Posted on March 19, 2021
Perodua Ativa 2021 kini tiba di pasaran dan ia diberi beberapa perincian yang unik bagi pasaran Malaysia.
Salah satu perincian tersebut ialah pintu bonet besinya yang berbeza daripada Toyota Raize dan Daihatsu Rocky pasaran Jepun iaitu kereta asas Ativa. Pintu Raize/Rocky diperbuat daripada PPGF (polipropilena bertetulang gentian kaca).
Perodua memilih pintu bonet belakang jenis besi yang konvensional dan bukannya jenis PPGF yang lebih ringan adalah kerana ketiadaan fasiliti yang mampu membuat acuan plastik bersaiz besar sebegini di Malaysia.
Kos pelaburan untuk acuan yang boleh menghasilkan pintu bonet belakang PPGF ini juga amat tinggi. Oleh itu, Perodua akhirnya memilih cara lain dan memberikan Ativa pintu besi seperti di atas.
Hasilnya, berat bersih Perodua Ativa dengan pilihan bahan ini, ditambah pula dengan tayar ganti ialah 1,035 kg – lebih berat sedikit daripada Rocky/Raize yang mempunyai berat 980 kg.
Perodua Ativa 2021 model pertama Perodua yang didatangkan dengan enjin berpengecas turbo dalam bentuk enjin 1KR-VET berkapasiti 1 liter – mampu menjana 98 PS dan 140 Nm. Kuasa disalurkan pada tayar hadapan menerusi kotak gear Dual-mode CVT (D-CVT).
Untuk lebih banyak artikel sebegini lawati Wapcar
Apa pandangan anda?