Pelakon dan penyampai radio Hot FM, Riena Diana beli Mazda CX-5. Kereta pertamanya itu sudah diimpikan sejak tiga tahun lalu dan akhirnya berjaya memilikinya sempena hari ulangtahunnya yang ke-24 pada 3 September lalu.
Menurut laporan Kosmo, Riena Diana atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal berkata, dia bersyukur impiannya untuk memiliki kereta sendiri menjadi kenyataan selepas beberapa kali permohonan pinjaman ditolak pihak bank.
Mengapa Riena Diana Beli Mazda CX-5?
Sejak memulakan kariernya lima tahun lalu, Riena meminjam kereta Perodua MYVI lama milik bapa saudaranya untuk bergerak ke sana ke mari.
Dia berkata walaupun MYVI tersebut tidak berpenghawa dingin, MYVI itulah yang paling banyak berjasa kepadanya dan mendakwa dia langsung tidak malu membawa kereta MYVI yang menjadi kebanggaannya itu.
Katanya, sejak memulakan perjalanan kariernya lima tahun lalu, dia menghadapi kesukaran untuk memiliki kereta.
Ketika itu, dia pernah membuat permohonan bank untuk membeli kereta termasuk Perodua MYVI, namun gagal.
Dalam muatnaiknya di Instagram, Riena menyebut di dalam kapsyennya, “Alhamdulillah at my age of 24, I dapat unlock 1 more achievement in my life.
“Different people, different journey kan? Bukan la mewah mana but I’m beyond happy!! More to come insyaallah!” nukilnya. Riena dilihat memilih Mazda CX-5 dengan rona Machine Gray Metallic. Mazda amat dikenali dengan buatannya yang premium dan tempat duduk selesa.
Tidak dapat dipastikan varian Mazda CX-5 yang menjadi pilihan pelakon cantik ini, namun harga CX-5 baru bermula dari RM 132,000 sehingga 174,000.
Artikel ini ditulis oleh Mersita untuk WapCar.
Apa pandangan anda?