Posted on March 4, 2021
Kurus dalam masa seminggu? Bolehkah? Benarkah? Bagaimana nak mencapainya? Apakah selamat untuk mengamalkannya?
Bagi mereka yang mula berjinak-jinak dengan diet, pasti runsing apakah makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan. Kadangkala, sampai tak tahu apa yang ingin dimasak dalam menu masakan setiap hari. Kamu mahu tahu contoh menu diet 7 hari?
Kami kongsikan di sini beberapa contoh menu diet seminggu.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkan di sini.
Kurus dalam masa seminggu: Menu diet 7 hari yang boleh kamu cuba di rumah
Berikut disertakan beberapa cadangan hidangan menu diet untuk kamu selama tujuh hari.
Contoh menu diet 7 hari ini diberikan berdasarkan empat waktu makan setiap hari iaitu sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.
Contoh menu diet 7 hari: Hari pertama
- Sarapan pagi: Campuran oat bersama pisang atau buah-buahan potong yang lain
- Makan tengah hari: Segenggam nasi putih bersama potongan dada ayam yang diperap bersama bawang putih dan lemon
- Minum petang: Mentega kacang dan juga potongan buah
- Makan malam: Bihun goreng dan telur rebus
Contoh menu diet seminggu hari kedua
- Sarapan pagi: 2 keping roti bersama telur hancur
- Makan tengah hari: Segenggam nasi bersama tempe dan tauhu goreng. Boleh juga ditambah sup sayur
- Minum petang: Potongan buah epal
- Makan malam: Segenggam nasi bersama potongan dada ayam yang dipanggang
Contoh menu diet seminggu hari ketiga
- Sarapan pagi: Lempeng yang dimakan bersama potongan buah pisang
- Makan tengah hari: Segenggam nasi dengan hidangan ikan stim bersama limau
- Minum petang: Badam dan juga coklat gelap
- Makan malam: Segenggam nasi bersama sup sawi dan tauhu
Contoh menu diet seminggu hari keempat
- Sarapan pagi: Overnight oat
- Makan tengah hari: Segenggam nasi putih bersama sup ayam
- Minum petang: Kacang campuran
- Makan malam: Segenggam nasi bersama ayam stim
Contoh menu diet seminggu hari kelima
- Sarapan pagi: Smoothies pisang bersama mentega kacang
- Makan tengah hari: Segenggam nasi putih bersama sup ikan
- Minum petang: Yogurt bersama potongan buah-buahan
- Makan malam: Segenggam nasi bersama lauk singgang ikan
Contoh menu diet seminggu hari keenam
- Sarapan pagi: Roti bakar bersama potongan epal dan sedikit madu
- Makan tengah hari: Segenggam nasi putih bersama ikan bakar dan air asam
- Minum petang: Telur rebus yang dilenyek dan dimakan bersama roti
- Makan malam: Segenggam nasi dengan lauk tomyam ayam
Contoh menu diet seminggu hari ketujuh
- Sarapan pagi: Wrap dengan inti ayam panggang dan sayur bayam
- Makan tengah hari: Segenggam nasi putih bersama ayam panggang lada hitam
- Minum petang: Popia berinti sayur
- Makan malam: Spageti aglio olio dengan potongan ayam
Bukan hanya ikut contoh menu diet 7 hari, tetapi juga gaya hidup sihat
Bukan hanya makanan yang menyebabkan kamu sihat, tetapi juga gaya hidup kamu secara keseluruhan.
Oleh itu, selain daripada mengikuti contoh menu diet 7 hari seperti yang disarankan, kamu juga perlu melakukan perkara-perkara seperti berikut:
- Amalkan minum air kosong atau air bersama perahan limau bagi menggantikan air bergula
- Jangan skip sarapan pagi kerana sarapan pagi adalah waktu makan paling penting setiap hari
- Banyakkan makan sayuran dan juga buah-buahan
- Amalkan gaya hidup yang aktif seperti bersenam dan kerap berjalan kaki
- Kawal jumlah makanan. Makanan yang sihat tanpa pengawalan jumlah yang diambil juga adalah sia-sia
- Elak snek yang tidak sihat seperti kerepek, minuman berkarbonat dan kek manis dan bergula
- Banyakkan pengambilan sumber protein dan kurangkan pengambilan sumber karbohidrat
- Elakkan makanan yang tinggi kandungan lemak tepu
Kesimpulan
Kini kamu boleh merancang menu makanan untuk tempoh seminggu.
Jika mahu, kamu juga boleh repeat menu makanan ini dengan menukarkan harinya pada minggu seterusnya.
Kamu tidak perlu pening lagi mengenai apa yang ingin dimasak semasa diet. Ikut sahaja contoh menu diet 7 hari yang kami cadangkan ini.
Untuk lebih banyak artikel sebegini latawi Hello Doktor
Apa pandangan anda?