Posted on July 29, 2020
Rumah Gigi Hadid di New York ini dikhabarkan telah siap dihias sebelum pandemik Covid-19 melanda lagi. Tetapi kerana lock down, Gigi tak sempat pun menginap di rumah ini. Dia terus memutuskan menetap di rumah keluarganya selain mengumumkan kehamilannya sewaktu tempoh lock down.
Spent all of last year designing and curating my passion project / dream spot. Of course it all came together right before quarantining out of the city.
Saya sendiri terkejut dengan hasil idea hiasan dalaman Gigi. Tak sangka model yang hangat mengisi halaman editorial dan kempen serta catwalk runway minggu fesyen ini sungguh berbakat dalam mengatur hiasan dalaman dan memiliki mata seni. Tentunya dia mendapat pertolongan daripada beberapa pihak. Dia menamakan beberapa pereka fesyen dan ibunya sebagai individu yang banyak membantu.
Gigi tidak takut bermain dengan warna dalam menghias kediamannya. Gabungan warna-warna yang bertentangan mencipta konsep yang sungguh quirky dan eksentrik. Dia turut bermain dengan aksesori-aksesori lembut seperti kusyen dan kerja-kerja seni bagi menegaskan lagi sisi playful nya.
Model ini turut menamakan firma arkitek New York, Gordon Kahn sebagai pihak yang banyak memberi panduan dalam dia menyiapkan rumah ini. Seperti yang tertulis di laman web Gordon Kahn, “Gordon Kahn & Associates is a New York City Architectural firm specializing in residential projects that are functional, beautifully proportioned and timeless.”
Sesungguhnya ciri-ciri ini memang terserlah kelihatan di seluruh pojok kediaman Gigi. Penggunaan ruang yang baik, pencahayaan yang sempurna, paduan warna yang eksentrik tetapi dalam masa sama masih timeless. Tentu sahaja Gigi tidak sabar untuk menginap di rumah ini. Apakah bersama dengan Zayn Malik dan anak mereka nanti? Itu kena tunggu update dia yang seterusnya!!!!
Ruang tamu rumah Gigi Hadid dilengkapi sofa yang bercampur warna. Jingga menaikkan semangat dan keceriaan. Sofa daripada Missoni dan kusyen daripada Jean Paul Gaultier.
Sofa pancawarna ini membangkitkan aura di seluruh ruang. Gigi juga tidak gentar melagakannya dengan kusyen empuk jingga terang. Lihat cara dia meneutralkan semula ruang dengan penggunaan panel-panel kayu pada dinding. Tetapi tentu mata tertumpu pada feature piece, hasil seni pengkarya Austyn.
I’m excited for the time I’ll get to spend enjoying all the special corners that were made with a lil help from some of my favorite creatives (tap!) who embraced my ideas and didn’t call me crazy. 💛 ++ my mamma:) who is the greatest homemaking-sounding-board I could ask for (she called me crazy when required) ☺️ grateful to and for all
Ruang dapur serba moden ini terbina kabinet rona putih dengan marble top. Lampu juga menggunakan rekaan moden. Hanya island table untuk tempat penyediaan makanan sedikit tradisional umpama chopping board gergasi di situ. Pinggan mangkuk daripada Williams Sonoma.
Ini idea yang bijak. Gigi memenuhkan bahagian dalam kabinet dengan plant dyed pasta art daripada Salty Seattlle karya Linda Miller Nicholson. Dan cetusan serta perlagaan warna pada dengan warna latar rak mencipta kontras yang sungguh cantik.
Oh idea ini saya suka kerana tak mahal dan senang dilakukan. Ambil cover majalah The New Yorker yang kamu rasakan artsy fartsy, penuhkan ia di dinding tandas sebagai wallpaper. Mudah dan cantik.
Stau lagi karya Austyn di hujung tangga. Dilagakan pula dengan corak karpet pada tangga yang kontras. Aduhhhhh I loveeeeeeee!!!!
Pintu masuk ke dalam dressing room Gigi yang menggunakan kerusi barber lama yang sungguh unik. Apa-apa pun keseluruhan dekorasi rumah ini menggunakan konsep yang difikirkan secara menyeluruh kerana dari setiap sudut, perlagaan warna dan kontras yang dicipta tidak kekok sama sekali malah boleh dijadikan sudut #InSTAILgramWorthy.
Apa pandangan anda?