Posted on April 13, 2021
Siapa kata hairy chest men lebih bijak dan menarik. Mungkin pendapat ini subjektif dan terpulang individu. Tetapi ada fakta sains tentangnya. Di sini kami kupas semuanya.
Bagi segelintir lelaki berbulu dada, keadaan ini menimbulkan rasa tidak senang terutamanya jika berada dalam situasi sosial yang memerlukan mereka untuk membuka baju.
Boleh jadi mereka ditawarkan kerja model pakaian, berada di pantai semasa musim panas dan cuba untuk membina otot di gim (jika badan penuh bulu, sukar untuk mereka melihat definisi badan).
Apa yang kamu perlu tahu tentangnya adalah dada yang penuh bulu bukanlah sesuatu yang asing.
Malah, menurut sains, ia mungkin mempunyai implikasi positif terhadap tahap kesihatan individu.
Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Bulu dada yang tidak sekata adalah normal
Apabila ia berkaitan dengan pertumbuhan bulu, ciri-ciri simetrikal (sama rata) boleh memberikan implikasi positif terhadap rupa.
Lihat sahaja pada individu yang membela jambang. Muka mereka nampak menarik berikutan jambang menutup bentuk muka mereka yang tidak simetri.
Kajian saintifik membahagikan bulu dada kepada 15 paten pertumbuhan yang unik, merangkumi 4 bahagian berbeza pada dada.
- Sternal (tulang dada tengah)
- Infraclavicular (di bawah tulang kolar)
- Pektoral (otot dada)
- Circumareolar (sekeliling puting)
Kawasan yang menjadi tumpuan bulu dada adalah pada bahagian pektoral dan sternal.
Paten yang paling lazim dikenali sebagai paten pekto-sterno-infraclavicular.
Istilah tersebut membawa maksud bulu dada lelaki menyelubungi kawasan buah dada, tulang sternum dan di penghujung tulang kolar.
Kajian juga menunjukkan normal bagi lelaki berbulu dada mempunyai paten yang tidak simetri.
Dengan kata lain, jika kamu rasa corak bulu dada kamu pelik, jangan risau, kamu tidak keseorangan.
Wanita tua lebih suka hairy chest men
Kajian menunjukkan terdapat perbezaan dari sudut lelaki yang dianggap menarik perhatian bagi wanita muda dan tua.
Walaupun bulu dada boleh dipengaruhi oleh paras hormon testosteron, wanita subur lebih cenderung memilih lelaki yang kurang berbulu dada.
Situasi ini berbeza dengan wanita yang telah mencapai usia menopaus. Mereka lebih suka akan lelaki yang berbulu dada.
Kajian ini melibatkan 300 subjek wanita. Fakta ini boleh jadi perkhabaran baik atau berita buruk bagi mereka yang berbulu dada.
Jika kamu masih belum bersedia untuk memberikan komitmen perkahwinan, mungkin bulu dada boleh bertindak sebagai alat kawalan kehamilan.
Atau mungkin kamu lebih suka wanita yang berusia dan berpengalaman?
Gambaran kepada bakal bapa mertua
Pelik tetapi benar. Kajian menunjukkan kebarangkalian tinggi bagi kamu untuk memiliki bulu dada yang menyerupai bulu dada bapa mertua kamu.
Situasi ini berikutan keinginan atau pilihan pasangan hidup anak perempuan boleh diwarisi daripada ibu atau ia kesan daripada fenomena cetakan seksual.
Perkara ini bermakna, wanita lebih cenderung memilih suami yang menyerupai bapa mereka sendiri.
Pun begitu, ia tidak bermakna kamu perlu jadi ‘terlebih selesa’ dan tidak memakai baju di rumah mertua.
Kamu atau bapa mertua kamu mungkin berasa tidak selesa dengan persamaan ciri-ciri yang dimiliki.
Siapa yang nak menunjuk-nunjuk bulu dada mereka sama dengan bapa mertua kan?
Hairy chest men lebih pandai daripada apa yang disangka
Menurut satu kaji selidik, separuh daripada populasi pelajar perubatan adalah lebih ‘berbulu’ jika dibandingkan dengan populasi umum (hanya 10%).
Malah, persatuan yang dihuni oleh ahli dengan tahap kecerdasan yang tinggi sebagai kriteria kemasukan, MENSA, mempunyai majoriti ahli yang berbulu dada tebal.
Hubungan di antara bulu dada dan tahap kecerdasan seseorang tidak begitu jelas.
Mungkin juga ia hanya kebetulan atau mereka yang berbulu dada lebih cenderung untuk berusaha keras dalam aspek akademik memandangkan mereka tidak begitu aktif dalam konteks sosial.
Walau bagaimanapun, pemerhatian tersebut agak menarik.
Mungkin suatu hari nanti, kita akan lebih memahami faktor yang mempengaruhi kecerdasan dalam kalangan mereka yang berbulu dada.
Apa yang kamu miliki tidaklah begitu teruk
Jika kamu malu dengan rupa dada kamu yang berbulu, ingat, ia tidak seteruk apa yang dimiliki oleh manusia pada zaman purba.
Suatu ketika dahulu (anggaran 3 juta tahun lepas), manusia mula berhenti diselubungi dengan bulu dan mula mengawal suhu badan dengan sistem perpeluhan.
Bulu manusia adalah satu bentuk perlindungan terhadap cuaca sejuk.
Apabila suhu global meningkat, evolusi melahirkan manusia yang kurang bulu dada.
Jika kamu sangka bulu kamu antara yang paling lebat sehingga membuatkan kamu berasa malu, ketahuilah manusia zaman dahulu jauh lebih berbulu.
Mungkin tip ini tidak begitu membantu tetapi ia perspektif yang munasabah untuk diterokai.
Konklusi
Jangan malu hanya kerana kamu berbulu dada.
Dari sudut evolusi dan kesihatan, kamu mungkin boleh menikmati lebih banyak manfaat berbanding dengan individu lain.
Sekiranya kamu mempunyai sebarang persoalan atau isu berkenaan dengan bulu dada, rujuk profesional.
Untuk lebih banyak artikel sebegini, lawati Hello Doktor
Apa pandangan anda?