Posted on September 8, 2023
Tahun ini, Singapore Grand Prix dan Singapore Tourism Board kembali mengalu-alukan Formula 1 (F1) Grand Prix Singapura 2023 yang akan berlangsung di Marina Bay Street Circuit dari 15 hingga 17 September 2023. Sepanjang musim F1 ini berlangsung, akan terdapat pelbagai acara dan aktiviti GPSS yang akan disediakan di sekitar bandaraya ini bagi semua pengunjung yang melawat Singapura. Setiap acara dan aktiviti GPSS ini adalah eksklusif dan ianya akan berlangsung dari 8 hingga 17 September 2023!
Antara aktiviti dan daya tarikan sepanjang musim GPSS ini adalah termasuk lokasi tarikan terkini di Singapura, restoran-restoran yang menawarkan hidangan unik dengan pemandangan indah bandaraya Singapura, aktiviti membeli-belah dengan promosi menarik di Orchard, acara hiburan serta kesenian dan banyak lagi. Jika anda tidak berjaya mendapatkan tiket F1 anda, jangan risau – anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai pengalaman mengikuti acara dan aktiviti GPSS ini!
Bird Paradise & Singapore Zoo Wild Dash Tour!
Tarikh: 15 – 17 September 2023
Masa: 9 pagi – 3 petang
Lokasi: Bird Paradise & Singapore Zoo, Mandai Wildlife
Harga Tiket: SGD$252/pakej untuk 2 orang (Bundle 2-To-Go)
Marilah kita merasai pengalaman baharu dengan mengikuti lawatan yang dirancang khas buat semua pemegang pass Formula 1 Grand Prix Singapura 2023! Lawatilah Bird Paradise, daya tarikan terkini untuk hidupan liar dan tidak ketinggalan juga Singapore Zoo, tempat kesukaan rakyat tempatan dan antarabangsa – keduanya boleh dilawati dalam tempoh separuh hari. Anda juga boleh menaiki buggy yang dihiasi dengan tema perlumbaan F1 dengan tidak perlu beratur untuk membeli tiket menyaksikan persembahan-persembahan menarik yang berlangsung di Singapore Zoo.
Anda juga berpeluang menikmati hidangan tengahari di restoran terbaharu di sini, Restoran Crimson dengan pemandangan burung-burung berterbangan seperti flamingos dan macaws yang memukau. Dengan diiringi pemandu pelancong VIP Wildlife, anda juga bakal mendapat akses langsung ke semua hotspots yang terdapat di dalam taman hidupan liar ini tanpa perlu beratur panjang!
Akses ini boleh didapati dengan Bundle 2-To-Go pada harga SGD$252.00 merangkumi semua di bawah:
• VIP Wildlife Guide
• Tunjukkan F1 pass anda dan naiki Khatib Shuttle ke Mandai secara percuma
• Tiket masuk untuk 2 orang ke Bird Paradise & Singapore Zoo.
• Tempat duduk terbaik untuk 2 orang menyaksikan persembahan hidupan liar yang menarik.
• 3-Course Set Tengahari untuk 2 orang di Crimson Restaurant.
• Pack Cenderahati Wildlife Survival
• Limousine Buggy Ride bertemakan perlumbaan F1. Tarikh lawatan anda diperlukan sewaktu membuat pra-tempahan. Anda perlu memilih antara 15, 16 atau 17 September 2023. Sila email ke mailto:xp.res@mandai.com dan nyatakan kod “GPSS23MWR” sebelum 14 September 2023, untuk tempahan lawatan anda.
License to Feast!
Dining – The Longest Brunch
Tarikh: 8 – 17 September 2023
Masa: Makan tengahari & Makan malam
Tiada Tiket (Masuk percuma – Setiap caj makanan di sini bergantung kepada pesanan individu)
Bersedia untuk penerokaan pelbagai sajian makanan dan budaya? Mari mulakan perjalanan mengembara ke seluruh dunia melalui hidangan istimewa makan tengahari atau makan malam yang luas – daripada 8 destinasi makan yang berbeza dan unik oleh 1-Group. Nikmati pelbagai hidangan tengahari yang kreatif dalam pelayaran berterusan anda dalam bidang gastronomi indah dan tingkatkan rutin makan tengahari anda dengan set-up makan tengahari terpanjang bagi litar perlumbaan F1! Makan tengahari bertema sepanjang hari, sepanjang minggu dan banyak lagi!
Nikmati hidangan yang menyelerakan dengan panorama indah latar langit bandar Singapura dari ketinggian aras 51 di Kaarla and Oumi, restoran yang menyajikan menu buffet brunch ala carte dari sumber mampan Coastal Australia dan masakan Kappo Jepun kontemporari, dengan bahan segar yang diperoleh dari backyard sendiri – the World’s Highest Food Forest. Untuk aktiviti santai, berkunjunglah ke Sol & Luna untuk menikmati brunch klasik Latin-Eropah atau ke restoran Sol & Ora – untuk menikmati pemandangan pantai yang menenangkan dengan menu citarasa Latin-Mediterranean.
Di pinggir perairan Marina Bay di MONTI, nikmatilah hidangan Italian bayside brunch yang autentik, yang menampilkan hidangan istimewa bertemakan F1 diiringi alunan muzik yang menenangkan – tersedia sepanjang minggu! Anda juga boleh bersiar-siar di sepanjang sungai di Clarke Quay untuk menikmati brunch di sebuah restoran Cina Moden yang terletak di sebuah ruang multi-concept terkini di kawasan ini. Selain itu, mungkin jantung anda akan berdetak lebih cepat di ketinggian aras 55 di tengah-tengah Orchard, dan bersiaplah untuk jamuan brunch yang megah di Atico! Nikmati hidangan brunch mewah dan menakjubkan dengan gabungan hidangan kegemaran ramai dari restoran Jepun-Peruvian, FLNT dan klasik Argentina dari FIRE, di samping pilihan fresh seafood on ice!
Penerokaan hidangan brunch ini akan membawa anda ke luar bandar Seletar, di mana Au Balcon di The Summerhouse menawarkan gabungan hidangan brunch ala Perancis. Anda juga dapat menikmati rehat tengahari dikelilingi kehijauan yang subur di UNA di The Alkaff Mansion, yang terletak di Bukit Telok Blangah – di mana hidangan asli Sepanyol menanti anda! Jangan lupa melawat Botanico, terletak di dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO Taman Botani Singapura yang menjanjikan hidangan brunch istimewa Eropah Moden dengan sentuhan citarasa Asia Tenggara. Memberi anda License to Feast!
Sila layari www.1-group.sg untuk info lanjut.
Singapore Sidecars
Tarikh: 13 – 19 September 2023
Masa: Setiap hari 6 petang – 11 malam
Tempat: Di sekitar Kampung Gelam, Civic District & Chinatown
Harga Tiket: SGD$230/seorang (durasi 60 minit – slot terhad)
Jelajahi bandar Singapura sewaktu acara F1 bersama Singapore Sidecars dan nikmati pengalaman unik di dalam suasana perlumbaan! Samada ingin hadir ke aktiviti sekitar Singapura atau sekadar merakam momen berharga untuk media sosial anda, Singapore Sidecars adalah pilihan tepat untuk peluang eksplorasi bandar Singapura, malam atau siang! Seronoknya!
Sila layari www.sideways.sg untuk tempahan tiket.
YachtCruiseSG “Speedboat Experience”
Tarikh: 9 – 18 September 2023
Masa: 2 petang – 6 petang
Lokasi: Sentosa Cove, 1 Cove Ave, Sentosa
Harga Tiket: SGD$69/seorang (durasi 30 minit)
Dilancarkan lebih 10 bulan yang lalu, pengalaman bot laju yang menarik ini sangat baru di Singapura. Buat pertama kali ianya akan membawakan pengalaman ke jeti Marina Barrage selaras dengan tema Formula 1 2023! Selain memacu adrenalin anda dengan meredah perairan dengan kelajuan tinggi, anda juga mendapat peluang untuk belajar daripada kapten yang akan bercerita tentang persekitaran Marina Barrage. Hujan, siang atau malam, anda pasti akan menikmati perjalanan bot laju selama 30 minit anda di sini!
Tema Perlumbaan
Sebelum pengalaman bot laju
Peserta digalakkan memakai pakaian bertemakan perlumbaan untuk pengalaman F1 yang menyeluruh. Sebelum memulakan aktiviti bot laju, taklimat pra-berlepas yang meniru format taklimat perlumbaan F1 akan diberikan kepada peserta dan arahan keselamatan serta peraturan untuk pengalaman bot laju ini juga akan turut dikongsikan. Kemudian, persamaan antara perlumbaan bot laju dan perlumbaan F1 akan diperkenalkan sambil memberi penekanan terhadap kepentingan kelajuan, ketepatan dan kemahiran dalam kedua-dua perlumbaan ini. Bot laju juga akan dihiasi dengan tema perlumbaan F1.
Semasa pengalaman bot laju
Laluan yang menyerupai litar F1 akan diberikan tumpuan dengan penggabungan gerakan yang meniru kecekapan dan kelajuan kereta F1, termasuk selekoh tajam, pecutan dan berhenti secara mendadak. Bot laju akan memulakan perjalanan dengan bunyi latar yang menyerupai deruman enjin F1 – yang pastinya bakal mengundang keghairahan peserta!
Selepas pengalaman bot laju
Di akhir aktiviti perlumbaan bot laju, peserta akan diberikan sijil tamat perlumbaan beserta peluang bergambar dengan bot laju tema F1 berlatarbelakangkan Marina Barrage. Sijil ini turut mencatatkan masa pusingan atau rekod kelajuan yang dicapai semasa pengalaman bot laju. Sepanjang keseluruhan pengalaman, keselamatan menjadi keutamaan sambil memastikan semua peserta menerima arahan dan peralatan keselamatan yang betul. Menarik bukan?
Sila layari www.yachtcruisesg.com untuk tempahan tiket
Skyline Luge – Night Luge Under the Stars!
Tarikh: 1 – 17 September 2023 (Setiap Jumaat dan Sabtu)
Masa: 7 malam – 9.30 malam
Lokasi: 45, Siloso Beach Walk, Sentosa
Harga Tiket: SGD$87/pakej untuk 3 orang/4 pusingan (Trio Rider Rush Bundle)
Skyline Luge sangat teruja untuk berkongsi acara yang menggembirakan – F1 Night Luge Under the Stars! Acara menarik ini akan diadakan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu dari 1 hingga 17 September 2023 – acara ini menggabungkan keseronokan memandu Luge yang mencabar dan mendebarkan dengan suasana perlumbaan F1 yang mengujakan. Pengunjung dari pelbagai peringkat umur dapat menikmati acara penuh aksi, promosi dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Aktiviti:
Podium Luge Bertema F1
Antara acara menarik di sini ialah peluang untuk bergambar di podium Luge Champ bertemakan Formula 1! Tampilkan semangat juara perlumbaan anda dan ambil pose kemenangan di atas podium ini, lengkap dengan latar belakang berinspirasikan F1. Peluang foto interaktif ini akan membuatkan anda berasa seperti superstar perlumbaan sejati!
Cabutan Bertuah untuk Pakaian Terbaik Bertemakan Perlumbaan
Adakah anda mempunyai pakaian bertemakan perlumbaan (race-themed) yang anda ingin tampilkan? Ayuh hadir berpakaian menarik semasa Acara F1 di Skyline Luge! Jika anda tampil dengan pakaian bertemakan perlumbaan, anda pasti akan berpeluang menyertai cabutan undian Pasti-Menang. Hadiah menarik termasuk barangan eksklusif Luge, pas Luge percuma, atau peluang untuk memenangi pas tahunan ke Skyline Luge. Sepanjang acara tersebut, trek Skyline Luge akan dihiasi dengan elemen bertemakan F1, mewujudkan suasana yang bertenaga dan penuh keseronokan untuk semua peserta. Rasailah getaran adrenalin semasa anda memecut menuruni trek, dikelilingi oleh tenaga dan keseronokan perlumbaan F1. Samada anda peminat sukan permotoran, pencari keseronokan, atau sekadar mencari pengalaman yang unik dan menghiburkan, Acara Skyline Luge F1 pasti akan memacu getaran adrenalin anda! Ajaklah keluarga dan rakan-rakan anda yang meminati perlumbaan dan keghairahan adrenalin, acara Skyline Luge – Night Luge Under the Stars ini pasti akan memberikan keseronokan dan momen berharga buat anda!
Sila layari www.skylineluge.com untuk tempahan tiket.
Web 3 – Art Meets Metaverse
Tarikh: 16 September 2023
Masa: 1 tengahari – 4 petang
Lokasi: Synthesis, 3 Temasek Blvd, #01-643, Suntec City East Tower 4, Singapore
Harga Tiket: Masuk percuma
Jika anda berada di Singapura, luangkan waktu petang anda meneroka dunia Web3 dan cara ia merevolusikan seni. Nikmati peluang untuk menjalin rangkaian dengan pemimpin industri di Singapura, berinteraksi dengan artis yang diilhamkan Web3 dan membawa pulang NFT eksklusif GPSS! Agenda aktiviti ini ialah untuk memasukkan kedua-dua tema perlumbaan dan elemen tempatan ke GPSS 2023. Selain itu, ia adalah untuk menyokong seni & budaya tempatan di Singapura dengan menganjurkan pameran seni Web3, dengan galeri seni tempatan.
Acara ini akan melibatkan pameran artis NFT tempatan dan ciptaan mereka. Memandangkan ianya selari dengan Musim Grand Prix, artis akan dijemput untuk merekabentuk khas NFT dan seni bertemakan perlumbaan untuk mempamerkan bakat mereka semasa acara ini. Panel penceramah dari industri juga akan dijemput untuk berkongsi dan membincangkan perkembangan terkini dalam senario Web3. Acara itu juga akan diiringi dengan jamuan minum petang untuk mewujudkan persekitaran bagi peserta menjalin rangkaian dengan artis dan ahli industri. Acara di atas bertujuan untuk mempromosikan suasana Web3 Singapura kepada pengunjung, dan juga untuk memperkenalkan karya daripada artis senior kepada generasi muda serta memperkasakan senario seni tempatan melalui Web3.
Sila layari www.affyn.com untuk mendaftar dan dapatkan e-tiket anda secara percuma.
A Project of Art in the Night Race
Tarikh: 13 – 19 September 2023
Masa: 10 pagi – 8 malam
Lokasi: The Arts House, 1 Old Parliment Lane, Singapura 179429
Tiada Tiket (Masuk percuma)
Projek tahun ini berakar dari kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar sebagai satu-satunya cara untuk menjamin kesejahteraan masa depan kita, disamping meningkatkan kesihatan rakyat serta kualiti hidup di bandar. Seni, dengan pelbagai manifestasinya, berperanan sumber sumber inspirasi yang penting untuk merangsang pemikiran rakyat mengenai isu ini. Projek terkini Yayasan Dino Zoli yang bakal dipamerkan di The Arts House pada tahun ini, melibatkan Recycle Art, dan ia bakal menerima pendedahan global – sorotan dari penonton Race Week pada tahun 2022. Projek ini melibatkan kitar semula projektor yang menyinari litar F1 GP pada September tahun lalu – ini adalah kerana ia tidak akan digunakan lagi dan akan digantikan dengan peranti LED yang lebih mesra alam.
Sekitar 1600 lampu limpah atau flood lights juga tidak akan lagi digunakan dan bakal memberi method baru melalui seni – melalui Recycle Art. Oleh sebab ini, Yayasan Dino Zoli dan DZ Engineering melibatkan beberapa Institusi Seni untuk memilih artis dan pelajar muda yang boleh mentafsir isu semasa bagi alam sekitar dengan kreativiti yang diperlukan untuk mengubah apa yang dibuang hari ini kepada apa yang akan menjadi karya seni di masa akan datang.
Sila layari www.fondazionedinozoli.com untuk info lanjut.
MINT Museum of Toys
Kereta Lumba Grand Prix Formula 1 dari 1950an ke 1970an
Tarikh: 8 – 17 September 2023
Isnin – Jumaat: 3 petang – 5 petang
Sabtu & Ahad: 12 tengahari – 5 petang
Lokasi: 26, Seah Street Singapura 188382
Harga Tiket: SGD$45/seorang
Menuju ke Musim Grand Prix Singapura antara 8 – 17 September 2023, MINT Museum of Toys akan mengadakan pameran koleksi siri kereta mainan yang rare dan antik yang dihasilkan antara tahun 1950an hingga 1970an. Koleksi ini direka berdasarkan model kereta lumba Grand Prix terkenal seperti Astro Boy Ferrari Sigma Grand Prix Show Car atau McLaren M23 Texaxo Grand Prix Racing Car dan Ini merupakan satu penghormatan kepada perlumbaan motor Grand Prix, satu acara sukan permotoran dengan sejarah seawal tahun 1894. Program ini akan memberikan pengunjung satu peluang untuk mengambil bahagian dalam Lawatan Berpandu selama 30 minit – jangan lepaskan peluang ini jika anda berkunjung ke Singapura bulan hadapan!
Sila layari www.ticketing.emint.com untuk tempahan tiket.
Jangan lepaskan peluang rasai keseronokan di setiap acara GPSS Precinct Party di sekitar Singapura September ini!
Orchard Precinct
Hashtag Mosaic
Tarikh: 8 – 17 September 2023
Lokasi: Orchard Pedestrian Walkway
Tiada Tiket (Masuk percuma)
Di sini akan terdapat visual efek mosaic yang dicipta dengan foto-foto dan video-video yang diambil menggunakan hashtag sewaktu berada di acara GPSS. Sewaktu pengunjung memuat naik ke media sosial menggunakan hashtag acara ini, postings mereka secara automatik akan digabungkan dan dipaparkan pada skrin LED gergasi di sepanjang laluan pejalan kaki Orchard dan mencipta mosaic yang menarik.
Orchard Pit Shops: GPSS Lifestyle Bazaar
Tarikh: 8 – 17 September 2023
Lokasi: Orchard Pedestrian Walkway
Tiada Tiket (Masuk percuma)
Laluan pejalan kaki di Orchard ini akan dipenuhi dengan kemeriahan bazaar GPSS dengan lebih 40 gerai akan dibuka! Bazaar ini menggabungkan F&B yang lazat yang bakal menarik perhatian pengunjung berserta dengan produk artisan tempatan, muzik, art installations dikelilingi suasana Instagrammable bagi pengunjung yang ingin merakam momen di sini bersama rakan-rakan atau keluarga – gabungan festival eklektik ini pastinya akan membuat pengunjung merasa seronok!
Experiential Brand Pop-ups
Tarikh: 8 – 17 September 2023
Lokasi: Orchard Pedestrian Walkway
Tiada Tiket (Masuk percuma)
Rangkaian experiential brand pop-ups yang menarik ini akan memenuhi laluan pejalan kaki dari ION Orchard ke Ngee Ann City. Inilah masanya yang sesuai bagi anda yang suka membeli-belah!
Alpine Sports Car Display
Tarikh: 8 – 17 September 2023
Lokasi: Front Foyer, Wisma Atria
Tiada Tiket (Masuk percuma)
Sebuah sports car Alpine dengan rekaan bertemakan perlumbaan yang dicipta oleh seorang artis bernama Amos Ananda akan dipamerkan di ruang legar hadapan di Wisma Atria.
Clarke Quay Precinct
LED Displays
Tarikh: 8 – 17 September 2023
Lokasi: Clarke Quay Fountain Square
Tiada Tiket (Masuk percuma)
Skrin LED yang tinggi ini bakal menyiarkan setiap ucapan dan mesej sempena acara GPSS – untuk mewujudkan international ambience yang akan memberikan suasana seolah-olah anda berada di Times Square!
Teleios Race Sims Grand Slam
Tarikh: 15 – 17 September 2023
Masa: 3 petang – 6 petang
Lokasi: Clarke Quay Fountain Square
Tiada Tiket (Masuk percuma)
Acara liga e-motorsport ini bakal berlangsung selama 3 hari serentak dengan tempoh acara GPSS – ia akan mempertemukan racing gamers untuk berlumba di dalam pertandingan yang mendebarkan ini bagi merebut gelaran Juara GPSS Sims.
Kampung Gelam Precinct
Light Art Street Installation
Tarikh: 8 – 17 September 2023
Masa: 4 petang – 12 tengah malam
Lokasi: Pahang Street Carpark
Tiada Tiket (Masuk percuma)
Ingin melihat paduan seni tradisi bertemu seni moden? Inilah yang bakal anda saksikan di light art walk-through di Kampung Gelam – padanan seni unik dan berwarna-warni ini akan memenuhi jalanan ini seiring musim GPSS ini. Anda boleh berswafoto dan muat turun di laman sosial anda – one for the gram!
Culturally Singapore
Tarikh: 8 – 16 September 2023
Masa: Setiap hari 8 malam
Lokasi: Pahang Street Carpark
Tiada Tiket (Masuk percuma)
Persembahan pelbagai budaya di Pahang Street ini bakal memeriahkan lagi suasana festival, sambil mempamerkan budaya dan visual buat semua golongan, pengunjung tempatan atau pelancong luar.
GPSS Food Park & Food Truck Alley
Tarikh: 8 – 17 September 2023
Masa: 4 petang – 12 tengah malam
Lokasi: Pahang Street Carpark
Tiada Tiket (Masuk percuma – Setiap caj makanan di sini bergantung kepada pesanan individu)
Acara ini sudah pastinya akan menjadi kegemaran pencinta makanan! Trak makanan di sini akan menyajikan hidangan lokal dan antarabangsa yang lazat, termasuk snek dan pencuci mulut.
Hot-Pit Stops: Grills & BBQ
Tarikh: 8 – 17 September 2023
Masa: 4 petang – 12 tengah malam
Lokasi: Aliwal Street Carpark
Tiada Tiket (Masuk percuma – Setiap caj makanan di sini bergantung kepada pesanan individu)
Setiap peniaga di sepanjang Aliwal Street ini bakal menyajikan pelbagai makanan gourmet – daripada juadah seperti sate dan makanan laut segar, kepada steaks dan burgers, terdapat juga BBQ pits! Sewaktu berada di sekitar Kampung Gelam ini, anda juga berpeluang melihat Singapore Stories – Miniatures of the Past yang turut berlangsung di sepanjang 8 – 17 September 2023 dari 4 petang – 12 tengah malam. Seorang artis bernama Wilfred Cheah telah menaiktaraf seni dan kraf ke tahap yang lebih tinggi dengan ciptaan miniatur beliau yang melambangkan senario dan tempat menarik di Singapura dari masa lalu.
Sentosa Precinct
Siloso Beach Walk Bazaar
Tarikh: 8 – 17 September 2023
Masa: 4 petang – 12 tengah malam
Lokasi: Siloso Beach Walk, Sentosa
Tiada Tiket (Masuk percuma)
Bersiar-siar di laluan pejalan kaki di sepanjang pantai Siloso, F&B dan aktiviti membeli-belah di sini menjanjikan bahawa anda tidak akan merasa penat berjalan di Siloso Beach Walk ini. Sewaktu anda berjalan di sini, pitstops yang menghiburkan anda bakal menanti di sepanjang perjalanan.
GPSS Beach Feastable
Tarikh: 8 – 17 September 2023
Masa: 4 petang – 11 malam
Lokasi: Siloso Beach Walk
Tiada Tiket (Masuk percuma – Setiap caj makanan di sini bergantung kepada pesanan individu)
Bagi meraikan salah satu kulinari terhebat Singapura dan ‘raja’ bagi semua hidangan ketam, GPSS Beach Feastable akan menjadi tarikan utama bagi setiap pengunjung lokal dan pelancong luar, dan ini adalah tempat yang paling sesuai untuk menghiburkan pelancong antarabangsa yang datang berkunjung untuk menyaksikan Grand Prix. Keunikan tempat ini juga akan tertumpu pada jamuan di tepi lautan ini, pasti meriah dan seronok!
Artsy On The Beach
Tarikh: 8 – 17 September 2023
Masa: 4 petang – 11 malam
Lokasi: Siloso Beach Walk
Tiada Tiket (Masuk percuma)
Zon aktiviti seni dan artsy ini lengkap dengan bengkel dan aktiviti kraf serta arked permainan tepi pantai. Aktiviti ini juga bakal mengundang minat setiap golongan pengunjung ke Siloso Beach Walk, Sentosa!
Sentosa Beach Games
Tarikh: 9 – 10 September 2023
Masa: 4 petang – 7 malam
Lokasi: Siloso Beach Walk
Tiada Tiket (Masuk percuma)
Beach games atau permainan pantai adalah kompetitif sama seperti perlumbaan kereta! Mulakan keseronokan anda bersama keluarga atau teman-teman anda di sini!
Retro Auto Vintage Displays
Tarikh: 8 – 10 September 2023
Masa: Setiap hari 7 malam (Parade)
Lokasi: Southside
Tiada Tiket (Masuk percuma)
Sudah lama tidak menyaksikan car parade? Pertunjukan kereta klasik ini akan menimbulkan rasa kagum serta membibitkan rasa emosi kepada pengunjung yang meminati kereta klasik – dapat mengimbas kenangan lampau, menghargai sejarah lampau, kecantikan unik kereta klasik, usia kereta klasik ini juga memerlukan penyelenggaraan dan pemulihan yang luar biasa. Pada waktu malam di Southside, perarakan kereta klasik akan diadakan di sepanjang jalan di Pulau Sentosa ini.
Ketika berada di Sentosa, jangan lupa berkunjung ke Palawan Beach!
Dengan perasmian pembukaan The Palawan di Sentosa baru-baru ini, ianya telah menjadi destinasi terkini untuk gaya hidup dan juga hiburan sepanjang Palawan Beach di Pulau Sentosa – tingkatkan keseronokan anda bersempena dengan acara Formula 1 Grand Prix Singapura 2023! Anda juga berpeluang untuk merasai pengalaman dan keghairahan adrenalin dengan perlumbaan go kart HyperDrive di Palawan Beach ini, pengalaman acara kart elektrik indoor yang pertama di Asia. Ini adalah aktiviti bertiket, sesiapa pun berpeluang untuk menyertai acara ini di dalam 2 kategori berbeza iaitu junior karting (17 tahun ke bawah) dan juga kategori terbuka (18 tahun ke atas – dan mempunyai lesen memandu yang sah)
Pengalaman acara perlumbaan HyperDrive ini menjurus ke arah menyatukan komuniti sambil menghidupkan semula semangat kesukanan bersempena dengan minggu perlumbaan Grand Prix F1 Singapura. Festival ini meraikan kemajuan teknologi, estetika visual yang menakjubkan dan idea inovatif yang berani. Selain itu, terdapat juga Wellness Point di Southernmost Point, Sentosa dari 9 – 10 September 2023. Dikenali sebagai Southernmost Pointdi Benua Asia, semuanya pasti akan menjadi lebih santai dan rileks dengan kelas Yoga, Pilates, Stretch dan BodyArt di sini.
Bagaimana? Anda teruja dengan acara dan aktiviti GPSS September ini?
Sudah pastinya setiap acara dan aktiviti di sekitar musim GPSS patut dikunjungi. Jangan lepaskan peluang anda untuk menerokai Singapura – inilah masanya untuk membawa keluarga atau mengajak teman-teman anda berkunjung dan menyertai aktiviti menarik ini. Jom cipta momen bersama! Acara GPSS di malam hari juga bakal dibanjiri dengan sinaran lampu LED berwarna-warni, ia juga berbaloi untuk dikongsi di laman sosial anda!
Acara dan aktiviti GPSS ini akan membuat pengalaman anda di Singapura lebih bermakna – ini kerana ia bakal berlangsung seiring acara Formula 1 (F1) Singapura Grand Prix 2023. Acara ini bukan sahaja disediakan hanya buat peminat F1 tetapi juga buat semua pengunjung ke Singapura semasa musim F1. Rancanglah bersama keluarga atau teman-teman anda untuk ke Singapura September ini dan berseronok lah di acara GPSS dan lawati tarikan terkini di Singapura!
Apa pandangan anda?