang membuatkan dia disenangi oleh orang ramai, sungguhpun dikecam.

Malah dalam pertunjukan Louis Vuitton di Palais Royal minggu lalu juga, Virgil dipuji kerana mendukung diversifikasi. Menampilkan barisan model-model berkulit hitam untuk pembukaan dan penutupan, memerihalkan kemahuan dunia fesyen masa kini yang memberatkan hal diversifikasi. Dengan pentas peragaan disimbah warna-warni laksana pelangi, memperlihatkan keterbukaan Virgil juga Louis Vuitton yang mengaburi diskriminasi. Ini 2018, Virgil menafaskan kesegaran!

Turut terlihat dari aspek perubahan yang dibawakan oleh Virgil untuk Louis Vuitton untuk musim bunga panas 2019 adalah inovasi pada siluet juga rekaan pakaian lelaki. Membawa kelainan dan kerelevanan untuk pasaran lelaki sekarang. Seperti mana yang pernah dilafazkan oleh Virgil sebelum-sebelum ini, “Off-White adalah untuk saya yang berusia 17 tahun manakala rekaan Louis Vuitton untuk saya di usia 37 tahun kini.” Virgil memperkenalkan siluet baru – pada helaian-helaian serba putih – butiran-butiran luar biasa seperti tekstur kuilt juga teknik ikat dan celup dan kombinasi blok rona kontra yang unik. Apa yang menarik lagi adalah keberanian Virgil mengambil karakter Wizard Of Oz, secara spesifik imej Dorothy bersama watak-watak lain menelusuri yellow brick road, sebagai salah satu motif utama musim mendatang.

Letak ke tepi apa-apa kisah semalam yang negatif fasal Virgil  dan fokus kepada kepositifan yang Virgil bawa untuk Louis Vuitton musim bunga panas 2019. Bagi Virgil peluang untuk terus berkarya, merevolusikan Louis Vuitton. Mana tahu, Louis Vuitton tak lagi seperti selalu dan saban musim nanti ada saja kebaharuan? Terfikir-fikir juga pasti ada sesuatu yang mahu dikatakan oleh Diet Prada fasal himpunan Louis Vuitton ini, bukan? And mostly negative?

virgil abloh louis vuitton

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE