Posted on February 7, 2023
Sesiapa sahaja yang mementingkan perhatian terperinci (atau biasa digelar OCD) sememangnya akan senang hati dengan hal-hal yang detailed. Mengapa? Kerana hasil yang terbaik hanyalah possible apabila semua butiran disempurnakan, walau sekecil mana pun. Dan ini merupakan salah satu ciri istimewa yang menjadikan STRIP: Ministry of Waxing pakar penyingkiran rambut bertaraf global.
Di STRIP, pelbagai treatment yang kelihatan sederhana sebenarnya menggambarkan dedikasi tinggi terhadap perkhidmatan ini. Seperti dalam reka bentuk dalaman stor-stor STRIP, walaupun lebih mudah menyeragamkan setiap cawangan, namun sentuhan diperibadikan jelas dilihat kerana setiap satunya mempunyai rekaan hiasan tersendiri. Dari segi kebersihan, lazimnya ia diremehkan, tetapi STRIP melaksanakan amalan kebersihan yang ketat dalam rawatan penyingkiran rambut, termasuk Pek Kebersihan Peribadi (Personal Hygiene Pack) yang direka khusus untuk rawatan pada bahagian badan paling intim.
STRIP Malaysia yang mula beroperasi dari tahun 2006, sering mengambil kira maklum balas pelanggan tentang keperluan penjagaan peribadi, diteliti secara detailed, dan menghasilkan perkhidmatan yang lebih komprehensif selain rawatan penyingkiran rambut. Seperti Rosebud Vajuvenation dan Thermal Shape, iaitu peningkatan seterusnya dalam perjalanan penjagaan peribadi wanita. Ini penting ke arah melengkapkan pengalaman dalam rangkaian produk penjagaan intim TWO L(I)PS WIPEOUT yang menyempurnakan pengalaman menyayangi diri secara menyeluruh.
Produk terbaharu dalam usaha sentuhan minima dengan perbezaan yang ketara oleh STRIP adalah TWO L(I)PS WIPEOUT, tisu pembersih wanita dengan keseimbangan pH optimum yang memberi rasa segar bagaikan usai mandi, hanya dengan satu sapuan. Tisu pembersih wanita yang lembut ini diperbuat daripada kapas organik terbiodegradasi dan mengandungi rumusan bahan-bahan yang unggul.
Untuk efek soothing sambil melembapkan kulit, mengurangkan kemerahan, kekeringan dan kerengsaan, dengan kebolehan untuk membersihkan kotoran, peluh dan sebum berlebihan, Evening Primrose Oil menangani keperluan ini. Arginine melindungi kulit daripada kerosakan ‘radikal bebas’ sambil menggalakkan penghasilan kolagen. Ciri anti-radang untuk memulihkan fungsi perlindungan kulit dicapai dengan Panthenol yang menghidratkan. Antioksidan yang membantu memberi efek soothing dan melindungi kulit dari tekanan elemen persekitaran adalah Resveratrol. Sebatian ini menjadi formula premium yang berfungsi untuk membersih, menyegarkan dan melembapkan tanpa mengganggu kadar pH semula jadi kulit. Turut direndam dalam setiap helaian ialah campuran proprietari minyak pati Rosemary dan Geranium; kaya dengan manfaat anti-bacterial dengan wangian yang menyenangkan. Seperti semua produk TWO L(I)PS, WIPEOUT telah diuji secara dermatologi dan dibuat tanpa sulfat, paraben, alkohol, pewarna, peluntur, pewangi tiruan dan phenoxyethanol. Hanya RM50 sekotak dengan 20 helaian!
STRIP telah menyediakan peluang untuk sesiapa sahaja yang teruja untuk mengetahui tentang penjagaan intim unik STRIP. Dari kini hingga 28 Februari 2023, STRIP Vending Machine (Mesin Layan Diri STRIP) akan memberi STRIP Starter Pack (Pek Permulaan STRIP) di cawangan STRIP THE CURVE. Versi eksklusif Starter Pack ini mengandungi baucar rawatan percuma, paket sampel TWO L(I)PS dan sehelai WIPEOUT. Cara untuk mendapat Starter Pack ini adalah mudah, iaitu dengan mengimbas Kod QR, melengkapkan borang dan mengimbas kod yang diterima melalui e-mel. Jadi pastikan tidak ketinggalan pergi ke lokasi tersebut pada masa terhad ini, dan dapatkan STRIP Starter Pack sempena musim percutian ini.
Menambahkan pada keseronokan musim meriah ini, berikut adalah tawaran pengenalan istimewa untuk mengalami Sentuhan Minima, Perbezaan Yang Ketara yang jelas sekali di STRIP, dari kini hingga Mac 2023:
- AFT Bawah Lengan untuk wanita dan lelaki pada harga RM68 dan RM88 masing-masing (Harga Biasa: RM450 / RM585)
- AFT Brazilian pada harga RM188 dan AFT Boyzilian RM288 (Harga Biasa: RM900 / RM1,170)
- AFT Separuh Kaki Bahagian Bawah untuk wanita dan lelaki pada harga RM288 dan RM388 masing-masing (Harga Biasa: RM900 / RM1,170)
Tawaran harga pengenalan ini adalah untuk penebusan sekali dan adalah harga satu sesi rawatan. Ia disediakan untuk pelanggan pertama kali yang belum menerokai perkhidmatan STRIP. Tawaran ini tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut dan menempah sesi rawatan, sila hubungi Pusat Panggilan STRIP:
- WhatsApp: 012-9286 310;
- Tel: 03-2201 6310 / 6311; atau
- E-mel: info@strip-my.com
Layari www.strip-my.com untuk mengetahui tentang rawatan dan produk STRIP. Dapatkan berita terkini STRIP melalui Facebook dan Instagram
Apa pandangan anda?