Perancangan keluarga sangat penting bagi pasangan suami isteri dan inilah sebab utama adanya kaedah kontraseptif seperti pil perancang kehamilan.
Sekiranya kamu terlupa untuk mengambil pil ajaib ini sebelum bersenggama, usah risau kerana ada pil perancang kecemasan yang boleh dijadikan ‘plan b’.
Pun begitu, ramai yang takut menggunakannya kerana bimbang akan kesan sampingan pil ini. Adakah ia berbahaya? Jom ikuti artikel dengan lebih lanjut!
Apa itu pil perancang kecemasan?
Untuk pengetahuan kamu, pil perancang kecemasan adalah sejenis pil yang digunakan selepas hubungan seks tanpa perlindungan bertujuan mengelakkan kehamilan luar jangkaan.
Namanya iaitu ‘morning after pill’ mungkin agak mengelirukan kerana ia tidak semestinya diambil pada keesokan pagi namun boleh juga diambil 3 ke 5 hari selepas hubungan intim berlangsung.
Untuk lebih banyak artikel sebegini, lawati Hello Doktor
Apa pandangan anda?