Posted on October 24, 2023
Badrish, 22 – Ahli Muzik, Pnecipta Kandungan & Pelakon
1 – Pertama, kongsikan segalanya tentang diri kamu?
Nama saya Badrish, berusia 22 tahun. Saya seorang pemuzik, pelakon dan martial artist. Saya aktif dalam Muay Thai dan jiu-jitsu. Saya juga gemarkan aktiviti sukan seperti bola sepak serta menunggang kuda. Namun, fokus dan cinta utama saya adalah dalam bidang muzik kerana saya merupakan seorang multi-instrumentalis. Saya boleh bermain drum, gitar, piano, bass dan saya juga boleh menyanyi.
Tentang kerjaya lakonan pula, saya bermula dengan menyertai persembahan teater. Awalnya saya lakukan ini sekadar suka-suka dan tiada niat untuk jadikan lakonan sebagai sebuah kerjaya. Namun, apabila menginjak dewasa saya jatuh cinta dengan konsep filem. Lagi-lagi, selepas membintangi filem Zahim AlBakri iaitu ‘Spilt Gravy on Rice’. Bekerja bersama Zahim AlBakri dan Jit Murad menjadi inspirasi buat saya untuk bergelar pembikin filem.
2 – Kongsikan isi kandungan yang kamu tonjolkan melalui media sosial kamu?
Kandungan di Instagram saya kebanyakkannya berunsurkan sinematik dan berkonsep estetik filem. Gambar-gambar peribadi yang tidak berkaitan dengan kerja semuanya saya ambil menggunakan kamera filem. Saya suka bermain dengan bemacam jenis kamera filem termasuklah kamera Fuji kepunyaan saya, kadang-kadang saya akan pinjam kamera kawan-kawan untuk mendapatkan nilai estetik gambar yang berlainan.
3 – Apakah faktor yang mempengaruhi minat kamu untuk belajar bermain pelbagai jenis alat muzik?
Saya rasa ia sepenuhnya kerana minat dan keinginan saya untuk mendalami bidang muzik. Bagi menjayakan usaha ini, saya percaya saya perlu mencuba dan belajar bermain pelbagai jenis instrumen kerana setiap satu alat muzik adalah berbeza dari yang lainnya. Dengan pengetahuan ini, saya berharap ia akan menjadikan saya ahli muzik yang lebih baik.
4 – Boleh ceritakan sedikit tentang kebolehan kamu untuk menyanyi?
Ianya bermula ketika saya masih kecil lagi, ketika itu saya seorang yang agak pemalu dan tidak banyak bercakap. Tiada siapa yang tahu saya boleh bernyanyi termasuk keluarga, kawan-kawan dan cikgu saya. Sehinggalah hari konsert sekolah di mana saya diberi kepercayaan untuk menyanyikan dua baris lirik. Ketika itu, semua orang terkejut saya boleh melakukannya dengan baik. Bermula dari situ, mereka memberikan sokongan penuh untuk saya bernyanyi secara aktif. Dengan sokongan ini saya jadi lebih seronok dan bermotivasi untuk teruskan minat dalam bidang muzik serta persembahan.
5 – Muzik dengan genre bagaimana yang mahu kamu ketengahkan?
Jika saya diberi peluang untuk menghasilkan muzik saya sendiri, ia akan jadi gabungan rock dan pop. Saya juga sangat-sangat gemarkan muzik R&B seperti soul and blues kerana saya dibesarkan dengan muzik jazz.
6 – Jika diberikan peluang untuk merakamkan lagu duet, siapakah penyanyi yang ingin kamu bekerjasama?
Bruno Mars! Dia merupakan salah satu penyanyi kegemaran saya dan jika saya benar-benar berpeluang untuk berduet dengannya ia bagaikan sebuah mimpi yang jadi kenyataan. Saya juga sangat-sangat gemarkan suara Afgan, dia merupakan salah seorang penyanyi di Asia Tenggara yang paling saya kagumi. Jadi, jika diberi peluang, sudah tentu Afgan diantara nama besar yang ingin saya jalinkan kerjasama.
Untuk industri tempatan pula sayang ingin bekerja dengan Aina Abdul kerana saya gemar muzik balada dan Aina Abdul antara yang terhebat menyanyikan rentak ini. Saya boleh bayangkan lagu dengan gabungan suara lelaki dan wanita seperti Aina Abdul, ia pasti akan menjadi sebuah karya yang hebat.
Soalan bonus mengenai pandangan pencipta kandungan tentang lasik
Sebagai pencipta kandungan, pastinya mereka menghabiskan banyak masa menggunakan alat peranti komunikasi dan sering terdedah kepada sinaran blue ray. Jadi, kami mengambil kesempatan ini untuk bertanya akan pandangan mereka tentang lasik dan kaca mata.
“Pada saya, lasik secara amnya bakal memudahkan urusan harian kita. Terutama sekali untuk saya yang perlu menjalani pengambaran, kadang-kadang tidak boleh mengenakan kaca mata lansung jadi lasik adalah pilihan yang paling selamat dan mudah” – Badrish
Presented by @optimax_eye_specialist @bspacemy
Poducer : Max Mak @_maxmak_
Assistant Producer: Noelle @bymaxmak
Sitting Editor : Merrissa Emilda @merrissae
Art direction : Ardi @rd.idewani.zaini
Writer : Syafiqah Alkaf @syafiqahalkaf
Project Manager : Ija Rahman @rahman1j4
Photographer : Edmund Lee @edmundlcy
Assistant Photographer : Zane
Videographer : Simon Tan @jbombxox
BTS Videographer : Jordi @jordiharris
Assistant Co-ordinate : Keat @bymaxmak | Nicky @bymaxmak
Makeup : Celin Chin @celinchin55 | Yuan @boonglyguan Hair : Mei Choi @meichoi | Jack Leong @ujack_leong
Kemeja dan seluar : A Personal Note. T-shirt : Acne Studio semua dari Bspacemy
Lokasi : Rumah Tangsi @rumahtangsi
Apa pandangan anda?