SEARCH

Yoyo Cao Menggayakan Max Mara Sekitar Seoul di Mana Jenama Ini Mempersembahkan ‘Coats!’

Yoyo Cao Menggayakan Max Mara Sekitar Seoul di Mana Jenama Ini Mempersembahkan ‘Coats!’

Yoyo Cao Max Mara Seoul #Maxmaracoatsseoul

Siapa tidak kenal Yoyo Cao. Antara pembentuk dunia fesyen sarwajagat asal Asia yang cukup membanggakan. Melumpukkan bilangan pengikut beratus ribu di platform media sosial @yoyokulala, mewadahi kita secara digital tentang fesyen serta gaya hidup menerusi YOYOKULALA.com, usahawan juga pereka fesyen dan sosok yang tidak henti-henti menjadi subjek utama di minggu fesyen, Yoyo Cao yang berpangkalan di Singapura berjaya menyematkan nama Asia Tenggara di persada antarabangsa.

Yoyo Cao Max Mara Seoul #Maxmaracoatsseoul

Yoyo diundang khas oleh Max Mara, menerbangi angkasa ke Seoul, Korea bagi menghadiri pameran fesyen edisi baru oleh Max Mara yakni ‘Coats!’. Coats! adalah satu pertunjukan yang meriwayatkan sejarah 60 tahun atau enam dekad jenama Max Mara.

Setelah ia ke dua bumi terbesar yakni Moscow dengan Beijing, sebelumnya ke Tokyo dan Berlin, sekali lagi kreativiti juga inovasi Studio MIGLIORE+SERVETTO ARCHITECTS digunakan bagi mencapai realisasi pameran Coats! yang kini berpusat di binaan ikonik ultra-moden di Seoul, Korea yang direka oleh Zaha Hadid, Dongdaemum Design Plaza atau DDP. Dan pameran Coats! kali ini akan memperlihatkan satu yang baharu fasal gambaran keseluruhan warisan Max Mara!

Pameran Coats! di Seoul membawa kita berkelana ke tujuh bilik yang diseRIKAN dengan tema khusus mencerminkan visi pengasas Max Mara, Achille Maramotti – The founder, creative study, colorama, the icon, the set, the Max Mara women dan the fashion show. Lebih 90 kot Max Mara dipertunjukkan, bermula dari rekaan awal-awalnya pada tahun 50an sehinggalah yang baru sahaja dipersembahkan di pentas Milan.

Yoyo Cao Max Mara Seoul #Maxmaracoatsseoul

YOYO CAO BERAKSI #maxmaracoatsseoul

Dalam mengiringi sambutan pameran Coats! di Seoul, Max Mara berpadu tenaga dengan Yoyo Cao – mendandani dan memperlengkapi Yoyo dalam ceraian kot serta helaian-helaian lain dan aksesori seperti beg tangan yang kesemuanya daripada jenama Max Mara. Secara eksklusif, kami mempersembahkan #MaxmaraCoatsSeoul yang penuh dengan ragam Yoyo menggayakan Max Mara, beraksi ala street style mengitari kota Seoul dan memerihalkan aktiviti seharian dia di sana (seperti dalam gambar-gambar yang boleh dilihat dalam ruangan ini).

Dari Hanok Village yang bermain dengan sukma Yoyo yang kelihatan begitu menghargai tradisi juga ketenangan lokasi tersebut, berkeliaran di sepanjang jalanan kota sampailah ke butik Max Mara. Dia berlibur, bersantai malah bersahaja dalam setiap syot, nampak stail-ish dalam helaian Max Mara musim dingin.

Yoyo Cao Max Mara Seoul #Maxmaracoatsseoul

Gaya serba ringkas dan kasual, Yoyo memilih untuk menyarung kot putih krim labuh dengan lapel besar daripada Max Mara, dilapiskan atas kemeja putih bersama ceraian kait rollneck bercorak jalur dan berseluar jean. Kasut but yang menutupi kaki dan beg tangan jinjit putih juga daripada Max Mara melengkapkan penampilan Yoyo. acu padan  yang cohesive, menegaskan penggayaan paling sempurna untuk si traveler. 

Yoyo Cao Max Mara Seoul #Maxmaracoatsseoul

 

Yoyo Cao Max Mara Seoul #Maxmaracoatsseoul

GAMBAR-GAMBAR ‘STREET STYLE’ YOYO CAO & #MAXMARACOATSSEOUL YANG LAIN 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE