SEARCH

Zendaya Paling Stylish 2017 & Bagaimana Untuk Jadi Stailish Sepertinya

Zendaya Paling Stylish 2017 & Bagaimana Untuk Jadi Stailish Sepertinya

Zendaya stailish, to the max and unstoppable! Zendaya Coleman belum tersungkur lagi dan masih relevan… at least, untuk tahun ini. Dia terus bermaharajalela memegang gelaran ikon fesyen milenial. Zendaya mengembangkan layar. Bukan sahaja dari aspek lapangan yang diceburinya malah dia ‘perfected’ seni berfesyen. Jarang sekali penampilannya menggagalkan.

Baik gaya-gayanya di jalanan mahupun di acara tertentu, Zendaya tahu bagaimana untuk mengarahkan tumpuan dunia padanya. Setiap gaya yang Zendaya pamerkan selalu saja mencemburukan. Terutama sekali sewaktu dia muncul berambut pendek sebelum-sebelum ini, that was the turning point for her. Pujian dilemparkan kepada Zendaya dan diberi kredit kerana usaha dia yang tidak pernah semberono.

Bagaimana mahu tampil stailish sepertinya? Kami menjumpai formula Zendaya untuk mengaut julukan ikon stail itu. Take a cue from her and here’s how to make it work!

ZENDAYA ‘DON’T JUST MAKE AN ENTRANCE, CAUSE A SCENE’zendaya paling stylish

Pabila menghadirkan diri ke mana-mana acara, pilih look yang menarik perhatian. Warna, corak ataupun aturan penggayaan yang unik dan mampu mengagetkan orang. Berani adalah kata kunci yang harus disaingi bersama untuk mengukuhkan lagi penampilan.

PAKAI SESUATU YANG ‘ULTRA-CHIC’

zendaya paling stylish

Lihat bagaimana Zendaya hadir dengan gaya yang lembut, feminin dan ladylike. Ringkas dan melambangkan sifat keperempuanan adalah ‘senjata’ terbaik Zendaya untuk kelihatan chic. Dress koktel yang cukup sekadar dipakai begitu sahaja atau dipakai bersama jaket kulit. Dia menyemarakkan lagi gaya tersebut dengan dandanan yang kena dengan tema.

JANGAN TAKUT DENGAN JALURAN

zendaya paling stylish

Zendaya salah seorang selebriti yang tahu bagaimana menjadikan penggayaan berjalur berhasil. Sekali lagi, dia menjadikan jaluran itu tampil chic. Yang menariknya, dia tidak takut memadukan corak jalur bersama ceraian lain yang berwarna terang. Mungkin, boleh cuba?

MILIKI SUT ATAU ‘PANTSUIT’ DALAM GEROBOK

zendaya paling stylish

Menurut Zendaya, miliki sepasang sut atau pantsuit yang tailored! Secara peribadi, saya suka dengan penampilan selebriti perempuan menyarung sut tailored apakala ke acara-acara formal. Sama ada sut yang senada yang minimum atau sarat corak. Ia menterjemahkan sifat cool kerana mengintegrasikan maskulin dengan feminin, somehow, tidak mencela imej elegan.

GAUN MALAM, BUKAN GAUN BIASA

zendaya paling stylish

One thing about Zendaya is, she’s like a chameleon. Berilah apa jua gaya kepadanya, dia akan menjayakan look itu. Malah gaun malam formal Zendaya pun bukan seperti yang selalu kita lihat. Dress Vivetta dan Elie Saab yang dia pakai ini cukup unik sehingga ia menjadi showstopper. Cadangan kami adalah, jadi seperti Zendaya bilamana ke acara formal. Pilih gaun atau dress yang luar biasa dan bisa mencuri perhatian.

TAKING CASUAL TO ANOTHER LEVEL

zendaya paling stylish

Ketika Zendaya out and about di New York, dia tidak alang-alangan dengan penggayaan kasual. Sebaliknya, Zendaya cuba menyalurkan that whole 50’s casual look dengan memadankan ceraian kemeja bercorak checks bersama skirt kembang midi checks. Kemeja diikat untuk menampakkan sedikit perut… we’re digging this look!

TIDAK ADA ISU DENGAN VOLUM

zendaya paling stylish

Pernah sekali itu dia muncul dengan rambut afro, kemudiannya rambut kembang menggerbang. Zendaya bukan sahaja suka bermain dengan volum pada dandanan rambut, malah pada helaian-helaian yang dipakai juga! Dia tidak pernah gentar pada rekaan yang punya volum atau tidak seimbang dengan tubuhnya.

BERSIFAT ARTISTIK

zendaya paling stylish

Pendek kata, Zendaya berani. Period. Helaian yang bersifat artistik atau ada kesenian tidak melumpuhkan stailnya. Seperti dress Viktor & Rolf yang dipakai olehnya di minggu fesyen Paris yang menyerlahkan kemudaan serta kenakalan Zendaya.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE