Posted on March 10, 2021
Mungkin ramai lelaki yang mengalaminya tapi tidak sedar kerana tidak cakna tanda kanser prostat yang sebenar-benarnya. Persoalannya, apa tanda kanser prostat yang kita semua perlu tahu? Adakah perlu tunggu sehingga simptom kanser prostat menjadi buruk, baru hendak bertindak?
Tenang! Ayuh sama-sama kita semua ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi untuk tahu tentangnya!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser, sila dapatkan di sini.
Apa itu kanser prostat?
Sebelum itu, kalian perlu tahu bahawa kelenjar prostat terletak di bawah pundi kencing dan berada di depan rektum.
Kelenjar ini bertanggungjawab menghasilkan cecair seminal, salah satu komponen di dalam air mani.
Sekiranya sel barah mula memasuki dan mendiami kawasan kelenjar ini, maka akan terjadilah kondisi yang bernama kanser prostat.
Untuk pengetahuan kamu, terdapat beberapa jenis kanser prostat dan ia bergantung kepada kawasan tisu yang terlibat. Antara jenis yang biasa berlaku adalah seperti berikut:
- Adenokarsinoma
- Karsinoma sel kecil
- Karsinoma sel transisional
- Karsinoma sel skuamos
- Tumor neuroendokrin
- Sarkoma
Apa tanda kanser prostat?
Meskipun begitu, ada beberapa simptom kanser prostat yang mungkin boleh diperhatikan jika kamu lebih peka dengan perubahan pada tubuh badan.
Berikut adalah tanda tanda kanser prostat yang diperkatakan:
#1. Sangat kerap kencing
Ramai yang mungkin akan salah faham ia adalah masalah pundi kencing terlalu aktif, namun ada sebab lain yang mendalanginya.
Jika ia selalu terjadi khususnya pada waktu malam, segera berjumpa doktor untuk diagnosis sama ada ia kanser ataupun tidak.
#2. Sukar kawal kencing
Selain terlalu kerap membuang air kecil, penderita juga mungkin mengalami sedikit kesukaran serta kesakitan untuk mengawal air kencing.
Ketika membuang air kecil, penderita mungkin sukar untuk memulakan atau menghentikan pengeluaran air kencing.
Apa tanda kanser prostat #3. Mati pucuk
Masalah yang paling ditakuti oleh lelaki, disfungsi erektil atau mati pucuk. Ini sebenarnya juga salah satu daripada simptomnya.
Ini disebabkan oleh kelenjar prostat yang rosak akibat dimakan sel barah sekali gus membawa kerunsingan berlanjutan.
#4. Rasa tidak selesa ketika sedang duduk
Selain mati pucuk, sel kanser ini turut akan menjejaskan kelenjar prostat lantas menyebabkan masalah seperti pembengkakan prostat.
Pembengkakan inilah yang seterusnya akan mengundang rasa tidak selesa ketika sedang duduk terutamanya jika terlalu lama di posisi tersebut.
Simptom kanser prostat #5. Sakit tulang
Tulang terutamanya pada bahagian belakang, pinggul atau rusuk mungkin akan mengalami kesakitan secara mengejut.
Ini didasari oleh faktor di mana sel kanser daripada kelenjar prostat ini telah merebak ke tulang kawasan tersebut.
#6. Air kencing berdarah
Selain terlalu kerap, sakit atau sukar kawal kencing, air kecil yang keluar daripada penderita kanser prostat juga mungkin berdarah.
Ia simptom yang agak ketara dan kamu perlu segera berjumpa doktor untuk diagnosis yang lebih cepat dan tepat.
#7. Berat badan menyusut
Simptom kanser prostat ini juga mungkin antara tanda-tanda awal yang terjadi buat penderita semua jenis kanser lain.
Tanpa mengetahui sebabnya, kamu mungkin akan mengalami penyusutan berat badan meskipun tidak menjalani sebarang diet tertentu.
Apa yang boleh kamu lakukan?
Pertama sekali, kalian perlu lebih peka dengan tanda tanda kanser prostat ini dengan memerhatikan perubahan pada tubuh badan.
Ini terutamanya buat mereka yang mempunyai faktor risiko tinggi iaitu:
- Berusia 50 tahun ke atas
- Berketurunan Afrika-Amerika
- Mempunyai masalah berat badan
- Mempunyai sejarah keluarga yang menderita kanser prostat
- Menghidapi kanser jenis yang lain
- Tabiat buruk seperti menghisap rokok dan mengambil alkohol
Sekiranya kamu mula perasan wujud sebarang tanda kanser prostat pada diri, segera berjumpa doktor untuk diagnosis yang lebih cepat dan tepat.
Untuk lebih banyak artikel sebegini, lawati Hello Doktor
Apa pandangan anda?