Posted on October 17, 2023
Ayen Hardeza, – Pencipta Kandungan, Model, Pereka Fesyen & Ahli Perniagaan
1 – Pertama, kongsikan segalanya tentang diri kamu?
Nama saya Mohd Nazrin atau orang lebih selesa panggil saya Ayen. Lahir Pada 1 Julai 1992, sudah berkahwin. Merupakan seorang pereka fesyen dan mengusahakan jenama saya sendiri iaitu DBLA.
2 – Kongsikan isi kandungan yang kamu tonjolkan melalui media sosial kamu?
Saya masih baru dalam bidang ini, biasanya saya kongsikan pengalaman peribadi saya melalui TikTok. Saya juga berkongsi akan tips pengjagaan diri, rambut, fesyen dan sedikit tips kecantikan untuk lelaki dan wanita.
Saya mula buat kandungan kecantikan kerana saya perasan di Malaysia tak ramai beauty influencer lelaki namun kebanyakkan jenama kecantikan sekarang dah mula keluarkan produk untuk lelaki jadi saya rasa kita sebenarnya memerlukan pempengaruh lelaki dalam bidang ini.
Di Instagram pula saya banyak berkongsi tentang fesyen, kerja dan jenama yang saya usahakan.
3 – Ceritakan dengan lebih lanjut tentang jenama yang kamu ushakan?
Jenama yang saya usahakan adalah DBLA, bermaksud double A yang datangnya dari nama saya Ayen dan isteri saya Ayu. DBLA pada awalnya adalah jenama pakaian. Tapi, kini saya fokus kepada aksesori seperti rantai, tali pinggang, subang dan beg.
4 – Dari mana datangnya minat untuk meniaga?
Mak dan ayah saya sangat aktif berniaga, jadi minat saya datangnya dari mereka. Sejujurnya saya tidak pernah bekerja dengan orang lain langsung. Sebelum ini saya bekerja dengan keluarga dan kemudian saya mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan saya sendiri.
5 – Inspirasi di sebalik setiap rekaan DBLA?
Cara saya mendapatkan inspirasi untuk rekaan saya adalah melalui womenswear dan apa yang isteri saya pakai. Setiap rekaan beg saya adalah berpandukan apa yang isteri saya gayakan namun saya akan olah semula rekaan tersebut menjadi sesuatu yang lebih unik dan sesuai untuk kegunaan lelaki.
Setiap kali saya hasilkan sesuatu rekaan, isteri adalah orang yang akan menilai rekaan tersebut. Jika dia kata lulus barulah saya teruskan ke peringkat seterusnya.
6 – Kamu juga aktif sebagai seorang model, ceritakan sedikit tentang kerjaya kamu di dunia peragaan?
Ianya bermula apabila saya menjadi model untuk produk jenama saya sendiri, kemudian ada orang yang tempah bag dari saya mula mintak saya untuk jadi model mereka pula.
Macam baru-baru ini, saya buat tempahan khas untuk Abu Shaef Hamza di KL Fashion Week kemudian dia juga ajak saya untuk jadi model di runway serta kempen. Saya sangat terbuka untuk diberi peluang dalam dunia modelling kerana saya menemui keseronokan dalam bidang ini.
Soalan bonus mengenai pandangan pencipta kandungan tentang lasik
Sebagai pencipta kandungan, pastinya mereka menghabiskan banyak masa menggunakan alat peranti komunikasi dan sering terdedah kepada sinaran blue ray. Jadi, kami mengambil kesempatan ini untuk bertanya akan pandangan mereka tentang lasik dan kaca mata.
“Saya biasanya rajin menjaga mata, apabila mata terasa penat saya akan berehat dan saya menitik beratkan penggunaan eyedrop. Namun, jika berpeluang untuk melakukan lasik saya pastinya teruja untuk melalu prosedur tersebut, lagi-lagi dengan teknologi dimana kita dah boleh jalani lasik dalam masa lapan saat sahaja. Sangat cepat, mudah dan selamat” – Ayen Hardeza.
Presented by @optimax_eye_specialist @bspacemy
Producer : Max Mak @_maxmak_
Assistant Producer: Noelle @bymaxmak
Sitting Editor : Merrissa Emilda @merrissae
Art direction : Ardi @rd.idewani.zaini
Writer : Syafiqah Alkaf @syafiqahalkaf
Project Manager : Ija Rahman @rahman1j4
Photographer : Edmund Lee @edmundlcy
Assistant Photographer : Zane
Videographer : Simon Tan @jbombxox
BTS Videographer : Jordi @jordiharris
Assistant Co-ordinate : Keat @bymaxmak | Nicky @bymaxmak
Makeup : Celin Chin @celinchin55 | Yuan @boonglyguan Hair : Mei Choi @meichoi | Jack Leong @ujack_leong
Pakaian : Ader Error dari @bspacemy
Lokasi : Rumah Tangsi @rumahtangsi
Apa pandangan anda?