Posted on December 21, 2020
Kunjungan kami ke butik ‘kendiri’ UNIQLO DA Square minggu lalu (sebelum pembukaan rasminya pada 18 Disember) membangkitkan antisipasi. Antisipasi yang menunaskan rasa teruja dan gembira. Sewaktu UNIQLO menggazet kemunculan ‘first roadside store’ mereka di Instagram pada bulan November, bermacam-macam bayangan yang berkeliling dalam kepala.
Dalam kegembiraan menanti, terfikir-fikir apakah binaan umpama gedung yang gah ini menerbitkan seyojana mata memandang, kerana bangunannya yang berona putih srigading menambat perhatian, apalagi lokasinya betul-betul di sisi jalan? Apakah suasananya bak berada di pasar raya di luar negara, dengan tempat parkir yang terletak di sekitar bangunan dan tidak perlu menapak jauh ke pintu masuk? Malah dengan tanaman pagar yang membentengi kawasan serta billboard truss atau papan iklan berkekuda yang jelas terpampang label rona merah ‘UNIQLO’… menjentik rasa seperti berada di luar negara. Pasti ada antara kamu yang cocok dengan pendapat kami, bukan?
Sesampainya kami di UNIQLO DA Square – yang terletak di tengah-tengah kawasan kejiranan Bandar Sri Damansara – sejujurnya, semua perkiraan yang disebut di atas tadi muncul! Saat menjangkah masuk ke dalam butik UNIQLO DA Square ini, ia seakan-akan ‘mengepung’ pemerhatian kami untuk terus bertumpu pada bahagian dalamnya. Dominasi rona perang serta pancaran lampu jingga dan juga konsep kayuan, menyempurnakan seluruh reka bentuk dalaman. Seperti berada di dua alam yang berbeza – bahagian luarnya putih bersih dan di dalamnya pula berona perang terang.
Kaunter bayarannya juga panjang, berjajar dengan dua pintu masuk utama. Kemudian dari pintu masuk, pandangan kita akan terus berganti ke seksyen pakaian perempuan serta lelaki, yang terletak benar-benar di hadapan kaunter tersebut. Mempamerkan pilihan rencaman – daripada himpunan LifeWear pakaian kasual, pakaian kerja, pakaian kelengkapan sukan, pakaian tidur, HEATTECH, AIRism dan segala-gala rangkaian – semuanya tersedia jelas di depan mata.
Peralatan tidur AIRism turut tersedia di UNIQLO DA Square
Sepanjang melewati setiap sudut butik itu yang terbahagi kepada beberapa kategori pakaian, – termasuklah pakaian kanak-kanak di bahagian belakang – terdapat juga seksyen peralatan tidur AIRism. Siap dengan peragaan katil yang bersifat minimal, UNIQLO DA Square satu-satunya butik yang membawa masuk koleksi peralatan tidur seperti alas bantal dan cadar ‘secara fizikal’. Tidak perlu lagi dibeli di atas talian!
Kaunter UTme yang menyediakan perkhidmatan cetakan & customization. Kemeja-kemeja T UT yang diletakkan di dalam kotak berkaca (di dinding) mengingatkan kami pada UNIQLO Ginza di Jepun!
Menyambung bicara tentang kelainan butik UNIQLO DA Square ini, sudut kaunter mencetak kemeja T UNIQLO UT yakni UTme, yang sama seperti di cawangan UNIQLO Fahrenheit 88 turut ada. Kaunter UTme tersebut menawarkan perkhidmatan personalization dan customization untuk pengunjung-pengunjung yang mahu mencetak kemeja T serta beg tote mereka. Malah, di dinding yang berdekatan dengan kaunter UTme juga dihiasi oleh pameran sebarisan kemeja T UT juga UTme, yang diletakkan di dalam dalam kotak berkaca dan ia mengingatkan kami pada pameran kemeja T UT di UNIQLO Ginza, Jepun! Hashtag throwback!
Kaunter sustainability yang diletakkan di penjuru, pameran untuk mendidik pengunjung-pengunjung tentang kepentingan kelestarian fesyen
Sebagai jenama fesyen yang memperjuangkan kelestarian fesyen, sudah tentu UNIQLO DA Square tidak mengabaikan aspek yang ada kaitan dengan sustainability atau kemapanan di dalam butiknya. Selepas singgah ke kaunter UTme, UNIQLO meletakkan kaunter istimewa yang mempamerkan kelestarian fesyen di bahagian penjuru yang tersisip di antara seksyen pakaian lelaki dengan pakaian kanak-kanak. Apa yang menariknya fasal kaunter kelestarian fesyen ini adalah konsep yang diketengahkan oleh UNIQLO yang telus dalam menunjukkan bahan-bahan sustainable serta proses-proses pembuatan pakaian. Ia bertujuan untuk mendidik serta berkongsi ilmu kepada pengunjung-pengunjung UNIQLO tentang kepentingan kelestarian fesyen.
Mencampurkan elemen membeli-belah dengan konsep seperti muzium, UNIQLO DA Square menjanjikan satu pengalaman baharu buat pengunjung-pengunjung. Dengan keluasan 15, 100 kaki persegi, ruangnya dirasakan lapang dan puas ketika membeli-belah. Pada masa yang sama, ia bersifat peribadi dan membenarkan pengunjung-pengunjung untuk menerokai setiap pilihan item yang mahu dibeli. Dan mengapa ia memilih kawasan kejiranan untuk membina roadside store ini? Kerana UNIQLO DA Square beraspirasi untuk mendekatkan diri mereka dengan komuniti.
Luas dan lapang! Bilik mengacu pakaian juga direka panjang dan luas. Terletak di tengah-tengah kawasan kejiranan, UNIQLO DA Square beraspirasi untuk mendekatkan diri dengan komuniti
Apa pandangan anda?