SEARCH

Walaupun Dah Lama Meninggalkan Gucci, Tom Ford Masih Dapat Bilik di Gucci Museo?

Walaupun Dah Lama Meninggalkan Gucci, Tom Ford Masih Dapat Bilik di Gucci Museo?

TomFord2_stailMY

Sesiapa pun tidak dapat menidakkan kuasa Tom Ford yang mendefinisikan Gucci dalam era moden. Kemeja-kemeja sutera satinnya, seluar flare dan fur sangat sinonim dengan Gucci sewaktu Tom Ford menjadi pereka jenama ini. Dan Gucci waktu ini menjadi pilihan banyak selebriti terkemuka dunia seperti Gwyneth Paltrow dan Madonna antaranya. Malah Gwyneth turut memakai Gucci dalam filem Great Expectation.

Bagi memberi penghormatan kepada Tom Ford, jenama ini mengkhususkan dua bilik baru di muzium Gucci di Florence, Gucci Museo khas buat pereka ini. Ia dilancarkan seiring dengan majlis tanda tangan buku fotografi Gucci, Epiphany oleh Ari Marcopoulos yang berlangsung di muzium ini. Ia juga selaras dengan minggu dagang Pitti Uomo di Florence.

Bilik Tom Ford ini memaparkan koleksi wanita dan lelaki ready-to-wear dalam satu bilik dan aksesori dalam bilik satu lagi. Menurut Michele sebab bilik-bilik ini dibuat ialah untuk mengingatkan pengunjung tentang cara Tom Ford menggalakkan ekspresi diri dengan membangunkan estetika sensual dan distinctive untuk rumah fesyen ini. Pengarah Kreatif Gucci kini, Alessandro Michele sendiri yang curate look-look di dalam bilik ini bagi memperlihatkan estetika rekaan Tom Ford di era 90-an. Michele dipilih sendiri oleh Tom Ford untuk bekerja dengannya di pejabat London pada 2002. Malah Michele cukup mengagumi Tom Ford.

Sewaktu Ford di Gucci, dia percaya bahawa seks boleh dimadukan ke dalam pendekatan mewah kerana ia lebih provokatif dan menarik. Ini seterusnya mencetuskan perdebatan budaya. Gaya susunan ready-to-wear dalam bilik ini juga dilihat sebagai teatrikal.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE