Vaksin Johnson & Johnson menambah pilihan kepada vaksin COVID-19 yang ada. Apakah kelebihan dan perbezaannya?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Selain Pfizer-BioNTech dan juga Moderna, syarikat terkenal Johnson & Johnson juga turut menyumbang kepakaran mereka dalam menghasilkan vaksin COVID-19. Menariknya, vaksin ini adalah jenis vaksin yang sedikit berbeza daripada pengeluar yang lain.
Apakah perbezaannya?
Vaksin Johnson & Johnson guna teknologi Adenovirus
Jenis vaksin ini menggunapakai kaedah vaksin Adenovirus. Vaksin Adenovirus ini menggunakan DNA berangkai dua berbanding vaksin mRNA yang menggunakan RNA berangkai satu.
Dalam vaksin ini, penyelidik menambahkan sekeping bahan genetik daripada protein spike novel coronavirus menjadi virus lain, iaitu Adenovirus 26.
Virus ini diubahsuai sehingga mempunyai kemampuan untuk memasuki sel tetapi tidak menggandakan jumlahnya di dalam sel.
Adenovirus adalah sejenis virus biasa yang menyebabkan gejala seperti selesema.
Namun, memandangkan jenis virus Adenovirus yang digunakan dalam vaksin telah diubah dan tidak dapat ditiru, ia tidak boleh membuatkan kita jatuh sakit.
Bagaimana vaksin ini berfungsi?
Apabila anda mendapat suntikan vaksin jenis ini, Adenovirus yang diubah suai akan membawa sepotong spike protein ke permukaan sel anda.
Ia kemudiannya akan ditarik ke dalam sel, di mana virus yang diubahsuai tersebut akan bergerak ke nukleus sel yang menempatkan DNA sel tersebut.
Adenovirus ini kemudiannya akan memasukkan DNAnya ke dalam nukleus sel, gen spike protein tersebut dibaca oleh sel, dan kemudian disalin ke penyampai RNA (mRNA).
Selepas itu, mRNA ini akan meninggalkan nukleus dan berfungsi sebagai satu set arahan untuk sel lain agar sel lain menghasilkan spike protein seperti yang telah disalin di nukleus sel sebelum ini.
Spike protein ini kemudiannya dikenal pasti oleh sistem imun tubuh, dan tubuh kamu akan bertindak balas dengan menghasilkan antibodi terhadap ancaman yang dirasakan itu.
Sel-sel sistem imun tubuh kamu kemudiannya akan mengingati cara bagaimana untuk memerangi spike protein virus COVID-19 ini.
Oleh itu, jika kamu dijangkiti lagi dengan COVID-19 pada masa akan datang, badan kamu akan mempunyai kemampuan untuk melawannya dengan lebih berkesan.
Keunikan jenis vaksin Johnson & Johnson
Vaksin keluaran Pfizer-BioNTech dan juga Moderna memerlukan dua dos suntikan bagi memberikan perlindungan penuh daripada jangkitan COVID-19.
Namun, bagi jenis vaksin keluaran Johnson pula, ia hanya memerlukan satu dos suntikan sahaja dengan kesan perlindungan yang sama.
Memandangkan teknologi penghasilan vaksin yang digunakan oleh Johnson & Johnson ini berbeza, cara penyimpanannya juga adalah lebih mudah berbanding vaksin keluaran syarikat Pfizer-BioNTech dan Moderna.
Vaksin dengan teknologi mRNA seperti keluaran Pfizer dan Modern memerlukan tempat penyimpanan dengan suhu serendah -70 darjah Celsius.
Manakala vaksin dengan teknologi Adenovirus seperti keluaran Johnson dan Oxford-AstraZeneca hanya memerlukan ruang simpanan dengan suhu serendah 2 hingga 7 darjah Celsius.
Bagaimana pula dengan keberkesanan jenis vaksin ini?
Vaksin keluaran Pfizer-BioNTech juga telah diluluskan oleh pihak Pentadbiran Makanan & Ubat (FDA) untuk kegunaan kecemasan.
Bagi jenis vaksin Johnson pula, ia mempunyai keberkesanan keseluruhan sebanyak 66% bagi mengelakkan jangkitan COVID-19 sederhana dan juga teruk.
Ia juga mempunyai keberkesanan sebanyak 85% bagi penyakit yang teruk semasa ujian percubaan klinikal fasa ketiga.
Setakat hari ini, vaksin ini telah melepasi ujian klinikal fasa tiga dan mereka sudah memohon kelulusan bagi penggunaan kecemasan daripada pihak ADA.
Ada kesan sampingan?
Berdasarkan ujian klinikal, vaksin ini mungkin akan menyebabkan kesan sampingan ringan dan sederhana.
Ini termasuklah mengalami simptom seperti selesema, sakit kepala, sakit badan, rasa sakit pada kawasan yang disuntik dan juga demam.
Namun, perlu diketahui bahawa kebanyakan kesan sampingan yang berlaku ini adalah kerana tindak balas normal tubuh terhadap vaksin yang disuntik.
Ia menunjukkan bahawa tubuh anda memberikan respons pertahanan seperti yang diharapkan.
Untuk lebih banyak artikel sebegini lawati Hello Doktor
Apa pandangan anda?