Posted on October 13, 2025

Bangun seawal pagi, bergegas ke lapangan terbang, risau kalau ada yang lambat tiba – semua itu senario biasa bila ada flight awal. Tapi untuk team STAIL.MY, kami pilih cara lebih bijak: bermalam di Capsule Transit MAX KLIA Terminal 2. Hasilnya, bukan saja lebih tenang, malah jadi pengalaman penuh gaya dan menyeronokkan sebelum terbang ke Indonesia.



Kenapa Capsule Transit MAX Jadi Pilihan?
Dengan flight seawal 6 pagi, Capsule Transit MAX terbukti penyelamat. Kami tidak perlu risau tentang jalan sesak, tak cukup tidur atau cemas kalau ada yang lambat sampai. Semuanya terkawal – check-in hotel, rehat dengan selesa dan keesokan harinya hanya perlu turun terus ke balai berlepas.

Ruang Santai Sebelum Tidur
Lounge Capsule Transit MAX jadi port utama sebelum masuk ke bilik. Di sinilah team kami melepak, berkongsi cerita dan ketawa bersama. Suasana moden dan cozy membuatkan kami lebih relaks sambil menantikan perjalanan esok.
Apa Yang Kami Suka Tentang Capsule Transit MAX
Setiap ahli team STAIL.MY ada ‘highlight’ tersendiri tentang pengalaman menginap di sini:

Seorang yang sukakan semuanya tepat pada waktunya, Ija paling lega kerana tak perlu risau ada yang lambat sampai. “Capsule Transit MAX buat kita semua on time tanpa stress, itu paling penting bagi saya,” katanya.
Ija | Managing Director

Bagi Merrissa, suasana cozy dan moden di dalam bilik adalah kegemaran utama. “Saya sukakan vibes yang selesa – perfect untuk recharge sebelum flight awal,” ujarnya.
Merrissa | Creative Director

Syafiqah, yang memang food lover, terus jatuh cinta dengan snek berasaskan tumbuhan yang ditawarkan. “Best sebab ada pilihan ringan tapi sedap untuk kudap sambil borak dengan team,” katanya.
Syafiqah | Senior Digital Director

Sebagai seorang yang aktif dan suka bersenam, Jordi paling teruja bila Capsule Transit MAX menyediakan gym untuk kekal fit walaupun dalam perjalanan. “Saya dapat workout ringan malam tu, rasa lebih segar untuk esok,” jelasnya.
Jordi | Digital Content Director

Selepas seharian bekerja, Elmanda paling menghargai masa untuk winding down. “Biliknya sangat menenangkan, cozy & private — exactly what I needed sebelum terbang,” katanya.
Elmanda | Makeup Artist

Lebih Dari Sekadar Transit
Menginap di Capsule Transit MAX bukan sekadar praktikal untuk flight awal, tapi memenuhi definisi “penginapan bergaya” sebagaimana yang kami bincangkan dahulu dalam artikel terdahulu. Ia memberi ruang bukan hanya untuk rehat fizikal tetapi juga rehat mental — satu pengalaman yang selaras dengan visi gaya hidup moden dan STAIL-ish.
Sebelum ini, STAIL.MY pernah berkongsi pengalaman review menginap di Runway Suite, Capsule Transit MAX baca artikelnya di sini: Capsule Transit MAX: Penginapan Stylish Ideal Sebelum Penerbangan Awal Pagi.
📌 Maklumat Tempahan Capsule Transit MAX
Untuk anda yang juga mempunyai penerbangan awal pagi atau ingin berehat dengan selesa di KLIA Terminal 2, boleh buat tempahan terus di:
🔗 Laman Web Rasmi CapsuleTransit: capsuletransit.com
📍 Lokasi: KLIA Terminal 2, Sepang, Selangor, Malaysia
🛏️ Jenis Bilik: Capsule, Private Pod, Suite Room
🕑 Check-in / Check-out: Fleksibel mengikut jam atau bermalam penuh
🍃 Kemudahan: Lounge moden, snek berasaskan tumbuhan, gym, bilik mandi, ruang privasi selesa
✈️ Tip STAIL.MY: Tempah lebih awal jika anda ada penerbangan pagi untuk elakkan bilik penuh, terutama pada musim cuti atau hujung minggu.
.gif)



















.gif)

Apa pandangan anda?