Semenjak penerbitan laporan pertama mereka pada 2013, ASEAN NCAP menjadi rujukan penting untuk tahap keselamatan jalan raya di rantau Asia Tenggara. Kereta-kereta yang diberikan penilaian maksima 5 bintang pastinya sangat mengagumkan. Berdasarkan kaedah penskoran 2017-20 terbaru, 25 daripada 37 kenderaan diberi penilaian maksima 5 bintang. Banyak juga kan? Tapi, dalam kalangan 25 buah kenderaan ini, mana satu kereta paling selamat?
Untuk pengetahuan kamu, sebelum kaedah 2017-2020 dikemaskini, sebahagian besar daripada penilaiannya adalah untuk adult occupant protection (AOP) / keselamatan orang dewasa, child occupant protection (COP) / keselematan kanak-kanak, serta satu prasyarat asas untuk penilaian 5 bintang dimana kenderaan tersebut mempunyai ESC dan penggera tali pinggang keledar atau tidak.
Walaubagaimanapun, dengan penggunaan teknologi bantuan keselamatan / safety assist technologies (SAT) dikira sebagai salah satu aspek utama dalam pelan terbaru ASEAN NCAP, ADAS termasuk dalam pengiraan penilaian yang dilakukan.
Berapa selamatkah kereta yang diuji? Di bawah ialah senarai 25 kereta yang menerima penilaian 5 bintang yang disusun bermula dari mata paling tinggi hingga mata paling rendah.
Seperti yang boleh dilihat dalam senarai ini, 5 kereta dengan mata tertinggi diberi skor lebih daripada 91 mata. Kami nak huraikan lagi setiap satu ciri-ciri 5 kereta-kereta ini.
Hyundai Ioniq – 91.98 mata
Hyundai Ioniq, salah satu kereta baru yang paling cekap minyak dijual di Malaysia, adalah kereta yang paling selamat menurut ASEAN NCAP. Tapi, jika penilaian ini dikira berdasarkan skor AOP semata-mata, ia boleh jadi kereta yang sekadar cukup selamat.
Berdasarkan data mereka, ruang ‘compartment’ memberi perlindungan yang memadai untuk penumpang di hadapan manakala pemandunya pula besar kemungkinan akan menerima impak lebih tinggi. Tapi, ia cukup dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan keselamatan seperti AEB, LDW, FCW, dan LKA yang mendapatkannya skor sangat tinggi berdasarkan SAT.
Honda Accord – 91.79 mata
Mungkin ada yang tak gemarkan rupa bentuk Honda Accord tapi tak dapat disangkal lagi yang ia salah satu kereta paling selamat di luar sana. Kelengkapan keselamatan ADASnya boleh didapati di semua pasaran Asia Tenggara melainkan Laos dan Vietnam.
Jika dibandingkan dengan Ioniq, Accord juga menawarkan perlindungan yang lebih bagus untuk penumpang di hadapan. Data menunjukkan yang kedua-dua patung dummy mempunyai perlindungan yang memadai di bahagian kaki.
Toyota Camry – 91.74 mata
Mengiringi Accord di tempat ketiga ialah pesaing rapatnya iaitu Toyota Camry. Menurut laporan ASEAN NCAP, Camry menawarkan perlindungan yang bagus secara keseluruhan bagi penumpang di hadapan. Tapi, sama seperti Accord, kawasan kaki patung dummy diberi perlindungan yang cukup-cukup.
Dibandingkan dengan Accord, ia kehilangan mata pada penskoran COP. Berdasarkan laporan tersebut, Camry gagal dalam penilaian pemasangan child restraint system (CRS) di tengah-tengah tempat duduk barisan kedua untuk tempat duduk kanak-kanak Combi Malgot dan Combi Buon Junior yang menghala ke hadapan. Secara keseluruhannya, ini hanyalah kekurangan kecil dalam penilaian Camry.
Mitsubishi Eclipse Cross – 91.36 mata
Crossover SUV dengan nama yang pernah suatu ketika jadi kontroversi, kini diangkat sebagai crossover paling selamat oleh ASEAN NCAP. Tapi malangnya, kereta ini tidak dijual di pasaran kita.
Eclipse Cross yang diuji hanya boleh didapati di 3 pasaran Asia Tenggara iaitu Singapura, Indonesia, dan Brunei. Laporan tersebut menunjukkan yang penumpang dan pemandu di hadapan diberi perlindungan yang bagus secara keseluruhannya kecuali bahagian dada pemandu.
Toyota C-HR – 91.31 mata
Merangkul mata paling tinggi untuk AOP ialah crossover segmen B ini, Toyota C-HR, yang mungkin akan diberhentikan dalam pasaran tak lama lagi. C-HR menerima 49.72 mata daripada 50 mata penuh dan ia membuatkan C-HR kereta paling bagus antara yang diuji.
Walau begitu, ia tidaklah betul-betul sempurna. Data menunjukkan bahagian dada pemandu mendapat perlindungan yang memadai dalam kemalangan. AEB, LDW, FCW, dan LKA boleh didapati di pasaran Singapura dan Thailand dan ini membantu memberikannya skor hebat dalam SAT.
Kereta-kereta yang melengkapi senarai Top 10 yang selebihnya diikuti oleh Toyota Majesty/Granvia, Proton X70, Honda CR-V, Toyota Corolla Altis, dan di tempat ke-10 Toyota Corolla Cross.
Ada beberapa perkara menarik yang boleh diambil dari penskoran ini. Salah satunya ialah Perodua Aruz mempunyai skor yang lebih tinggi daripada kembarnya, Toyota Rush. Perkara ini telah dijelaskan dengan terperinci tapi sebahagian besarnya melibatkan kelengkapan keselamatan standard yang ditawarkan serta jumlah pasaran yang menjual kenderaan tersebut.
Lagi satu perkara menarik yang kami temui ialah skor hebat Perodua Myvi. Ia hampir-hampir masuk Top 10 tapi dengan 88.27 mata, ia boleh dikatakan hatchback segmen B paling selamat yang diuji oleh ASEAN NCAP.
Toyota Yaris yang bukan saja mengalahkan satu-satunya pesaing dalam segmen B yang juga memperoleh penilaian 5 bintang, ia juga mengalahkan kenderaan bersaiz lebih besar seperti Toyota Innova, Isuzu D-Max, dan Nissan Terra. Ya, ini juga termasuklah Proton X50 walaupun ia mempunyai kelengkapan keselamatan yang lebih canggih.
Untuk lebih banyak artikel sebegini, lawati www.wapcar.my
Apa pandangan anda?