SEARCH

Workwear Baru Si Working Girl: 10 Ilham Gaya-gaya Fall/Winter 2017

Workwear Baru Si Working Girl: 10 Ilham Gaya-gaya Fall/Winter 2017

Kita gelak, rasa pelik dan ragu-ragu melihat wanita-wanita Barat dahulu yang bekerja memakai sut skirt, power suit dan ada wanita-wanita Amerika pula bergaya dalam sut dengan berkasut sniker. Masa itu senarionya berbeza. Ia zaman di mana wanita-wanita berkehendakkan bekerja (rata-ratanya bidang profesional) – atas faktor ekonomi dan back in the 60s, wanita-wanita Britain berjuang untuk kesamaan hak terutama sekali hal bidang kerja. Dan tentang alasan wanita-wanita Amerika memakai sut skirt dengan sniker, kerana mereka dalam bekerja sentiasa perlu bergerak pantas. Dari subway ke tempat kerja dan terkejar-kejar menahan teksi.

Namun, budaya wanita-wanita bekerja ‘berkolar putih’ atau working women ini serupa saja dengan sekarang. Tidak ada bezanya pun. Sebab peredaran ini, kita bisa lihat gaya-gaya bekerja atau workwear berubah. Nadi gaya bekerja untuk wanita ini bagai takkan mati denyutannya. Ada saja pertumbuhan gayanya – daripada sut skirt, ke jangka waktu power dressing Armani sangat popular sehinggalah era wanita jadi kreatif dalam kod penggayaan kerja. Usahkan gaya bekerja, sedangkan bidang kerja wanita juga sudah bertukar-tukar. Bidang profesional, bidang kreatif, you name it. Semua sudah wanita ceburi, siap ada yang mampu mengungguli yang lain lagi when it comes to bidang kerjanya.

Tak hairanlah sorotan ini menjadi perihal sosiologi pereka-pereka dan jenama-jenama untuk hasilkan gaya bekerja saban musim. Masuk musim luruh nanti, gaya-gaya kerja wanita dirayakan dalam cara baru, pendekatannya berbeza-beza dan diversified.

Sut kelabu dan tailored yang sedikit maskulin dijunjung sebagai gaya kerja utama wanita sebagaimana yang boleh dilihat di Calvin Klein. Tidak ada lagi istilah konformis di mana wanita tidak mampu bergaya sut ala kelelakian, sebaliknya tanggapan itu ditepis oleh Raf Simons di Calvin Klein. Dan ingat lagi trend pantsuit? Guess what, pantsuit’s back! Loewe, Jacquemus dan The Row pula seperti memangsi imej #imwithher Hillary Clinton sebagai ilham, pabila gaya pantsuit menelusuri pentas.Tory Burch pula memelihara konsep femininity untuk gaya bekerja, sesuatu yang mana-mana wanita can connect to. 

Dalam merayakan gaya-gaya kerja atau workwear ini, kami bentangkan semua idea gaya berseluar untuk si wanita sebagai inspirasi kerja kamu. Untuk kamu buangkan weekdays blues itu. Tidak ada gaya berskirt untuk kerja atau kalau berseluar sekalipun, tidak mahu lagi yang penampilannya biasa-biasa saja. Mengikut telahan kami, gaya-gaya berseluar ini adalah uniform kerja yang baru, lebih-lebih lagi buat yang agresif masa bekerja. Untuk wanita moden dan kontemporari. Tambahan, majoriti gaya-gaya ini juga tak susah untuk kamu peragakan ala modest wear, why not?

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE