Nama yang biasa didengar, tetapi rupa berbeza sama sekali: pada Februari lepas, Honda melancarkan new HR-V 2021 di Jepun.
Banyak yang diperkatakan mengenai SUV ini, jadi mari kita lihatkan beberapa fakta dan maklumat.
Apa dia new HR-V 2021?
Model ini adalah pelancaran global pertama Honda untuk 2021, dua bulan sebelum mereka mendedahkan Honda Civic FE 2022 yang juga serba baharu.
Model baharu sepenuhnya, HR-V generasi ketiga ini hadir dengan rupa lebih ringkas, trenkuasa baharu, dan banyak lagi ciri-ciri baharu.
Jepun telah mula menjual Vezel ini (namanya di sana) lewat April, manakala negara-negara Eropah akan menyusul kemudian dalam tahun ini.
Adakah ia betul-betul lebih besar dari HR-V lama?
Ini mugkin mengejutkan, tetapi angka-angka tidak menipu: ia hanya lebih besar sedikit sahaja dan lebih pendek dari model sebelumnya:
Dimensi Honda HR-V 2021 | |||
---|---|---|---|
Model/Dimensi | Honda HR-V serba baru | HR-V generasi ke-2 | Beza |
Panjang (mm) | 4,330 | 4,334 | -4 |
Lebar (mm) | 1,790 | 1,790 | 0 |
Tinggi (mm) | 1,590 | 1,605 | -15 |
Jarak Roda (mm) | 2,610 | 2,610 | 0 |
Walaupun begitu, pakej bijak memberikan HR-V terbaharu ini lebih ruang dari model semasa. Pelik, bukan?
Habis tu, ruang dalaman new HR-V 2021 lebih luas?
Ya betul, hasil dari kejuruteraan bijak. Komponen powertrain dan drivetrain hibrid kini diletakkan dalam casis dan ruang enjin, dan tangki minyak kini terletak di bawah tempat duduk depan.
Hasilnya ialah ruang dalaman ekstra, membolehkan tempat duduk belakang dialih 30mm ke belakang, dengan sandaran ditambah sebanyak 2-darjah.
Apa yang penting ialah: posisi tempat duduk belakang memberikan tambahan ruang kaki sebanyak 35mm dan lebih ruang bahu.
Ini sememangnya pembaharuan yang dialu-alukan; dengan HR-V yang masih berada dalam pasaran kita ini sudahpun mempunyai ruang kaki dan bahu paling luas dalam kelasnya.
Berapa liter ruang but?
Berkenaan ini – walaupun Honda banyak membincangkan mengenai kebolehan HR-V baharu ini dari segi ruang kargo, mereka tidak menyebut langsung berapa liter ruang but padanya.
Selain itu, HR-V baharu ini mengekalkan tempat duduk ULTRA modular yang disukai ramai, membolehkan ia dikonfigurasi untuk simpanan barang berbeza.
Ini bermakna jika kamu mahu letak dua basikal, ‘tendang’ sahaja untuk membuka pintu but berkuasa hands-free, lipat tempat duduk belakang dan masukkan basikal – tidak perlu cabut tayar.
Tetapi bukan itu sahaja, bila tempat duduk belakang ini dilipat – jika kamu mahu, Honda berkata, seorang dewasa berketinggian 190cm boleh baring dengan selesa di sini. Menarik.
Ada ciri istimewa pada new HR-V 2021. Apa dia?
Ciri utama pada HR-V baharu ini ialah sistem pendingin hawanya yang pintar.
Corong berbentuk-L yang terletak di hujung strip papan pemuka boleh berfungsi sebagai pendingin hawa biasa (aliran udara terus), atau sebagai Air Diffusion System, yang menghasilkan vortex udara lembut yang memberikan rasa seperti tiupan angin. Ia melakukannya dengan menghalakan udara di sepanjang tingkap dan bumbung.
Ini juga bermakna haba yang masuk melalui tingkap tepi semasa musim panas (atau udara musim sejuk) dihalang oleh tirai udara yang terbentuk di sekeliling penumpang – memberikan suhu sekata dalam sebarang cuaca.
Bagaimana dengan ciri-ciri lain?
Lampu LED untuk DRL, lampu depan dan belakang, semuanya standard untuk semua empat varian di Jepun.
Semua varian Honda HR-V baharu mendapat kawalan pendingin hawa digital dan lampu kabin LED, manakala varian atas mendapat ciri seperti balutan tempat duduk dwi-tona, moon roof panoramik, pengecas tanpa-wayar Qi, dan tempat duduk dengan pemanas.
Ciri cool lain termasuklah sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, sistem telematik Honda Connect, serta Honda Digital Key – yang membolehkan kamu mengawal kunci pintu, pendingin hawa, dan menghidupkan enjin menggunakan telefon pintar.
Pastinya, ini bergantung kepada varian; seperti kluster instrumen digital 7-inci (yang nampak sangat serupa pada Honda City RS kita) dan sistem audio Pioneer 10-pembesar suara.
Ada Honda Sensing?
Ya, setiap varian mendapat Honda Sensing ADAS, berfungsi dengan sistem sonar dan kamera. Ini adalah ciri-ciri utamanya:
- Collision Mitigation Braking System (CMBS)
- Adaptive Cruise Control with pedestrian detection, Low-Speed Follow (ACC w/ LSF)
- Lane Keeping Assist System (LKAS)
- Traffic Sign Recognition (TSR)
- Auto High-Beam (AHB)
Dari segi ciri keselamatan pasif, terdapat beg udara depan, sisi dan tirai, selain cagak ISOFIX.
Bagaimana dengan prestasi?
Honda membekalkan dua pilihan powertrain untuk HR-V serba baharu. Hanya satu varian menggunakan petrol sepenuhnya, manakala selebihnya hibrid, menggunakan setup i-MMD dual-motor serupa dengan City RS:
Prestasi Honda HR-V | ||
---|---|---|
Varian | G | e:HEV |
Trenkuasa | 1.5 liter, aspirasi natural, DOHC i-VTEC
118 PS @ 6,600 rpm 142 Nm @ 4,300 rpm FF/AWD CVT |
1.5 liter petrol-hibrid elektrik
Enjin: 106 PS / 127 Nm Motor elektrik: 131 PS / 253 Nm FF/AWD e-CVT |
FF kecekapan bahan api yang dituntut (WLTP) | 5.89-liter/100 km | 4.03-liter/100 km |
Perhatikan bahawa angka kuasa enjin dan motor tidak boleh ditambah begitu sahaja kerana kuasa puncak masing-masing adalah pada kelajuan pusingan (rev) berbeza.
Ada sebarang modifikasi padanya?
Honda sendiri akan berbesar hati menawarkan pakej modifikasi untuk SUV mereka ini.
Honda Access menawarkan dua pilihan kit badan – Urban Style dan Casual Style – di samping beberapa lagi aksesori lain seperti alas but, pencahayaan kabin tambahan, dan hiasan kabin.
Dan jika semua itu agak biasa, Mugen menawarkan alternatif – lengkap dengan spoiler dua-lapis dan sistem ekzos sports.
Banyak betul ciri baru pada new HR-V 2021, adakah lebih mahal?
Mungkin kamu dah dapat jangka, tetapi… ya.
Di Jepun – satu-satunya pasaran yang memaparkan harga pada masa artikel ini ditulis – harga HR-V serba baharu bermula dari JPY 2.279 juta (~RM 87k) untuk model asas G, hingga ke JPY 3.298 juta (~RM 125k) untuk model teratas e:HEV Play.
Harga HR-V sebelum ini yang dapat kami semak bermula pada JPY 2.075 juta (~RM 78k) untuk varian G, hingga JPY 2.93 juta (~RM 110k) untuk varian Hybrid Z.
Paling penting – adakah new HR-V 2021 masuk Malaysia?
Ini susah sedikit hendak dijawab. Mana-mana pun boleh jadi.
Situasi satu: Honda Malaysia memperkenalkan HR-V ini dengan harga sedikit lebih tinggi. Kamu telah baca di atas, dan jelas kenapa – kereta ini sudah dijual lebih mahal, dan ambil kira juga duti eksais, harganya akan lebih tinggi lagi.
Sebagai konteks, HR-V semasa yang dijual di Malaysia berharga antara RM 104k hingga RM 119k. Sementara Honda CR-V bermula pada RM140k, bermakna HR-V hanya ada ruang yang kecil untuk diletakkan.
Dan jangan lupa, HR-V akan berdepan dengan persaingan sengit dengan Toyota Corolla Cross yang sedang laris, berharga dari RM 124k hingga RM 134k.
Ini membawa kita kepada situasi dua: ia akan digantikan dengan Honda WR-V generasi baharu. Inilah model yang disasarkan untuk pasaran-pasaran membangun, yang akan menjadikannya lebih kompetitif (sekurang-kurangnya dari segi harga) jika HR-V tidak akan sampai ke Malaysia.
Apa yang kamu perlu tahu… untuk masa ini!
Sebelum berita lebih lanjut, inilah panduan terkini anda untuk new HR-V 2021
Artikel ini ditulis oleh Amirul untuk WapCar
Apa pandangan anda?