Posted on November 18, 2021
Bagi mereka yang cukup bernasib baik kerana dapat membeli kereta dalam keadaan pandemik ini, istilah seperti kereta showroom, kereta ‘company’ atau kereta pengarah sering dilemparkan.
Kereta showroom boleh menjadi pembelian yang berbaloi-baloi kerana kamu dapat jimat wang yang banyak berbanding membeli kereta baru. Teruskan membaca jika ingin tahu lebih lanjut jika kereta showroom sesuai untuk kamu.
Kebaikan – Kereta showroom lebih murah daripada membeli yang baru
Untuk harga model spesifikasi rendah atau pertengahan baru, kamu boleh mendapatkan model spesifikasi tinggi.
Kebaikan – Masih ada waranti sepenuhnya
Berbanding membeli kereta terpakai yang mungkin atau tidak dilengkapi dengan waranti, kereta ‘ex-demo’ sering kali mempunyai waranti penuh, kerana usia kereta ‘ex-demo’ jauh lebih baru.
Contohnya Mazda Anshin. Kereta yang dijual oleh Mazda Anshin mempunyai perincian seperti ketika waranti berakhir, memudahkan calon pelanggan memahami syarat yang ditetapkan.
Keburukan kereta showroom – Mungkin tidak dijaga dengan rapi
Kereta ‘ex-demo’ sering kali diparkir di luar dan dibiarkan terdedah kepada cuaca, sama ada hujan atau panas terik. Taik burung juga boleh memberi kesan buruk pada cat kereta.
Selain daripada itu, kebanyakan pengedar kurang mengambil berat untuk menjaga kereta yang bukan milik mereka, terutamanya jika pengedar tersebut bukanlah jenis yang menjaga kualiti sepenuhnya. Kereta ‘ex-demo’ boleh disalahgunakan oleh pelanggan yang terlalu bersemangat, atau digunakan di acara roadshow di mana ribuan orang mungkin merosakkan bahagian dalam atau luar kereta dengan sengaja/tak sengaja.
Oleh itu, sangat penting untuk memeriksa bahagian dalam dan luaran untuk bahagian yang longgar atau mempunyai calar balar. Biasanya kereta ‘ex-demo’ ini akan dikemas kini serta dibaik pulih sebelum dijual, tetapi kami sarankan kamu untuk meneliti segalanya dengan sebaik mungkin.
Kamu juga dapat menggunakannya sebagai peluang untuk tawar-menawar harga.
Apa lagi yang saya perlu tahu?
Kereta ‘ex-demo’ dari Jepun mempunyai jarak tempuh jauh lebih tinggi, kadangkala hampir setara dengan kereta terpakai. Malah, ada yang telah dipandu ke seluruh negeri di Malaysia (sebelum wabak Covid-19) untuk pelbagai acara roadshow.
Selain jarak tempuh yang lebih tinggi, sejarah kereta sebegini tidaklah mencurigakan seperti yang dijual oleh peniaga kereta terpakai di luar sana, jadi rasa tenanglah sikit.
Sebaliknya, kereta ‘ex-demo’ dari negara-negara Eropah pula selalunya mempunyai jarak tempuh jauh lebih rendah kerana pengedar sering menggantikan kereta demo mereka untuk menambah angka penjualan mereka.
Volkswagen Passat ini adalah salah satu contohnya. Jarak perjalanan kereta masih berada di tahap rendah, tetapi harganya jauh lebih menarik daripada unit baru yang berharga RM 189,012.
Apakah itu unit ‘pre-reg’?
Kereta pra-daftar, atau lebih dikenali sebagai ‘pre-reg’ adalah kereta yang didaftarkan ke pengedar untuk tujuan menaikkan angka penjualan mereka dan mencapai kuota tertentu.
Berbanding dengan kereta ‘ex-demo’ yang telah ‘dibelasah’ oleh pelanggan, kereta ‘pre-reg’ selalunya macam kereta baru, kadangkala dengan jarak tempuh tiga digit atau hampir dengan jarak tempuh sifar. Tambahan, kereta ‘pre-reg’ jauh lebih murah daripada kereta baru.
Baloi ke beli kereta ‘pre-reg’?
Jika kamu dapat memperoleh contoh jarak tempuh sifar (tidak termasuk jarak tempuh penghantaran), memang berbaloi-baloi untuk dibeli.
Namun, berhati-hatilah dengan kadar faedah yang tinggi. Selalunya, agak mudah untuk kamu mendapatkan kadar pembiayaan kereta baru bagi kereta ‘pre-reg’ berusia 6 bulan, tetapi ini berbeza dari bank ke bank. Sebaiknya periksa dengan bank sebelum menandatangani dokumen pinjaman / sewa beli itu.
Mana satu anda patut beli?
Ini semua bergantung kepada kamu. Sekiranya sudah pasti 100% untuk membeli kereta ‘pre-reg’ atau ‘ex-demo’, mana-mana antara ini adalah pembelian yang baik.
Bergantung pada pengedar, mereka mungkin atau tidak akan mengiklankan kereta ‘ex-demo’ atau ‘pre-reg’, jadi terserah kepada kamu untuk kaji selidik. Hampir semua jenama kereta utama di Malaysia menawarkan kereta ‘pre-reg’ atau ‘ex-demo’ untuk dijual, jadi lebih baik kamu berjumpa dengan pengedar masing-masing untuk mengetahui lebih lanjut.
Kerumitan untuk membeli kereta ‘ex-demo’ adalah antara membeli kereta baru dan kereta terpakai biasa. Berbanding dengan kereta terpakai biasa, pembelian kereta ‘ex-demo’ jauh lebih mudah dan telus, tetapi tidak mudah seperti membeli yang baru.
Dengan jumlah penjimatan yang dapat kamu nikmati dengan memilih kereta ‘ex-demo’ atau ‘pre-reg’, usaha itu lebih berbaloi.
Artikel ini ditulis oleh Zamil Syaheer untuk WapCar
perodua showroom
December 3, 2022ye betul, lebih baik beli kereta baru, rate rendah, ada waranty 3tahun, lagi baik. tq sharing