Berapa kos servis Perodua Ativa? RM64 untuk servis pertama selepas 1,000km. Tetapi ingat lagi tentang bunyi bising di belakang? Ia masih misteri
Nampak gayanya memandu 1,000 km dalam masa seminggu bukanlah sesukar yang kami sangkakan. Setelah dipandu dengan campuran pemanduan di bandar dan lebuh raya, kami berjaya melengkapkan sesi ‘run-in’ Perodua Ativa pada minggu lalu dan kami telahpun menghantar SUV ini ke pusat servis untuk pemeriksaan 1,000 km pertamanya pada Jumaat lalu.
Kami tempah temujanji di Pusat Servis Perodua Sungai Penchala untuk jam 10 pagi. Semuanya berlangsung mengikut jadual dan Cik Tiva terus diperiksa setelah kami selesai berbual dengan penasihat servis di sana.
Apa yang dilakukan dalam pemeriksaan 1,000 km pertama? Tak banyak pun.
Pemeriksaan ini dijalankan secara percuma, dan ia hanya mengambil masa kurang dari 15 minit.
- Kondisi dan tahap minyak hitam
- Tahap air
- Bahagian bawah kenderaan (‘Undercarriage’)
- Tekanan angin tayar
Ada beberapa item tambahan yang kamu boleh pilih. Bagi Cik Tiva, kami pilih item berikut:
- Perangkap magnet (magnet trap)
- Pelindung terminal bateri
- Pembersih cermin hadapan
Perangkap magnet ialah satu pita (band) ringkas yang dipasang di sekeliling penapis minyak. Pelindung terminal bateri pula ialah satu filem nipis yang dilekatkan pada terminal bateri, manakala pembersih cermin hadapan pula hanyalah air bersabun yang kamu isi ke dalam tangki cecair ‘wiper’.
Perangkap magnet yang dipasang pada keliling penapis minyak
Cik Tiva adalah Perodua Ativa pertama diservis di fasiliti Sungai Penchala. Nasib baik, kami datang hanya untuk pemeriksaan biasa kerana mekanik yang bekerja di sana memberitahu kami yang sesi latihan mekanik secara fizikal dan menyeluruh bagi Ativa akan dijalankan pada bulan April. Disebabkan oleh pandemik yang melanda, beberapa acara terpaksa ditangguhkan.
Pemeriksaan Perodua Ativa 1,000 km | |
---|---|
Perkara | Harga |
Servis Pemeriksaan | RM 0 |
Pelindung terminal bateri | RM 3.80 |
Perangkap magnet (magnet trap) | RM 57.00 |
Pembersih cermin hadapan (30 ml) | RM 3.40 |
Jumlah | RM 64.20 |
Dengan item pilihan yang kami ambil, kami terima bil berjumlah RM 64.20. Kamu juga sebenarnya boleh jalankan pemeriksaan seperti biasa tanpa memilih item-item ini. Kami hanya mahu lengkapkan Cik Tiva dengan kelengkapan tambahan ini.
Bahagian bawah Ativa
Apabila Ativa ini diangkat, kami sempat melihat bahagian bawah (undercarriage) SUV ini. Memandangkan ia kereta baru, segalanya masih bersih dan cantik.
Torsion beam
Ada apa-apa yang menarik tak di bahagian bawah Ativa? Tak banyak pun sebenarnya. Selain daripada ketiadaan pelindung percikan (splash guard) enjin, kamu boleh lihat ‘torsion beam’, tangki minyak, dan juga ‘muffler’ panjang. Kami juga nampak palam saliran (drain plugs) di bahagian bawah kereta, yang pada asalnya pelekap ‘jig’ untuk pemasangannya.
Daihatsu
Semua palam saliran berada pada tempat sepatutnya
Kami menyesal tidak bertanyakan isu bunyi getaran yang kami dapati kerana kami fikir kami dah selesaikan masalah itu semasa kami ketatkan tayar ganti di belakang pada malam sebelumnya. Sementara menunggu sesi pemeriksaan yang seterusnya, kami perasan yang bunyi getaran itu masih ada di bahagian belakang Ativa.
Baca juga: Ada bunyi misteri di belakang Perodua Ativa?
Kami sudahpun menetapkan satu lagi temujanji untuk hari Rabu ini dan kami akan maklumkan pada anda punca bunyi getaran itu pada entri seterusnya. Ikuti Facebook WapCar – BM sekarang!
Untuk lebih banyak artikel sebegini lawati WapCar
Apa pandangan anda?