Posted on February 25, 2020
Kalau singgah di negara orang sudah tentu makanan tempatan juga harus dirasai selain ke tempat-tempat tumpuan. Sambil bekerja sambil kita mencari kedai pencuci mulut yang tersorok dan popular ini di Milan. Kedai aiskrim Amorino Gelato berdiri di sini sejak 2002 lagi dan sejak itu ia terkenal dengan keunikan persembahan ais krim bunga dan macaroon ais krim yang disatukan.
Amorino Gelato hasil ilham bersama Cristiano Sereni dan Paolo Benassi. Sehingga kini jenama ini telah berada di serata dunia termasuk di Eropah, Asia, Mexico dan Amerika.
Kalau diikutkan pilihan perisa gelato tidak banyak. Tetapi, yang tersedia cukup enak untuk selera masing-masing. Caranya mudah, kamu harus ke kaunter dan pilih saiz kon yang kamu mahukan kemudian bayar. Setelah itu kamu boleh pilih 3 ke 4 perisa gelato untuk dijadikan kelopak bunga dengan tambahan pilihan macaroon mengikut perisa yang kamu gemari.
Saya penggemar ais krim sorbet, Jadi saya memilih perisa strawberi dan mangga dan macaroon berperisa raspberry. Perffeto! Untuk pengetahuan semua, macaroon di sini disapu inti berperisa ais krim gelato. Sebab itu kamu harus makan dengan pantas sebelum is mencair (jika suhu panas).
Apa pandangan anda?