Posted on March 29, 2025

Dior dan Royal Scotsman, A Belmond Train melangkah lebih jauh dalam dunia wellness mewah dengan memperkenalkan Holistic Highlands Retreat pertama mereka. Dari 20 hingga 23 Jun 2025, para tetamu akan menikmati pengalaman wellness eksklusif selama empat hari, tiga malam merentasi keindahan semula jadi Scotland – dengan keselesaan mewah dan sentuhan eksklusif dari Dior Spa Royal Scotsman.


Dior Spa Royal Scotsman: Sebuah Perjalanan Wellness Mewah Melalui Scottish Highlands
Dengan latar belakang landskap dramatik Scotland, retreat ini menjanjikan satu pengalaman kesejahteraan yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Berpandukan falsafah kesejahteraan holistik, program ini menyatukan gerakan minda, pemakanan sedar dan rawatan spa mewah bagi membantu para tetamu mencapai keseimbangan tubuh dan minda.

Eksklusif Bersama Pakar Dior Wellness
Perjalanan wellness ini akan dikendalikan oleh Dior Wellness Experts yang tersohor dalam bidang masing-masing:
Bryony Deery – Pakar Pilates & Mindful Movement, yang akan membimbing sesi gerakan berasaskan enam prinsip wellness Pilates. Terinspirasi daripada perjalanan pemulihannya sendiri, Bryony akan membantu para tetamu mencari keseimbangan dalaman dan keharmonian tubuh.
Rose Ferguson – Pakar Pemakanan dan perintis dalam perubatan fungsional serta naturopati. Dikenali sebagai “Queen of Reset,” Rose telah mereka menu eksklusif yang menggabungkan pemakanan sedar dan makanan bermusim tempatan, bekerjasama dengan Royal Scotsman’s Head Chef, Mark Tamburrini.


Pengalaman Wellness di Atas & Luar Kereta Api
Di sepanjang perjalanan, tetamu akan merasai pengalaman unik termasuk:
Rawatan Spa Dior – Manjakan diri dengan terapi spa yang menenangkan dalam Dior Spa Royal Scotsman.
Yoga & Breathwork – Aktiviti yang membantu tetamu mencapai ketenangan dalaman dan menyegarkan minda.
Afternoon Tea Berkhasiat – Nikmati hidangan ringan yang diformulasi khas untuk keseimbangan pemakanan.

Hiburan Eksklusif & Sesi Relaksasi di Observation Car – Detik santai dengan pemandangan menakjubkan pergunungan Scotland.
Selain itu, pengalaman luar di destinasi terpilih menjanjikan momen mendekatkan diri dengan alam, termasuk:
Wild Swimming di perairan semula jadi Scotland.
Forest Bathing di Rothiemurchus Forest – Kaedah relaksasi Jepun yang menggunakan elemen semula jadi untuk ketenangan mental.
Private Hike dengan pemandangan memukau.
Perjalanan bot untuk melihat anjing laut liar dan menikmati udara segar pergunungan.

Sebuah Pengalaman Kesejahteraan yang Tidak Akan Dilupakan
Dengan gabungan kesejahteraan holistik, kemewahan dan keindahan semula jadi Scotland, Holistic Highlands Retreat oleh Dior dan Royal Scotsman menjanjikan pengalaman unik yang menyegarkan tubuh dan minda.
Bagi mereka yang mencari ketenangan sejati dalam suasana mewah, ini adalah peluang untuk mengalami perjalanan wellness yang tiada tandingan – diiringi sentuhan eksklusif Dior dan keajaiban alam semula jadi Scotland.
Adakah kamu bersedia untuk merasai transformasi ini?
Baca article : Rilekskan Minda dan Badan di Dior Spa, Eastern & Oriental Express SINI
Apa pandangan anda?