Ramai menganggap penyakit seperti kanser payudara dan osteoporosis adalah eksklusif untuk mereka yang bergelar wanita. Walau bagaimanapun, sedikit trivia berkenaan dengan hukum alam, ia tidak mempunyai sebarang bentuk diskriminasi. Mungkin mereka lebih berisiko, namun lelaki juga boleh didiagnosis dengan masalah terbabit. Artikel ini akan memperkenalkan 7 penyakit wanita yang boleh dihidapi oleh kaum Adam.
#1 Osteoporosis, penyakit tulang rapuh
Osteoporosis agak popular dan jika kamu perhatikan iklan di televisyen, kebanyakan penghidap diperwatakkan oleh pelakon wanita.
Keadaan ini menyebabkan timbul salah faham berkenaan dengan maklumat demografi dan risiko bagi penyakit tulang rapuh.
Apabila tulang mengalami penurunan ketumpatan, ia mudah retak dan menyebabkan komplikasi serius.
Walaupun kajian menunjukkan setinggi 1 daripada 3 wanita menghidap masalah ini, namun lelaki juga tidak terlepas daripada didiagnosis walaupun tidak sekerap itu (1 daripada 5 lelaki).
Keadaan ini berlaku berikutan perubahan proses fisiologi wanita selepas mereka mencapai usia menopaus.
Namun, apabila mencecah usia 65 hingga 70 tahun, proses patologi penyakit berlaku pada kadar yang hampir sama bagi kedua-dua jantina.
Apa pandangan anda?