Posted on October 19, 2023
Austin Low, 22 – Graduan, Pencipta Kandungan & Model
1 – Pertama, kongsikan segalanya tentang diri kamu?
Saya Austin berusia 22 tahun, saya baru sahaja menamatkan pelajaran dalam bidang Perhubungan Awam.
2 – Kongsikan isi kandungan yang kamu tonjolkan melalui media sosial kamu?
Saya hanya berkongsi mengenai kehidupan harian saya, tidak ada kandungan spesifik. Apa yang saya kongsikan saya anggap sebagai sebuah cerita kerana saya percaya setiap gambar atau video yang diambil mempunyai cerita yang tersendiri. Biasanya saya juga suka berkongsi OOTD (outfit of the day) di Instagram saya.
3 – Kenapa kamu mahu menjadi sebahagian daripada Fresh Face 2024?
Saya mahu mencuba sesuatu yang baru. Saya anggap Fresh Face 2024 sebagai batu loncatan yang bakal membuka lebih banyak peluang untuk saya kembangkan bakat dan lebarkan sayap dalam bidang seni.
4 – Namakan satu figura yang menjadi inspirasi buat kamu?
Kalau di luar negara saya pilih Casey Neistat, lokal pula Tun Way. Kerana pada saya mereka bukan sekadar berkongsi tentang kehidupan harian tetapi mereka mempunyai cerita tersendiri untuk dikongsikan dengan pengikut mereka.
Namun, jika ditanya saya mahu jadi seperti siapa. Saya memilih Jack Goh. Jack merupakan figura yang sempurna di mata saya terutama sekali cara dia berfesyen dan kerjayanya sebagai model menjadi isnpirasi untuk saya bergelar seorang model juga.
5 – Selain modelling, adakah kamu mempunyai minat lain yang ingin kamu cuba
Saya minat muzik, saya ada terfikir untuk menjadi produser muzik. Namun, jujurnya saya tidak begitu tahu akan perihal muzik. Tetapi, jika diberi kesempatan muzik adalah salah satu cabang yang ingin saya terokai.
6 – Di mana kamu lihat diri kamu dalam masa lima tahun lagi?
Saya masih mahu meneruskan minat saya sebagai seorang model dan memperluaskan bakat saya dalam bidang seni termasuklah muzik.
Soalan bonus mengenai pandangan pencipta kandungan tentang lasik
Sebagai pencipta kandungan, pastinya mereka menghabiskan banyak masa menggunakan alat peranti komunikasi dan sering terdedah kepada sinaran blue ray. Jadi, kami mengambil kesempatan ini untuk bertanya akan pandangan mereka tentang lasik dan kaca mata.
“Sebagai seorang yang menggunakan kaca mata, jujurnya saya sudah penat untuk bergantung kepada kaca mata sahaja. Saya perlukan solusi jangka masa panjang dan lasik adalah pilihan terbaik setakat ini demi mata yang lebih sihat” – Austin Low
Presented by @optimax_eye_specialist @bspacemy
Poducer : Max Mak @_maxmak_
Assistant Producer: Noelle @bymaxmak
Sitting Editor : Merrissa Emilda @merrissae
Art direction : Ardi @rd.idewani.zaini
Writer : Syafiqah Alkaf @syafiqahalkaf
Project Manager : Ija Rahman @rahman1j4
Photographer : Edmund Lee @edmundlcy
Assistant Photographer : Zane
Videographer : Simon Tan @jbombxox
BTS Videographer : Jordi @jordiharris
Assistant Co-ordinate : Keat @bymaxmak | Nicky @bymaxmak
Makeup : Celin Chin @celinchin55 | Yuan @boonglyguan Hair : Mei Choi @meichoi | Jack Leong @ujack_leong
Pakaian : Ader Error dari @bspacemy
Lokasi : Rumah Tangsi @rumahtangsi
Apa pandangan anda?