SEARCH

Wanderlust + Co, Inspirasi Laut Menguning Emas Bulan Syawal Ini!

Wanderlust + Co, Inspirasi Laut Menguning Emas Bulan Syawal Ini!

Mengiringi musim panas mendatang ini, jenama barang kemas yang diasaskan oleh Jenn Low yakni Wanderlust + Co menghidangkan sesuatu yang luar biasa. Mencungkil semarak musim panas yang mengangankan kita pada rona jingga keemasan, – suasana pasir atau kersik halus emas terbias sinarnya dek matahari terik yang mengharumi ruang mesra musim panas – mengilhami #WCOGirlgang.

Wanderlust + Co menyusun aksesori-aksesori atau barang kemas pilihan musim panas – daripada rangkaian batu permata, kepada sesuatu yang versatile sehinggalah berupa minimalis – sebagai peneman kala percutian tepi laut pertengahan tahun ini.

Cadangan kami? Kebetulan musim perayaan Raya pun jatuh pada waktu yang sama, apa kata tambah seri diri dengan aksesori-aksesori Wanderlust + Co musim panas ini!

Bukan untuk mengajak diri menentang rasa gaya sedang-sedang di Hari Raya ini, cuma hendak juga mendandani diri, asalkan tidak keterlaluan. Mengindahkan diri, tidak hanya sekadar memasang badan dengan pakaian-pakaian cantik sahaja, biar menarik pabila dipandang. Lengkap dengan aksesori-aksesori kemilau serta berona emas-keemasan untuk mengecap rasa sempurna.

Tidak kira apa warna atau gaya baju Raya kamu, takkan pernah salah dengan barang kemas. Kerana sifat aksesori-akseosri berona emas yang ‘serba boleh’, ia tidak mencela penampilan. Ini adalah antara yang dipersembahkan oleh Wanderlust + Co kali ini :

wanderlust co musim panas syawal hari raya

GEMSTONES

Menggabungkan warna-warna lain pada rekaannya, untuk menyuntik tenaga. Padankan barang kemas berona batu gelas dalam nada dingin, berbentuk organik (inspirasi bentuk-bentuk lautan) dan permukaan bak berombak memimik paluan ombak dengan gaya hari Raya kamu!

VERSATILE PIECES

Hari Raya memerlukan kamu untuk menjadi chameleon saat bergaya. Apatah lagi baju-baju daripada corak, rona atau stail yang berbeza-beza atau saling bertelingkah gayanya. Wanderlust + Co musim panas datang dengan versatile pieces yang bisa dipakai untuk apa jua penampilan. Tidak kisahlah jika gayanya sedikit formal mahupun semi kasual, sifat fleksibiliti versatile pieces ini membantu.

MINIMALIST PIECES

Bilang Wanderlust + Co, minimalist pieces adalah keperluan untuk pergi bercuti. Senang dibawa ke mana-mana, ditambah pula rekaan-rekaannya tidak merumitkan gaya kamu. Menyemat bentuk-bentuk geometri, memudahkan cara kamu memakainya. Dengan baju Raya atau baju-baju pasca-hari Raya, terpulanglah!

WANDERLUST + CO PILIHAN STAIL.MY UNTUK BULAN SYAWAL INI!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE