Posted on November 25, 2020
Apakah lima perjalanan keretapi paling mewah di dunia yang mesti kamu cuba? Kan seronok menikmati perjalanan keretapi yang membawa kamu ke destinasi yang jauh. Teringat filem Murder on the Orient Express di mana sekumpulan orang asing dalam keretapi mewah kemudian berkenalan dan menghabiskan masa bersama. Tentunya antara sebab menaiki keretapi ini ialah untuk menikmati pemandangan dari dalam jendela penginapan, menikmati gaya hidup dan aktiviti dalam keretapi dan bangun pagi melihat dunia waktu pagi dari dalam gerabak. Oh… jika kamu belum pernah merasai pengalaman ini, kamu wajib mencubanya sekali.
Pabila dunia sembuh nanti, mungkin kamu boleh mencuba salah satu daripada perjalanan keretapi mewah dunia yang saya senaraikan ini. Lupakan kisah pandemik, buka minda dengan pengalaman baru dan resapi keindahan dunia dari dalam gerabak mewah dunia ini.
The Blue Train, South Africa
The Blue Train menghubungkan antara Pretoria dan Cape Town. Perjalanannya mengambil masa dua hari hampir 1000 batu. Dalam keretapi mewah Afrika ini, deluxe suite bukan setakat suite sahaja tetapi juga tab mandi. Perincian yang dititikberatkan dalam keretapi ini yang menjadikannya istimewa. Penghawa dingin, pemanas bawah lantai, bilik mandi marmar, selimut bulu itik dan pelapik katil daripada kapasnya menjadi pelengkap pengalaman. Apalagi kalau bicara tentang suite mewahnya. Lebih hebat. Tersedia butler peribadi, sistem hiburan peribadi dan ruang lebih luas. Set 1 keretapi ini menempatkan 54 tetamu, pada hari-hari Set 2 beroperasi, ia boleh menempatkan sehingga 82 tetamu di mana ada gerabak umum dan menikmati pemandangan. Setiap penumpang akan menikmati WiFi jadi mudahlah kamu berkongsi gambar online untuk membuat teman-teman cemburu.
Apa pandangan anda?