Posted on September 30, 2021
“Biar betul? Jangan main-main…” Lebih murah beli kereta di Singapure dan Brunei berbanding Malaysia?
Secara amnya, rakyat Malaysia memang sensitif bila sebut bab harga. Untuk konteks yang lebih mendalam, kami telah mengambil purata harga kereta untuk model yang sama (Toyota Corolla Altis) dan membandingkannya dengan purata gaji tahunan di setiap negara.
Ini memberikan kami anggaran peratusan gaji tahunan di setiap negara yang diperlukan untuk membeli kereta. Semua angka ini diperoleh dari numbeo.com.
Mari kita mulakan dengan Malaysia. Menurut numbeo.com, purata gaji bersih bulanan purata adalah sekitar RM 3,429. Gandakan angka tersebut dengan 12 bulan dan kamu akan mendapat angka RM 41,148.
Harga rasmi sebuah Toyota Corolla Altis di Malaysia adalah RM 121,688. Selepas kira-kira, peratusan gaji tahunan yang diperlukan adalah 295.7%.
Secara perbandingan, gaji bersih bulanan di Singapura rata-rata sekitar SGD 5,214, yang bermaksud gaji tahunan adalah SGD 62,568. Harga Toyota Corolla Altis disana adalah SGD 107,499. Angka peratusan gaji tahunan yang diperlukan adalah 171.8% sahaja.
Ini bermakna ia dua kali lebih berpatutan bagi kebanyakkan rakyat Singapura untuk membeli kereta daripada rakyat Malaysia di negara masing-masing.
Lebih murah beli kereta di SIngapura & Brunei?
Kami juga melihat peratusan di negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Brunei, Vietnam, dan Filipina. Berikut adalah angka peratusan:
Peratusan gaji tahunan yang diperlukan untuk membeli kereta | |
---|---|
Indonesia | 799% |
Vietnam | 660% |
Filipina | 647% |
Thailand | 371% |
Malaysia | 296% |
Singapura | 172% |
Brunei | 85% |
Purata gaji dan harga kereta | ||
---|---|---|
Negara | Gaji tahunan | Harga Corolla Altis |
Indonesia | IDR 50,867,448 | IDR 406,440,309 |
Vietnam | VND 121,245,816 | VND 800,148,914 |
Filipina | PHP 179,088 | PHP 1,158,699 |
Thailand | THB 228,048 | THB 846,451 |
Malaysia | MYR 41,148 | MYR 121,688 |
Singapura | SGD 62,568 | SGD 107,499 |
Brunei | BND 32,892 | BND 27,999 |
Berdasarkan angka tersebut, Indonesia adalah negara termahal dalam senarai untuk membeli kereta. Namun begitu, angka peratusan di Singapura amat mengejutkan. Ini kerana jika kita mengambil harga mutlak sebuah kereta, memang Singapura paling mahal. Tetapi apabila gaji purata dipertimbangkan, berbeza ceritanya.
Walau bagaimanapun, angka-angka ini adalah nilai purata yang boleh menjadi satu dimensi kerana sisihan piawai tidak diambil kira. Mungkin pengagihan gaji dari satu negara ke negara lain berbeza.
Apa-apapun, kita semua belajar perkara baru hari ini. Selama ini ramai yang menyatakan bahawa harga kereta di Malaysia mahal tetapi ia benar-benar meletakkan perkara dalam perspektif apabila dibandingkan.
Artikel ini ditulis oleh Zamil Syaheer untuk WapCar
Apa pandangan anda?