Posted on May 5, 2021
Oh kamu dah dapat waktu temujanji vaksin COVID-19? Banyak yang mendaftar untuk mengambil vaksin AstraZeneca sudah pun mendapat pengesahan mereka. Bagus bagus. Pastikan kamu bawa hand sanitizer, pakai mask dan ada juga yang sudah rancang nak pakai baju apa. Tapi jangan lupa juga untuk bawa botol besar berisi air. Mengapa? Ha kerana ini salah satu tip selepas vaksin yang mesti kamu tahu.
“Sangat penting untuk kamu kekal hydrated sebelum dan selepas divaksin,” kata Dr Robert Quinghley M.D dari International SOS. Kesan sampingan paling biasa untuk semua jenis vaksin menurut Centers for Disease & Prevention (CDC) ialah sakit, letih, sakit kepala dan sakit otot. Maka meminum air banyak akan membantu mengurangkan semua kesan ini.
Tip selepas vaksin: Mengapa Minum Air Kurangkan Kesan Sampingan?
“Vaksin COVID atau mana-mana vaksin sekalipun akan mengaktifkan sistem imun untuk mencipta antibodi terhadap penyakit berjangkit tanpa perlu terdedah kepada virus atau bakteria,” kata Pengarah Syarikat Kesihatan Heal, Dr Sachin Nagrani M.D. Kitaran darah yang bagus sangat penting untuk sistem imun dan respons terhadap vaksin. Ini akan membantu membawa sel imun ke seluruh tubuh dengan lebih baik.
Pabila kamu disuntik vaksin, sistem imun kamu akan bertindak balas dengan antibodi baru – ini yang menyebabkan kesan-kesan sampingan seperti demam, seram sejuk dan keletihan. Minum air banyak akan membuat kitaran darah kamu lancar, merebakkan antibodi baru kepada semua organ sekaligus mengangkut semua sisa yang tercipta oleh sel imun. Lebih banyak air yang diminum, lebih efisien penghantaran ini, semakin cepat kesan sampingan akan hilang.
Mengapa kurang air akan memburukkan lagi kesan sampingan vaksin?
“Kurang air akan memburukkan lagi kesan sampingan vaksin,” kata Dr Quigley. Ini kerana kurang air akan lebih senang membuat kamu letih dan sakit kepala. Ini salah satu kesan sistem kitaran darah kamu tidak lancar. Kerana itu juga kamu tidak digalakkan minum alkohol sebelum atau selepas divaksin. Kurang air akan memburukkan lagi kesan sampingan.
“Kesan sampingan biasa yang akan terjadi selepas divaksin ialah demam. Ini akan membuat tubuh hilang air kerana berpeluh,” kata Dr Vivek Cherian M.D. Ini seterusnya akan menyebabkan sakit kepala, seram sejuk dan letih. Minumlah air banyak jadi kalau pun kamu banyak hilang air sebab berpeluh, kamu tidak akan kurang air. Mual juga salah satu kesan sampingan vaksin, jadi minumlah air sedikit-sedikit untuk mengurangkan rasa nak muntah. Disarankan juga kamu mengambil acetominophen jika kamu rasa tak selesa selepas divaksin.
Apa pandangan anda?