Posted on October 23, 2023
Candy Teoh, 25 – Pencipta Kandungan & Usahawan
1 – Pertama, kongsikan segalanya tentang diri kamu?
Nama saya Candy dan berusia 25 tahun. Saya berasal dari Alor Setar, Kedah. Hobi saya menari. Sekarang saya sedang mengusahakan jenama fesyen saya sendiri iaitu Lady yang membawa maksud ‘Love and Defense Yourself’
2 – Kongsikan isi kandungan yang kamu tonjolkan melalui media sosial kamu?
Di Instagram saya berkongsi tentang fesyen, kecantikkan serta tarian. Tiktok pula, saya banyak berkongsi tentang cara bersolek dan tarian.
3 – Bagaimana kamu mula menceburkan diri dalam bidang kandungan kreatif?
Sebelum ini saya hanya menggunakan media sosial sebagai platform untuk meniaga. Kemudian, saya mula berkongsi mengenai fesyen dan rasa seronok apabila dapat sambutan yang baik daripada pengikut saya. Dari situ, saya mula aktif berkongsi lebih banyak kandungan di media sosial.
4 – Selain Lady, kamu juga mempunyai satu lagi jenama fashion iaitu Lord. Boleh ceritakan dengan lebih lanjut mengenai perniagaan kamu ini?
Betul, saya mengusahakan dua jenama iaitu Lady yang mengetengahkan helaian dengan unsur street fashion untuk wanita. Manakala, Lord pula untuk lelaki. Sekarang kami sedang merombak semula perniagaan kami. Selepas ini, untuk Lady saya akan lebih fokus kepada beg sementara Lord pula mengutamakan kasut hasil kolaborasi dengan jenama luar seperti Smile Republic.
5 – Apakah cabaran yang kamu hadapi sebagai seorang usahawan?
Pada saya orang Malaysia lebih gemarkan keselesaan berbanding fesyen. Jadi, cabaran buat saya adalah untuk membuatkan lebih ramai orang kita mahu tampil lebih fashionable dalam pada masa yang sama mengekalkan keselesaan mereka.
6 – Adakah kamu mempunyai perancangan untuk jadikan hobi kamu iaitu menari sebagai kerjaya profesional?
Saya tidak pasti, menari hanyalah sebahagian daripada hobi saya. Saya sudah mula menari sejak berusia dua tahu lagi kerana ibu saya adalah seorang guru tari. Saya bermula dengan belajar tarian tradisional kemudian balet. Sekarang pula saya sedang belajar koreografi hip-hop. Namun, saya tiada perancangan untuk menjadikan seni tarian ini sebagai sebuah kerjaya profesional. Meskipun begitu, saya tetap akan terus ke studio tarian untuk menambah baik skill tarian saya.
Soalan bonus mengenai pandangan pencipta kandungan tentang lasik
Sebagai pencipta kandungan, pastinya mereka menghabiskan banyak masa menggunakan alat peranti komunikasi dan sering terdedah kepada sinaran blue ray. Jadi, kami mengambil kesempatan ini untuk bertanya akan pandangan mereka tentang lasik dan kaca mata.
“Saya percaya lasik adalah penting untuk tampil lebih yakin. Paling penting, ia memudahkan urusan harian tanpa kaca mata” – Candy Teoh
Presented by @optimax_eye_specialist @bspacemy
Poducer : Max Mak @_maxmak_
Sitting Editor : Merrissa Emilda @merrissae
Art direction : Ardi @rd.idewani.zaini
Writer : Syafiqah Alkaf @syafiqahalkaf
Project Manager : Ija Rahman @rahman1j4
Photographer : Edmund Lee @edmundlcy
Assistant Photographer : Zane
Videographer : Simon Tan @jbombxox
BTS Videographer : Jordi @jordiharris
Assistant Co-ordinate : Keat @bymaxmak | Nicky @bymaxmak
Makeup : Celin Chin @celinchin55 | Yuan @boonglyguan Hair : Mei Choi @meichoi | Jack Leong @ujack_leong
Pakaian : Heliot Emil dari @bspacemy
Lokasi : Rumah Tangsi @rumahtangsi
Apa pandangan anda?