Anda jangan rasa terkejut jika kami kata ada orang yang sangat gemar makan raw food kerana percaya ia adalah bagus untuk diet mereka!
Ini kerana di seantero dunia memang wujud sekelompok individu yang mengamalkan pemakanan sedemikian dan ia digelar sebagai raw food diet.
Apa itu raw food diet (RFD)?
RFD sudah tercipta sekitar tahun 1800 lagi namun popularitinya masih tinggi. Sehingga ke hari ini, masih ada yang gemar makan makanan mentah.
Ia adalah amalan untuk individu makan makanan mentah yang masih lagi belum dimasak, diproses atau sebarang cara lain.
Pun begitu, diet pemakanan ini hanya membenarkan proses penyediaan lain seperti kisar, rendam, cambah dan ekstrak asalkan ia tidak dipanaskan dengan haba.
Hampir sama dengan diet vegetarian, pengamal RFD juga banyak mengamalkan diet sayur-sayuran, buah-buahan dengan sedikit pengambilan daging haiwan.
Selain itu, diet ini juga mungkin tidak akan membenarkan pengambilan sebarang makanan tambahan seperti suplemen kerana disyaki berbahaya buat kamu.
Persoalannya, adakah diet makanan mentah ini akan mendatangkan sebarang manfaat atau mudarat? Jom teruskan membaca artikel!
Manfaat makan raw food
Ramai pengamal diet RFD mempercayai bahawa tabiat makan makanan mentah boleh mendatangkan manfaat terhadap tubuh badan kita semua.
Menurut pelbagai kajian, berikut adalah kemungkinan manfaat yang boleh didapati melalui RFD:
#1. Tinggi nutrien
Makanan mentah seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan produk tenusu sememangnya kaya dengan nutrien penting untuk tubuh badan.
#2. Serap enzim
Proses penyediaan untuk memasak makanan mungkin boleh menghapuskan atau mengubah enzim semula jadi yang terdapat dalam makanan kamu itu.
Jika ia dimakan secara mentah pula, ada kemungkinan bahawa enzim tersebut masih ada dalam bentuk natural dan diserap oleh tubuh.
Raw food diet untuk #3. Berat badan
Sekiranya kamu mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obesiti, diet makanan sebegini mungkin dapat membantu mengawal masalah ini.
Ini kerana kebanyakan makanan yang termaktub dalam diet RFD ini adalah rendah kalori serta tinggi serat lantas membuat kamu kurang berasa lapar.
Manfaat makanan mentah yang lain?
Selain itu juga, mungkin wujud manfaat diet RFD yang lain meskipun masih memerlukan kajian lanjut untuk memastikan kesahihannya termasuklah:
- Memberi lebih tenaga
- Membuat kulit lebih sihat
- Meningkatkan sistem penghadaman & pencernaan
Mudarat makan makanan mentah
Meskipun telah kami nyatakan beberapa manfaat diet RFD, ketahuilah bahawa tabiat makan makanan mentah ini masih boleh mendatangkan mudarat.
Menurut Centers for Disease Control (CDC), terdapat beberapa risiko mengamalkannya dan antara yang paling tinggi adalah keracunan makanan.
Buat kamu yang mungkin belum tahu, kamu berisiko terkena keracunan makanan jika makan tumbuhan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang mentah.
Selain contoh itu, kondisi ini juga mungkin boleh terjadi jika kalian memakan:
- Daging yang tidak dimasak atau separuh masak
- Telur yang tidak dimasak atau separuh masak
- Produk tenusu yang tidak dipasteur terlebih dahulu
- Makanan laut yang tidak melalui proses penyediaan
Jadi, adakah raw food diet adalah diet yang bagus?
Berdasarkan beberapa manfaat dan mudarat yang telah kami nyatakan di atas tadi, maka kalian mungkin sudah boleh mempertimbangkan baik dan buruk.
Namun jika kamu bercadang untuk mencuba diet makanan sebegini, ada satu perkara yang perlu diketahui berkenaan tempoh masa pengamalannya.
Untuk pengetahuan kamu, RFD mungkin tidak akan mendatangkan sebarang kesan buruk jika hanya diamalkan buat tempoh masa pendek.
Pun begitu, diet RFD ini berkemungkinan lebih besar mendatangkan kesan buruk buat kamu yang mengamalkannya buat tempoh masa panjang.
Selain itu juga, diet makanan mentah ini mungkin akan lebih mencabar jika kalian tidak tahu akan jenis makanan mana yang harus dipilih.
Jadi, kami boleh kata bahawa RFD ini adalah diet yang bagus jika dilakukan dalam tempoh masa yang ideal serta memilih jenis makanan mentah yang betul.
Sebaiknya, dapatkan nasihat doktor dan pakar nutrisi sebelum mencubanya!
Apa pandangan anda?