Fotografer generasi muda berbakat, Tyler Mitchell yang berusia 24 tahun kini dalam rangka membuat pameran solonya yang mengagumkan berjudul “I Can Make You Feel Good”. Siapa sangka nama Tyler Mitchell telah menjadikannya salah seorang jurugambar fesyen paling popular ketika ini. Dari potret matahari Zendaya dan Beyoncé, kepada adegan skate Cuba. Penerokaan Tyler yang hebat dalam pengalaman orang berkulit hitam membentuk masa depan industri fesyen zaman sekarang.
Menetap di Brooklyn, Tyler membuat sejarah dua kali pada 2018 sebagai artis berkulit hitam pertama yang menjadi jurugambar kulit hadapan Vogue. Umurnya baru 23 tahun pada ketika itu, telah memotret sang diva Beyoncé, yang dimandikan dalam cahaya semulajadi, untuk isu September Vogue Amerika, juga menjadikannya jurugambar termuda yang mengambil gambar untuk muka hadapan majalah terkemuka berkenaan.
Bulan ini menandakan satu lagi peristiwa penting iaitu pameran solonya di Amerika Syarikat, “I Can Make You Feel Good”, berlangsung di Pusat Fotografi Antarabangsa New York hingga 18 Mei 2020. “Rasanya seperti menutup satu bab, kerana ia melibatkan kerja yang mengandungi banyak idea yang telah saya peroleh selama bertahun-tahun dan mengumpulkannya dalam satu pertunjukan bertemakan visual orang kulit hitam.” Di dalamnya, dia menciptakan dunia ‘orang muda’, penuh pergerakan dan keyakinan, serta dikelilingi oleh alam semula jadi.
3 Soalan Bersama Tyler Mitchell
1. Apakah cerita di sebalik I Can Make You Feel Good?
Pameran ini seakan mengumpulkan segala yang saya ada ke dinding muzium untuk orang lain saksikan. Saya benar-benar ‘menggali’ kerja-kerja seni saya yang mempunyai identiti, autobiografi dan membayangkan golongan belia kulit hitam yang ada di zaman sekarang.
2. Bagaimanakah kesannya terhadap kerja kamu?
Sebahagian daripada karya saya secara khusus melibatkan tentang pengalaman orang kulit hitam, yang membuka laluan tertentu untuk suara-suara ini didengari daripada pelbagai sudut dan saya gemar dengan ‘perjalanan’ itu.
3. Apakah pendapat kamu mengenai Instagram dan era baru perkongsian imej?
Saya selalu percaya bahawa fotografi adalah medium yang bertujuan untuk dilihat oleh ramai orang, kerana ia direka untuk membuat iklan, album keluarga dan poskad. Imej sememangnya bertujuan untuk dikongsikan untuk dilihat secara meluas. Dengan Instagram, saya mahu imej saya dilihat secara meluas, dan juga dibincangkan dengan cara yang lebih mendalam serta lebih kritikal.
https://www.instagram.com/p/B7t-mjBp_CD/
Apa pandangan anda?