Posted on October 25, 2023
Cahaya Nilam, 22 – Pelakon, Pencipta Kandungan & Model
1 – Pertama, kongsikan segalanya tentang diri kamu?
Hi, nama saya Cahaya Nilam. Mungkin ada yang rasa nama ini sekadar nama pentas tapi tidak. Nama penuh saya adalah Cahaya Nilam Puteri. Cuma, kebanyakkan orang kenal saya sebagai Cahaya Nilam sahaja. Saya berusia 22 tahun, lahir pada 8 Oktober 2001 dan sudah berkahwin. Saya merupakan pelakon sepenuh masa serta model sambilan.
2 – Kongsikan isi kandungan yang kamu tonjolkan melalui media sosial kamu?
Di TikTok biasanya saya berkongsi tentang perkara disebalik tabir kerja saya dan saya juga aktif mengikuti trend terkini di platform tersebut.
3 – Kamu mendirikan rumah tangga di usia muda, pernahkah kamu risau akan penerimaan peminat tentang status kamu?
Pernah dan sebabkan itu juga saya merahsiakan perkahwinan saya pada awalnya. Tetapi, bila ada anak saya rasa ia tidak patut dirahsiakan lagi. Malah, dunia juga kian maju dan sudah ramai orang yang mula berfikiran terbuka jadi pasti mereka sudah lebih memahami.
4 – Watak terbaik menurut kamu yang pernah kamu lakonkan?
Watak Vivy menerusi drama ‘Harith Fayyadh’ di TV3 sebab itu watak yang paling berat saya pernah lakukan setakat ini. Watak Vivy banyak meroyan dan menangis. Jadi, saya agat penat dekat set. Ketika melakonkan drama ‘Harith Fayyadh’ saya juga mengalami keguguran dan kebetulan watak tersebut tentang seorang wanita yang nak mengandung tapi tidak mampu sehingga dia terpaksa palsukan kandungannya. Jadi, apabila saya keguguran situasi tersebut secara tidak langsung membuatkan saya dapat lebih mendalami dan menjiwai watak Vivy.
5 – Satu watak yang ingin kamu lakonkan?
Saya sebenarnya teringin untuk mencuba watak hantu. Berlakon cerita seram atau psycho kelihatan seronok pada saya. Namun, belum berpeluang lagi untuk mencubanya sendiri. Saya sangat terbuka untuk menerima peluang bagi menjayakan watak seperti ini.
6 – Perkara lain yang ingin kamu cuba selain berlakon?
Saya minat untuk cuba menari tetapi belum berkesempatan lagi. Masa kecil dulu saya pernah menyertai kelas tarian. Namun, bila dah besar saya jadi kekok pula untuk menari. Mungkin saya perlu aktif untuk ke kelas tarian semula. Antara tarian yang paling saya minat untuk cuba adalah tarian hip-hop.
Soalan bonus mengenai pandangan pencipta kandungan tentang lasik
Sebagai pencipta kandungan, pastinya mereka menghabiskan banyak masa menggunakan alat peranti komunikasi dan sering terdedah kepada sinaran blue ray. Jadi, kami mengambil kesempatan ini untuk bertanya akan pandangan mereka tentang lasik dan kaca mata.
“Saya faham ramai yang malas dan penat untuk pakai spek, sama macam saya. Jadi, saran saya jika mahukan perubahan dan penglihatan yang normal semula cubalah lasik di Optimax. Paling best, prosedurnya hanya mengambil masa lapan saat sahaja” – Cahaya Nilam
Presented by @optimax_eye_specialist @bspacemy
Producer : Max Mak @_maxmak_
Assistant Producer: Noelle @bymaxmak
Sitting Editor : Merrissa Emilda @merrissae
Art direction : Ardi @rd.idewani.zaini
Writer : Syafiqah Alkaf @syafiqahalkaf
Project Manager : Ija Rahman @rahman1j4
Photographer : Edmund Lee @edmundlcy
Assistant Photographer : Zane
Videographer : Simon Tan @jbombxox
BTS Videographer : Jordi @jordiharris
Assistant Co-ordinate : Keat @bymaxmak | Nicky @bymaxmak
Makeup : Celin Chin @celinchin55 | Yuan @boonglyguan Hair : Mei Choi @meichoi | Jack Leong @ujack_leong
Baju : Song for the Mute. Seluar : Kenzo, semua dari Bspacemy
Lokasi : Rumah Tangsi @rumahtangsi
Apa pandangan anda?