Posted on August 5, 2020
1/8 (Gambar semua daripada Architecture Digest)
Kendall Jenner di salah satu sudut kegemarannya. Dia sangat sukakan kusyen dengan sarung bercorak floral di sofanya.
Hiasan rumah Kendall Jenner mempamerkan sisi moden dan rustik bertemu dalam nada yang sungguh harmoni. Dia membuka pintu kediamannya kepada majalah Architecture Digest buat kali pertama setelah setahun setengah menginap di sini.
Banglo mewah di Los Angeles ini melalui proses pengubah suaian hampir setahun lamanya. Suasana rumah ini sungguh menenangkan, ruang-ruang di dalamnya terbuka luas dan memiliki banyak tingkap. Ketenangan inilah yang paling Kendall impikan. Kehidupannya sebagai model dan berada dalam keluarga Kardashian sudah cukup huru-hara dan sibuk maka biasanya rumah adalah tempat di mana dia akan wind down dan menghabiskan masa bersama teman-teman.
2/8
Salah satu dinding di kamar tidur Kendall mempamerkan hasil seni artis Tracey Emin. Kata-kata yang diungkapkan pada seni ini hampir pasti kata Kendall adalah tentang saiz zakar bekas teman lelaki Emin.
Bercakap tentang ruang tamu, Kendall mengatakan dia sengaja tidak meletakkan TV di situ kerana dia mahu tamu yang datang boleh berbual mesra dan mendalam di ruang ini. Ton yang digunakan adalah minimal dan berunsur earthy. Dekorasi-dekorasi kecil di ruang ini memberi sentuhan homey dan superchic. Rasuk kayu di bahagian siling memberi sentuhan cool pada ruang ini. ia juga antara elemen rustik yang melatari seluruh kediaman.
Kendall turut merasakan bahawa dia lebih relaks pabila berada di sini.
Saya banyak kali menganjurkan parti hari jadi di rumah ini. Kerana di sini saya boleh let loose dan bergembira bersama teman-teman. Dalam ruang yang saya suka.”
3/8
Kendall tidak menyangka dia akan banyak menghabiskan masa di ruang makan. Tetapi di sinilah dia dan teman-teman banyak bersama dan bersembang. Kerusi-kerusi di meja makan sengaja dibiarkan berbeza-beza rekaan untuk memberi sentuhan quirky. Tema rustik kuat bersenandung di ruang ini.
Berhadapan dengan ruang pejabat, ada satu walkaway yang diterangi cahaya semulajadi dari luar. Kerana ruang walkaway ini berdinding kaca. Ini juga antara sudut kegemaran Kendall kerana ia mengarah kepada lamannya yang luas. Pohon-pohon hijau dan tempat melepak di teres antara yang Kendall hargai dalam kediaman ini.
Tidak sangka Kendall minat seni, dia menukar sebuah bilik yang sebelum ini bilik TV menjadi bilik seni. Bilik yang dipenuhi kanvas dan peralatan-peralatan seni ini adalah tempat dia dan teman-teman akan minum wain dan mencipta hasil seni. “Saya tidaklah pandai sangat melukis tetapi saya minat melukis dan saya anggap ia aktiviti untuk merelakskan saya.”
4/8
Ini bilik seni Kendall. Langsir bilik ini juga diperbuat daripada kanvas maka kata Kendall, “Mungkin saya akan mula melukis pada langsir ini juga nanti dan ia akan menjadi satu hasil seni.”
5/8
Tema di bilik air ini sungguh opulent. Pemilihan warna hijau zamrud memberi sentuhan mewah dan tentunya dilengkapkan dengan cerin berbingkai emas matte.
6/8
Kamar tidur Kendall menampilkan katil besar sesuai tubuhnya yang tinggi lampai. Ini adalah katil paling selesa yang pernah dia tidur menurut Kendall. Ia ruang ini juga turut dilimpahi cahaya semulajadi dan terbuka.
7/8
Di rumah yang didiaminya sebelum ini kata Kendall dia tidak pernah langsung memasak. Tetapi “With the right kitchen, saya lebih rajin memasak sekarang!” Katanya tentang dapurnya ini. Elemen moden pada jubin putih dilagakan dengan rustik pada penggunaan bangku dan peralatan dapur yang lain.
“Pendiangan ini akan saya nyalakan sepanjang masa tanpa mengira musim. I just love it sooooo much.” Kendall Jenner
Apa pandangan anda?