Posted on May 14, 2020
Ini juga langkah penting yang mesti kamu buat dalam waktu pandemik Covid19 sekarang. Disinfect your phone kerana bimbang virus Corona mungkin bergentayangan di situ. Ini kerana peranti sentiasa bersama kamu. Melainkan kamu tidak bawa telefon pabila kamu melangkah keluar rumah. Mustahil bukan?
Maka, secara logiknya ia juga terdedah dengan virus Corona. Apalagi jika ia sentiasa tersemat dalam genggaman waktu di luar. Tapi apakah cara betul disinfect your phone? Ya bukan sebarang-sebarang cara ya. Kena lakukannya dalam cara yang betul kalau tak sia-sia sahaja perbuatan kamu itu.
Langkah-langkah ini digariskan oleh Samsung. Untuk memastikan telefon pintar kamu benar-benar bebas daripada virus, kami sarankan kamu ikut langkah-langkah ini.
1
Jangan gunakan pembersih biasa, penyembur udara compressed atau disinfectant dan produk berasaskan peluntur.
2
Matikan peranti dan tanggalkan pelindung, kabel atau aksesori lain.
3
Gunakan kain mikrofiber bebas lint untuk mengelap bahagian luaran peranti.
4
Kalau perlu, gunakan sedikit air distilled atau disinfectant seperti asid hipoklorus (50-80ppm) atau produk berasas alkohol (lebih 70% ethanol atau isoprophyl alcohol). Tapi letak pada fabrik mikrofiber bukan terus pada telefon pintar. Elakkan air masuk dalam mana-mana bukaan telefon.
5
Basahkan kain dengan disinfectant dan lap bahagian depan serta belakang telefon untuk membersihkannya.
Apa pandangan anda?