Debut Proton Waja, kereta keluaran Proton dilaksanakan secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad di Stadium Malawati Shah Alam Selangor pada 8 Mei 2000.
Proton Waja model yang katanya direka sepenuhnya oleh anak tempatan dan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 1 bilion untuk kos reka bentuk dan kejuruteraan fizikal.
Dalam menyempurnakan pembuatan model Waja ini. Proton menggunakan 1.7 juta jam dengan tenaga kerja seramai 300 jurutera.
Kenderaan ini dihasilkan dalam dua bentuk iaitu model GX 1.6 liter 4 silinder yang menggunakan enjin Mitsubishi 4G18 SOHC dan GX 1.8 liter menggunakan enjin Renault F4P DOHC.
Model Proton Waja ini menggunakan 95 peratus komponen tempatan dan berjaya menjimatkan RM 400 juta hasil wang negara dari mengalir keluar akibat kos mengimport komponen.
Kenderaan ini juga memiliki casisnya sendiri dan dijangkakan sebanyak 40,000 hingga 60,000 unit dikeluarkan dalam tempoh masa setahun.
Dari aspek ciri-ciri keselamatan pula Proton Waja mempunyai beg udara dan ABS (varian 1.8 sahaja) yang melindungi pemandu dari kecederaan akibat kemalangan. Selain itu juga Proton Waja memiliki struktur rangka yang kukuh dua kali ganda dari model-model keluaran Proton sebelum ini.
Enjin-enjin yang digunakan oleh model Proton Waja ini telah mendapat kelulusan piawaian ‘European Step’ dan mampu mencapai kelajuan 186 km/j bagi model Waja 1.6 dan kepantasan mendaki ialah 12 saat dari 0 km/j ke 100 km/j.
Debut Proton Waja 21 Tahun Lalu
Antara fakta lain yang menarik tentang Proton Waja adalah:
Proton membeli hakcipta platform ini, secara tak langsung menjimatkan Proton sebanyak RM 500 juta bagi jangka hayat Waja. Harganya bermula pada RM 58,000 untuk varian asas sehingga RM 63,000 untuk varian tertinggi.
Platform Waja diasaskan dari platform kolaborasi di antara Volvo (S40) dan Mitsubishi (Carisma) tetapi diubah oleh sebuah agensi kejuruteran Jerman, EDAG untuk mengukuhkannya agar ia lebih selamat dan selesa.
Proton sebenarnya ada pelan untuk menghasilkan Waja versi diesel dengan enjin 1.9L dari Renault, tetapi ia dibatalkan atas faktor tidak sesuai.
Sistem gantungan Waja ditala oleh jurutera-jurutera Proton sendiri (salah seorangnya adalah Wan Ahmad Farouk, pengasas F Tuned Racing Suspension, produk anak tempatan) yang kemudiannya mendapat pengiktirafan dari anak syarikat Proton – Lotus.
Artikel ini ditulis oleh Zamil Syaheer untuk WapCar
Apa pandangan anda?