Posted on January 18, 2021
Ya Allahhhhhhh… boleh jadi gila rasanya PKP niiiiiii. Seks konsisten jiran sebelah rumah aku tu will drive me crazyyyyyyy!!!!!!! Bukan aku tak suka PKP. Cuma yelah bila terpaksa dengar orang bersenggama all the time, kepala pun boleh jadi tak betul lama-lama.
PKP 2.0 dah bermula sejak Rabu minggu lalu. Baguslah sebab angka pesakit COVID-19 sudah melebihi 3000 setiap hari secara konsisten. Sememangnya PKP ni amat perlu untuk memerangi wabak yang semakin menular di kalangan rakyat Malaysia. Tetapi banyak juga teman Norma yang tidak berapa suka dengan keputusan kerajaan ini. Ada yang komplen sebab bisnes tak berjalan. Ada yang tak suka kerana tak boleh bersosial lagi sebab dine in tidak dibenarkan. Ada juga yang panik sebab bimbang jika berterusan, bisnes akan melingkup.
Tetapi lain ceritanya dengan teman Norma, Farah yang duduk bersendirian di salah satu kondo mewah di ibu kota. Dia tidak kisah langsung dengan PKP 2.0 ini tapi malam Jumaat, dia menelefon Norma. “Eh aku ni lama-lama boleh jadi gila agaknya dengan keadaan PKP ni.” Kata Farah tanpa sebarang hello atau pembuka bicara.
“Mengapa Farah? Are you okay? Apa yang kau tak cukup. Nanti aku suruh driver aku hantar to you…” jawab Norma.
“Eh bukan sebab tak cukup barang lah Norma. Kau pun tau aku happy je dengan PKP ni. Tapi jiran sebelah aku ni boleh buat aku jadi mental kot lama-lama.” balas Farah pula.
Jiran Farah ialah seorang lelaki kacukan Jepun-Amerika, Steve yang bermastautin di Kuala Lumpur kerana kerja. Adalah juga beberapa kali Farah terserempak dengannya dan berbual pendek. Memang kacak dan tegap tinggi orangnya. Dia bekerja sebagai jurutera di salah sebuah syarikat telekomunikasi di sini. Dia memang tinggal seorang di rumah itu. Tapi ada beberapa kali Farah ternampak wanita-wanita yang berbeza datang berkunjung ke rumahnya.
Agak si Farah, sama ada dia memang jenis suka bertukar-tukar ‘teman wanita’ ataupun mereka itu hanyalah sekadar wanita yang dia temui di kelab-kelab malam dan kemudian bawa pulang ke rumah untuk one night stand. Ada beberapa yang tahan paling lama sebulan, yang lain-lain hanya Farah nampak sekali dua. Tidak kisahlah kalau begitu pilihan hidup Steve. Asalkan tidak mengganggu Farah atau mendatangkan masalah, dia tak kisah.
Cuma sejak pandemik melanda ini, Farah perasan hanya ada seorang sahaja wanita yang sering berkunjung ke rumah Steve. Wanita Melayu berkulit sawo matang, tinggi sederhana dan berbentuk badan cantik menggiurkan. Dan mungkin kerana kelab-kelab malam dan tempat minum pun tak berapa aktif, hanya wanita ini sahaja yang sering dibawa pulang Steve. Mungkin kerana pasaran wanita malam ini pun semakin menurun lah sejak COVID-19 menular.
“Mengapa Farah? Apa yang tak kena dengan Steve?” Norma bertanya. Adalah Farah menceritakan tentang Steve kepada Norma beberapa kali terutamanya tentang wanita-wanita yang kerap kali Steve bawa pulang ke rumah. Itulah sumber berita panas Norma. Suka juga dia melayan kerana cerita-ceritanya juicy.
“Kau tau kan sekarang hanya ada satu je perempuan yang selalu datang ke rumahnya. Perempuan Melayu kulit sawo matang yang aku cerita kat kau tempoh hari.”
“Ya…” jawab Norma.
“Nah sejak Rabu lalu, yang aku dengan hanya suara perempuan tu mengerang sahaja!!!!!!!! Seks konsisten mereka tu yang akan buat aku jadi gila!!!!!!” Farah separa menjerit dalam telefon.
Norma ketawa terbahak-bahak dalam di hujung talian. Geli hatinya mendengar kata-kata Farah. Lebih geli hati ialah reaksi Farah terhadap situasi Steve dengan ‘teman wanita’ nya. “La… Farah, macam kau tak biasa dengan bunyi seks Steve tu. Dah banyak kali pun kau kena dengar kan? Take it easy lah Farah.”
“Senang lah kau cakap. Bukan kau yang kat sini. Sekali-sekala aku okay lah. Seronok juga kadang-kadang… eh…! Tapi ni kalau dah seks konsisten siang malam, naik gila aku nanti. At one point aku kena pasang Airpod aku je dalam telinga sebab nak drown kan bunyi seks dia orang. Haihhhhhh tak letih ke seks 24 jam? Tak melecet keeeeeeeeeee!!!!!!” cerita Farah geram.
Nah, begitulah ceritanya Farah sejak PKP 2.0 bermula. Macam-macam pengalaman orang dalam PKP ni. Dalam pada kerajaan sendiri berbolak-balik dalam mengeluarkan arahan untuk rakyat, hal politik negara yang tak berkesudahan dan cerita-cerita gempar seperti kontroversi daging Harimau Menangis emak Neelofa, ada juga masalah-masalah yang tak terbayangkan seperti masalah Farah ini.
Bukannya dia gila sebab hidup seorang dan tak ada aktiviti nak buat tapi sebab jiran sebelah seks konsisten siang malam. Apalah nasib si Farah dapat jiran yang menggantikan kebosanan PKP dengan seks. Betul jugalah soalan Farah tu tak penat ke? Tak melecet ke? Tak kering ke? Hahaha. Entahlah Norma sendiri tak tahu, yang mana lebih baik? Gila sebab bosan tak tau nak buat apa atau gila sebab terlalu banyak mendengar bunyi seks jiran sebelah? Hmmmm….
Apa pandangan anda?