Posted on December 9, 2020
Semakin hujung tahun menanti, semakin banyak koleksi baharu dilancarkan. Photobook berkolabirasi bersama Artjamila® dan Samsung pula lancar Galaxy Fit2!
Photobook Dan Koleksi Edisi Terhad Hujung Tahun Bersama Artjamila®
Photobook memperkenalkan koleksi terbarunya yang mana kali ini cukup istimewa apabila mereka memilih untuk berkolaborasi bersama Artjamila® dan beberapa pengumpul seni lokal daripada Art Market Malaysia. Dengan kolaborasi istimewa ini, mereka menampilkan 15 jenis rekaan unik dengan hiasan seni grafik dan cetakan indah melambangkan pelbagai budaya dan gaya hidup masyarakat Malaysia.
Menurut Hew Lee Yee, Ketua Pegawai Pemasaran Photobook Malaysia,
Di Photobook, kami mencari jalan terbaik untuk memastikan hujung tahun ini diraikan dengan penuh makna buat pelanggan kami. Dalam masa sama, kami mahu membantu komuniti pelukis lokal dengan memberi ruang dan medium untuk mereka menunjukkan hasil kerja mereka. Kami berharap dapat membantu menyatukan artis dengan masyarakat melalui kolaborasi hujung tahun kami dengan harga yang amat berpatutan ini. Pada siapa yang mahu berkongsikan hasil seni ini dengan teman istimewa, kami juga boleh sediakan nota ucapan untuk mereka.
Fish Mosaic Series oleh Artjamila®
Dalam kolaborasi ini, Artjamila® menghasilkan empat rekaan edisi terhad yang diberi nama Fish Mosaic Series, the Teapot S9, the Teapot S11 dan The Garden of Lotus. Dan empat rekaan ini turut akan terjual di Photobook seluruh dunia.
Profesor Abdul Hamid Mohamed
Artjamila® atau nama sebenar Wan Jamilah Wan Shaiful Bahri, seorang remaja austime, yang memilih melukis sebagai alatnya untuk berkomunikasi dengan dunia luar. Bukan itu sahaja, hasil kerjanya juga mendapat pelbagai pengiktirafan sehinggakan lebih 100 hasil lukisannya menjadi rebutan pengumpul seni di Malaysia dan Switzerland.
Antara pelukis seni dari Art Market Malaysia yang turut terlibat di dalam kolaborasi ini ialah Profesor Abdul Hamid Mohamed, Roslan Razali, Lin Daud dan ramai lagi.
Kunjungi laman rasmi Photobook untuk memiliki produk edisi terhad hasil kolaborasi ini.
Peka Isu Pandemik, Samsung Lancar Galaxy Fit2
Gaya hidup kita kini sudah berubah, malah kena senantiasa memikirkan apa yang terbaik untuk kesihatan diri baik fizikal dan mental. Maka, ramai yang kita lihat hari ini mula mencari sesuatu aktiviti untuk memenuhi hari-hari yang terluang. Samsung pula lancar Galaxy Fit2, membantu kamu untuk menjejak gaya hidup kamu agar kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari.
Melalui Galaxy Fit2 ini, kamu boleh mengawal pengambilan kalori di samping menjaga serta memerhati kadar degupan jantung ketika kamu melakukan sebarang aktiviti senaman diri. Sebagai contoh, selepas 10 minit kamu work out, alat peranti ini akan secara automatik mengesan aktiviti kamu dan mula menjejak segala pergerakan. Tambahan lagi, ia boleh juga mengesan kadar langkah pergerakan kaki kamu sepanjang hari. Dan daripada sinilah, kamu mampu menjejak setiap aktiviti yang kamu lakukan seharian demi menjaga kesihatan tubuh badan kamu.
Memandangkan kita hidup kini dalam norma baharu, Samsung turut menyediakan feature seperti notification reminder kepada kamu setiap masa untuk mencuci tangan. Galaxy Fit2 ini membantu untuk memudahkan kamu setiap hari.
Dapatkan Galaxy Fit2 pada harga RM179. Untuk maklumat lanjut layari laman web rasmi Samsung Malaysia.
Apa pandangan anda?