Posted on November 30, 2025

The RuMa Hotel and Residences, hotel urban mewah yang terkenal dengan identiti reka bentuk Malaysia moden, menerima pengiktirafan berprestij apabila dianugerahkan One MICHELIN Key 2025. Pengiktirafan ini diberikan kepada hotel-hotel terpilih di seluruh dunia yang menawarkan pengalaman penginapan istimewa, berjiwa unik dan layanan luar biasa. Label “MICHELIN Key” menandakan pencapaian penting bagi The RuMa, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi penginapan yang menampilkan gabungan harmoni antara warisan tempatan, reka bentuk kontemporari dan layanan intuitif.

Mengetengahkan Jiwa Malaysia dalam Kemewahan Moden
Terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur, hanya beberapa langkah dari Menara Berkembar Petronas dan pusat membeli-belah utama seperti Suria KLCC dan Pavilion Kuala Lumpur, The RuMa berdiri sebagai salah satu destinasi penginapan popular di tengah ibukota.
Apabila melangkah masuk ke sini, tetamu bakal disambut dengan instalasi sangkar burung terracotta — rekaan yang diinspirasikan daripada sejarah perlombongan bijih timah Malaysia dan air pancut gangsa buatan tangan yang berdiri di tengah-tengah ruang melambangkan hubungan, penemuan dan gerak budaya yang tidak putus.
Di bahagian dalam pula, rekaan tangga spiral yang megah dengan instalasi Kebayaku menjadi elemen utama yang menonjolkan seni kraftangan Malaysia, kolonialisme serta evolusi fesyen tempatan. Kesemua elemen ini membentuk naratif reka bentuk yang kaya, sekaligus menjadikan The RuMa sebagai hotel yang benar-benar mencerminkan karakter Malaysia.



Menyentuh Rasa ‘Rumah’ Melalui Reka Bentuk Bilik
The RuMa mempunyai 253 bilik dan suite yang direka untuk memberikan suasana nyaman seperti rumah — tenang, hangat dan peribadi. Reka bentuk bilik menampilkan kipas siling klasik, ruang yang luas serta minibar berinspirasikan nostalgia dengan snek tempatan. Pemandangan latar langit Kuala Lumpur melalui tingkap besar menyuntik rasa moden, sementara penggunaan material serta warna bumi mengekalkan keakraban budaya Malaysia. Pengalaman ini membezakan The RuMa sebagai penginapan kontemporari yang tetap berakar pada jati diri tempatan.

ATAS: Menyemarakkan Warisan Kuliner Malaysia
Jantung pengalaman gastronomi di hotel ini terletak di ATAS, restoran yang meraikan kepelbagaian rasa Malaysia. Nama “ATAS” memberi gambaran kepada pendekatan kulinernya — meninggikan hidangan tradisional melalui teknik moden dan persembahan bercerita. Melalui Rasa Malaysia Menu, tetamu dapat menikmati hidangan yang diinspirasikan oleh budaya Melayu, Cina, India dan masyarakat pribumi – setiap hidangan disampaikan dengan gaya elegan tanpa mempertaruhkan keaslian rasa.
Selain ATAS, The RuMa menawarkan beberapa ruang santai eksklusif lain, termasuk:
The LIBRARI — mengetengahkan sentuhan kontemporari dan elegan, ruang ini menawarkan Chapters of Heritage Afternoon Tea – manisan artisanal dan snek ringan sehingga lewat malam.


SEVEN Lobby Bar — Bar elegan dengan koleksi 77 jenis gin dari seluruh dunia, dipadankan dengan botani tempatan. Lokasi ideal untuk berkumpul, berbual santai atau sekadar menikmati koktel dalam suasana mewah.
SANTAI Pool Bar & Lounge — Sesuai untuk kamu yang ingin bersantai di tepi kolam renang di bawah cahaya matahari, atau menikmati koktel malam sambil menyaksikan panorama indah kota Kuala Lumpur.


Baca: Menghayati Budaya Dalam Setiap Hidangan: Chapters of Heritage Afternoon Tea di The LIBRARI
UR SPA: Spa Eksklusif yang Memadukan Elemen Tradisional & Moden
UR SPA, spa yang diinspirasikan oleh tradisi tempatan seperti Dusun Inan Body Therapy dan Urutan Malaysia, menggabungkan elemen tradisi dan teknik moden untuk sebuah pengalaman spa yang menenangkan bukan sahaja buat tubuh, malah juga minda. Aras yang sama turut menempatkan pusat kecergasan 24 jam, membolehkan tetamu mengekalkan keseimbangan aktiviti fizikal dan relaksasi sepanjang penginapan.

MICHELIN Key: Pengiktirafan Global untuk Pengalaman Tanpa Kompromi
Anugerah One MICHELIN Key bukan sekadar label kecemerlangan — ia adalah pengiktirafan terhadap identiti, keaslian dan standard layanan luar biasa yang ditawarkan oleh The RuMa Hotel and Residences. Pengiktirafan 2025 ini mengukuhkan reputasinya sebagai destinasi pilihan bagi mereka yang mencari pengalaman penginapan mewah yang penuh karakter dan berteraskan budaya Malaysia. Dengan kombinasi reka bentuk yang elegan, gastronomi berjiwa tempatan, ruang santai bertaraf dunia dan layanan yang melangkaui jangkaan, The RuMa membuka lembaran baharu sebagai antara hotel ikonik di Malaysia dengan pengiktirafan antarabangsa.
Segala maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi The RuMa Hotel and Residences: www.theruma.com
.gif)



















.gif)

Apa pandangan anda?