Posted on October 16, 2023
Wawa Azuwar, 23 – Pelajar, Pencipta Kandungan, Barista & Pelakon
1 – Pertama, kongsikan segalanya tentang diri kamu?
Nama penuh Nabila Najwa tetapi keluarga panggil saya Wawa dari kecil lagi. Saya lahir pada 22 September tahun 2000. Saya sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Communication Media di Universiti Kebangsaan Malaysia dan bekerja separuh masa sebagai barista.
Saya juga mula berlakon secara sambilan pada tahun lalu, setakat ini watak paling besar buat saya adalah melalui filem terbaru ‘Pagari Bulan’ di bawah arahan Raja Mukhriz. Sementara menunggu graduasi pada tahun hadapan, saya mahu gunakan masa yang ada untuk terus aktif berlakon dan membina profil saya dalam bidang seni.
2 – Kongsikan isi kandungan yang kamu tonjolkan melalui media sosial kamu
Untuk media sosial biasanya saya lebih fokus kepada TikTok di mana saya suka berkongsi mengenai rutin harian dan fitness saya. Ada juga saya cuba trend Gen Z di TikTok dan kadang-kadang saya berkongsi akan hasil syair yang saya tulis sendiri. Selain, berkongsi tentang kafe-kafe menarik yang saya lawati.
3 – Kenapa kamu mahu menjadi sebahagian daripada Fresh Face 2024?
Because of who I am and the scars on my body, biasa kita lihat selebriti dan model sentiasa tampil ‘sempurna’. Persepsi orang kita hanya mahu mengidolakan mereka yang ‘sempurna’ rupa parasnya. Bagaimanapun, sekarang kita sudah ada dasar keterangkuman cuma masih ada model dengan kesan parut di badan yang tidak begitu diterima ramai.
Jadi, menerusi Fresh Face saya mahu menjadi sosok yang dekat di hati orang ramai, seseorang yang ‘sama’ seperti mereka. Saya juga terbuka untuk berbicara mengenai kesihatan mental demi kesedaran ramai.
4 – Pada pendapat kamu adakah kesedaran mengenai kesihatan mental sudah cukup meluas di Malaysia?
Kesedaran itu ada tapi tidaklah begitu meluas. Contohnya, ada orang yang serkap jarang tentang parut di badan saya dengan menganggap saya ‘budak punk’ ataupun saya menyakiti diri sendiri kerana gagal dalam percintaan.
5- Sudah berapa lama kamu bergelut dengan masalah mental dan apakah tanda jika seseorang itu sedang mengalami gangguan emosi?
Saya didiagnosis dengan Major Depressive Disorder ketika saya berusia 15 tahun. Tanda paling utama adalah apabila emosi saya jadi tidak stabil tanpa sebarang sebab. Ada orang tanya saya adakah depression ini maksudnya mengalami perasaan sedih? Pada saya ia tidak hanya sekadar sedih, ada masa saya rasa kosong, ada masa saya rasa menyesal dan bercampur segala perasaan tanpa sebarang sebab.
Salah satu lagi tanda depression yang serius adalah apabila kamu hilang minat pada sesuatu perkara yang kamu suka lakukan. Contohnya, jika kamu suka menari, biasanya ia buat kamu rasa bebas dan gembira. Tapi tiba-tiba kamu tidak lagi ada motivasi untuk menari, itu mungkin tanda kamu sedang mengalami kemurungan.
6 – Satu pesan kamu buat mereka yang sedang bergelut dengan kesihatan mental?
Luahkan perasaan kamu, saya faham memang susah untuk seseorang yang sedang bergelut dengan perasaan sendiri untuk meluahkan isi hati mereka. Namun, jika kamu jumpa dengan seseorang yang selesa untuk kamu luahkan perasaan, ceritakan semuanya. Mungkin kamu tidak sedar namun apabila meluahkan isi hati yang terpendam sebenarnya sedikit-sebanyak akan membantu kamu untuk rasa lebih baik.
Soalan bonus mengenai pandangan pencipta kandungan tentang lasik
Sebagai pencipta kandungan, pastinya mereka menghabiskan masa yang banyak menggunakan alat peranti komunikasi dan sering terdedah kepada sinaran blue ray. Jadi, kami mengambil kesempatan ini untuk bertanya akan pandangan mereka tentang lasik dan kaca mata.
“Sebagai seorang yang rabun dan menggunakan kaca mata, saya rasa lasik adalah pilihan yang sangat berbaloi untuk jangka masa panjang. Tak perlu lagi berhabis duit untuk kanta lengkap dan buat kaca mata baharu setiap kali yang lama calar atau patah” – Wawa Azuwar.
Presented by @optimax_eye_specialist @bspacemy
Producer : Max Mak @_maxmak_
Assistant Producer: Noelle @bymaxmak
Sitting Editor : Merrissa Emilda @merrissae
Art direction : Ardi @rd.idewani.zaini
Writer : Syafiqah Alkaf @syafiqahalkaf
Project Manager : Ija Rahman @rahman1j4
Photographer : Edmund Lee @edmundlcy
Assistant Photographer : Zane
Videographer : Simon Tan @jbombxox
BTS Videographer : Jordi @jordiharris
Assistant Co-ordinate : Keat @bymaxmak | Nicky @bymaxmak
Makeup : Celin Chin @celinchin55 | Yuan @boonglyguan Hair : Mei Choi @meichoi | Jack Leong @ujack_leong
Pakaian : Y3 dari @bspacemy
Lokasi : Rumah Tangsi @rumahtangsi
Apa pandangan anda?