Posted on June 9, 2020
Bagaimana nak buat wanita pancut waktu seks? Ada yang kata wanita pancut waktu seks hanyalah mitos tapi banyak juga yang kata ia tanda orgasme paling puas. Pancut bukan mitos. Ia fenomena yang legit, disertai dengan kesabaran kamu boleh mencapainya. Satu lagi fakta salah tentang wanita pancut waktu seks ialah ia bukan air kencing ya.
Cecair ini keluar dari kelenjar Skene, yangs sering dirujuk sebagai prostat wanita. Tetapi ia juga bukanlah ejakulasi kerana cecair ejakulasi sedikit pekat dan putih dalam amaun sedikit. Ada yang kata pancutan wanita ini boleh membasahkan tilam. Ia terdiri daripada urea, sekaligus dengan asid uric, cecair ejakulasi dan creatinine.
Pancutan wanita ini ialah, “Bahan yang tercipta dalam pundi disebabkan seks yang puas dan dilepaskan pada waktu orgasme,” terang pakar kesihatan wanita, Martina Mercer. “Ia bukan kencing, ia sesuatu yang benar. Ia ejakulasi wanita. Wanita berasa puas merasainya dan kini setelah kita lebih arif tentangnya, wanita boleh lebih menikmatinya,” tambahnya lagi.
Seorang pendidik seks dan pengasas bersama Soft Paris memberi empat panduan untuk wanita pancut waktu seks.
Tetapi sebelum kamu mengikuti empat langkah ini, kamu ingat tiga peraturan ini
1 Jangan tergesa-gesa
2 Cari G spot kamu dan rangsangkannya
3 Bersabar dan buang semua jangkaan
4 Langkah Untuk Wanita Pancut Waktu Seks
Relaks
Pastikan kamu selesa dan hilangkan semua ketegangan dalam tubuh. Jangan bagi orang mengacau perasaan dan emosi. Kamu juga mungkin mahu mengalas tuala di atas tilam kamu.
Cari G-spot kamu
- Duduk atas, bengkokkan lutut dan letakkan cermin di celah kangkang. Buka labia kalau perlu.
- G-spot ada dalam vagina, 0.5 hingga 2 inci dari bukaan vagina, pada dinding vagina menghala ke perut.
- Masukkan jari ke dalam vagina dan bengkokkan ke arah pusat.
- Kamu boleh rasa daging kecil sama dengan permukaan bola golf atau kulit oren.
Rangsang G-spot kamu
Rangsang G-spot kamu secara lembut. Ingat ini bukanlah perlumbaan. Ambil masa dan buang jauh sebarang jangkaan.
- Gunakan banyak pelincir. Selain ia memberi nikmat, ia juga mengurangkan risiko melecet atau cedera.
- Pilih pelincir berasas air (pelincir silikon mungkin lebih tahan lama tapi tak elok digunakan bersama kondom dan permainan seks silikon)
- Rangsang G-pot guna tangan atau penggetar (vibrator) G-spot yang memiliki sudut bagus untuk mencapai G-spot kamu. Penggetar G-spot lebih senang mencapai bahagian G-spot dan merangsangkannya.
Setelah G-spot kamu terangsang, tisu erectile akan dipenuhi darah. G-spot dan labia akan mengembang. Sebahagian G-spot akan berasa tidak selesa, jadi rangsang bahagian itu secara lembut.
Dengar kata tubuh
Pastikan kamu sedar dengan sensasi dalam tubuh dan ubah tekanan seadanya. Ingat ia sepatutnya nikmat. Bagi sesetengah, ejakulasi hanya berlaku pabila vulva dan G-spot dipenuhi darah dan mengembang. Kerana pancutan wanita ini keluar dari urethra, berasa seperti nak kencing itu normal.
Ada wanita yang pancut hanya pabila G-spot dirangsang (dengan penetrasi). Untuk yang lainnya, ada yang mencapainya pabila tiada penetrasi. Ia tergantung individu.
Posisi untuk wanita pancut waktu seks
Kalau kamu bersama lelaki, pasangan berzakar atau menggunakan strap-on (dildo), cuba posisi seks cowgirl atau doggy.
Posisi cowgirl membenarkan kamu mengawal tubuh dan sensasi, membuatkan kamu lebih senang untuk merasai G-spot kamu.
Doggy pula membolehkan pasangan kamu meletakkan tekanan lebih kepada lapisan depan vagina.
Ingat, pancutan mungkin terjadi kali pertama mencubanya atau mungkin setelah beberapa tahun. Paling penting ialah kamu perlu merasa selesa dengan tubuh kamu.
Apa pandangan anda?