It’s giving season! Pastinya sudah ramai yang mula berkira-kira untuk membelikan si tersayang hadiah istimewa. Jika kamu masih belum punya idea, kami ada cadangan sempurna daripada seleksi helaian musim cuti Levi’s® yang boleh kamu pertimbangkan sebagai sebuah ‘pemberian’.
Kami pilih sendiri helaian ini dari stor Levi’s® di Pavillion, Kuala Lumpur bersama Wan Zurnadia – salah seorang Fresh Face 2024. Susuk tubuh Zurnadia yang tinggi lampai membuatkan setiap helaian yang disarungnya terlihat sempurna dan sangat fashionable. Namun, jangan risau meskipun tanpa sosok persis model persalinan Levi’s® tetap akan menaikkan aura si pemakai dan paling penting ia menjanjikan keselesaan berpanjangan.
Berikut merupakan empat gaya pilihan kami:
STREET SMART
Kemeja denim lengan panjang Teodora Western Shirt (Air Space 5) berona indigo gelap dipadankan dengan seluar jean Ribcage Bells (Sonoma Walks) yang digambarkan Levi’s® sebagai seluar dengan potongan pinggang paling tinggi mereka – ia juga dihasilkan dengan potongan kaki lebar vintaj bagi mengembalikan nostalgia warisan 70-an Levi’s®.
Meskipun sarat dengan ciri klasik namun ia tetap mempunyai nilai moden menjadikan helaian tersebut penuh versatil lagi bergaya.
Buat yang belum tahu, koleksi musim cuti Levi’s® kali ini adalah hasil kolaborasi bersama Emma Chamberlain. Emma mengangkat Ribcage Bells sebagai salah satu helaian kegemarannya kerana ia mudah untuk dipadankan dengan apa sahaja jenis baju.
POP DIVA
Jackson Worker Overshirt bernuansa hijau terang dengan XX Chino Standard III Sparrow S Twill bakal menyerlahkan keyakinan pada diri si pemakai. Kombinasi ini sesuai digayakan wanita mahupun lelaki yang ingin tampil lebih berani dan ‘edgy’. Tambahkan dengan sedikit aksesori seperti tali pinggang, sudah cukup untuk menonjolkan lagi keseluruhan look.
Untuk baju kain yang digunakan adalah jenis tidak panas, bersesuaian dengan cuaca Malaysia – membolehkan si pemakai untuk bergaya dan bergerak secara selesa. Ia juga dilengkapi dengan dua poket berfungsi di bahagian dada dan butang di bahagian depan serta pergelangan tangan.
XX Chino pula adalah seluar berpotongan lurus – you could never go wrong with this, terutama sekali buat lelaki. Padan kan sahaja dengan t-shirt berkolar atau kolar bulat mahupun kemeja – semuanya serba kena!
SPORTY CHIC
Jika kesayangan kamu jenis yang gemar tampil lebih sporty, apa kata cuba padanan lapisan baju sejuk Relaxd Graphic Crew Space Cowboy Crew MHG bersama Teodora Western Shirt (Ecru Crew 6) dan lengkapkan keseluruhan gaya dengan seluar jean Ribcage Bells (Sonoma Train).
Gaya lapisan ini tidaklah terlalut sarat namun punya ‘wow factor’ tersendiri. Baju sejuk yang kami pilih adalah sangat ringkas, mudah digayakan sama ada dengan lapisan ataupun tidak. Sementara, Teodora Western Shirt direka dengan elemen feminin yang diangkat dari gaya ruji barat – ia mengetengahkan potongan relax cut dan dilengkapi butang snap klasik di bahagian depan berserta dua poket tampal.
Ribcage Bells ditawarkan dengan tiga pilihan warna lain termasuk hitam (On The Town), indigo gelap (Sonoma Walks) dan indigo terang (Marin Babe ). Ia juga didatangkan dengan pilihan berjenis korduroi. Berbicara mengenai seluar jean, ia adalah helaian paling mudah digayakan. Jika sudah tiada idea sangat, pilih sahaja t-shirt kosong dengan warna paling asas seperti putih sebagai padanan – menghasilkan look yang bersahaja dan santai.
COMFY CASUAL
Masih mengekalkan konsep lapisan, kali ini Teodora Western Shirt (Ecru Crew 6) dipadankan dengan cardigan Monica LS (White + – Neutral) dan Ribcage Bells (Sonoma Train). Kalau biasanya cardigan disarung sebagai outerwear kali ini Zurnadia menggayakan helaian tersebut di bahagian dalam lalu disarung dengan Teodora Western Shirt, padanan warna putih di sini menyerlahkan sisi ‘lembut’ pada diri si pemakai.
Cardigan Monica LS juga tersedia dalam dua lagi pilihan warna iaitu merah jambu (Mauve Chalk) dan hijau (Black Forest). Ia hadir dengan potongan V pada bahagian leher, butang di bahagian depan dengan potongan figure-hugging slim fit.
Rekaan dan pilihan warna untuk koleksi musim cuti Levi’s® ini sangat malar segar – meskipun waktu berlalu helaian mereka terus relevan untuk disarungkan dan dijadikan hadiah buat tersayang mahupun diri kamu sendiri.
It’s Giving Season: Koleksi musim cuti Levi’s® 2023 adalah pilihan sempurna untuk dijadikan hadiah. Ia tersedia untuk pembelian di kesemua rangkaian Levi’s® seluruh Malaysia dan levi.com.my
Apa pandangan anda?