Posted on December 22, 2020
Tahukah kamu, bibir hitam sebab kopi bukan sahaja kerana merokok.
Cuba ingat kembali, bilakah kali terakhir kamu lakukan sesuatu untuk kesihatan bibir? Mengaku sahajalah, pasti ramai di luar sana yang nak wajah cantik, tapi mengabaikan bibir masing-masing, betul tak?
Bibir selalunya tidak akan mendapat perhatian yang sama seperti kulit wajah. Malah, ramai di antara kita yang amat menitikberatkan soal skincare, tetapi terlupa untuk menjaga bibir masing-masing.
Bagi wanita, bibir yang sihat sudah semestinya berwarna merah jambu. Tetapi, jika tidak dijaga dengan baik, lama-kelamaan warna bibir boleh bertukar menjadi gelap.
Mengapa bibir saya menjadi gelap?
Setiap orang mempunyai warna bibir yang berbeza-beza mengikut tona kulit.
Walaupun bibir kamu mungkin sedikit gelap berbanding orang lain, jangan risau kerana ia bukanlah petanda masalah kesihatan.
Tetapi, beberapa amalan gaya hidup boleh menyebabkan perubahan warna kulit bibir. Seperti yang ramai sedia maklum, amalan merokok boleh membuatkan bibir seseorang menjadi gelap.
Nikotin dan tembakau yang terkandung di dalam sebatang rokok boleh menggelapkan bahagian dalam bibir dan mulut. Keadaan ini turut dikenali sebagai Melanesia perokok.
Tetapi, bukan itu sahaja. Ada banyak lagi amalan lain yang boleh menyebabkan bibir kamu kehilangan warna semula jadinya. Contohnya:
1. Bibir hitam sebab kopi
Jika kamu inginkan bibir yang lebih menawan, cuba kurangkan pengambilan kopi atau teh pada waktu pagi.
Kopi yang kamu minum mungkin dalang sebenar di sebalik perubahan warna bibir kamu. Namun, ia bergantung kepada jumlah pengambilan kamu setiap hari.
Minum kopi boleh membantu kamu fokus semasa bekerja. Tetapi, lama-kelamaan, ia boleh menyebabkan bibir kamu jadi lebih gelap.
Selain itu, minum kopi dan teh yang panas juga boleh menggalakkan proses pigmentasi pada kawasan bibir.
Cuba kurangkan pengambilan kopi setiap hari. Sebagai permulaan, cuba minum air putih untuk kekal hidrat.
2. Bibir gelap kerana terdedah terlalu lama pada sinaran matahari
Bukan kulit wajah kamu sahaja yang perlukan perlindungan daripada sinaran matahari, tapi bibir juga sama!
Malah, ramai yang tidak tahu bahawa bibir kita amat sensitif terhadap cahaya matahari. Di bawah sinaran yang berpanjangan, bibir boleh menjadi gelap, luka dan merekah.
Pastikan kamu memakai pelembap bibir yang mempunyai SPF sekurang-kurangnya 15. Pelembap bibir ini akan kekalkan kelembutan bibir dan bebas rekahan.
3. Tidak minum air dengan cukup
Satu lagi punca bibir menjadi gelap adalah disebabkan tidak minum air dengan cukup. Mereka yang tidak cukup air akan alami bibir yang merekah, kering dan gelap.
Minum sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter air sehari untuk bibir yang lebih sihat dan cantik.
4. Tidak pernah lakukan eksfoliasi punca bibir gelap
Pastikan kamu exfoliate bibir untuk membuang sel mati pada kawasan bibir. Jika kamu inginkan bibir yang nampak lebih cantik dan sihat, jangan sesekali skip langkah ini.
Cara yang termudah untuk melakukan eksfoliasi adalah dengan menggunakan berus gigi.
Basahkan berus gigi dan gosok pada bibir. Kemudian, sapukan sedikit pelembap atau jeli petroleum.
5 tip mudah untuk bibir lebih cantik
Selepas tahu punca-punca bibir menjadi gelap, pastilah kamu nak tahu pula cara-cara untuk mengatasinya, betul tak?
Oleh sebab itu, kami ingin kongsikan 5 cara terbaik untuk menjaga bibir supaya ia kekal sihat dan cantik:
1. Jangan lupa eksfoliasi
Bukan wajah sahaja yang perlukan eksfoliasi, bibir juga sama!
Selain menggunakan berus gigi, kamu juga boleh gunakan bahan-bahan seperti gula atau serbuk teh sebagai skrub untuk menanggalkan sel-sel kulit mati pada kawasan bibir.
Tetapi, jangan skrub terlalu lama atau terlalu kuat pula ya! Cukuplah jika kamu lakukan eksfoliasi dua kali seminggu.
2. Minum air mencukupi
Kawasan bibirlah yang akan paling terkesan jika kamu tidak minum air dengan cukup. Oleh sebab itu, pastikan kamu minum air untuk elakkan bibir daripada kering.
Selain itu, elakkan tabiat seperti menjilat bibir. Tabiat ini hanya akan buatkan bibir kamu jadi bertambah kering!
3. Gunakan pelembap untuk elak bibir gelap
Pastikan kamu gunakan pelembap ke atas bibir kamu. Gunakan lip balm untuk melawan kekeringan.
Selain itu, kamu juga boleh gunakan pelembap bibir yang mempunyai perlindungan SPF. Bibir kamu menerima banyak sinaran matahari, lebih-lebih lagi bahagian bawah bibir.
Oleh sebab itu, ia tempat yang lazim untuk kanser kulit. Untuk elakkannya, gunakan lip balm yang mempunyai SPF 15 atau lebih tinggi.
4. Pakai pelembap 2 jam sekali
Sama seperti pelindung matahari untuk kulit wajah, lip balm juga perlu diaplikasikan semula sekurang-kurangnya 2 jam sekali.
5. Gunakan produk yang betul
Sebelum membeli apa-apa produk, pastikan ia selamat dan berkesan. Jangan beli produk semata-mata kerana harganya yang murah!
Pastikan ia mendapat akreditasi yang bersesuaian.
Elakkan membeli produk viral yang meragukan. Selalunya, produk ini menggunakan testimoni dan tidak mempunyai sebarang pengesahan daripada Jabatan Kesihatan.
Oleh sebab itu, berhati-hatilah sebelum membeli dan jangan tertipu dengan testimoni.
Sumber artikel Hello Doktor.
Apa pandangan anda?