Posted on February 21, 2020
Siapa tidak kenal dengan salon Unistella. Jika kamu peminat K-Beauty, kamu pasti kenal salah sebuah salon paling popular ini di Korea kerana ia antara salon yang menjadi pilihan ramai selebriti di sana untuk mendapatkan servis kuku terbaik, antaranya ahli kumpulan Blackpink, Red Velvet dan ramai lagi. Dan pernah juga terbangkit isu kontroversi apabila Eunkyung Park, manicurist serta pemilik salon Unistella ini meluahkan rasa tidak puas hati di laman media sosialnya terhadap jenama penjagaan kuku nombor satu Amerika, Sally Hansen, yang meniru beberapa hasil seni kukunya.
Walaupun begitu, Eunkyung dan Unistella masih terus dan tidak berhenti mencipta hasil seni baharu dan lebih segar, malah menjadi ikutan dan inspirasi ramai. Semalam Lisa (Blackpink) dilihat muncul di pertunjukan fesyen Prada di Milan. Jika kamu hendak tahu kukunya juga waktu itu dirias oleh tim Unistella sendiri. Mari kita lihat 5 kuku Lisa Blackpink hasil Eunkyung Park, Penata rias salon kuku Unistella ini.
Eunkyung Park
Lisa untuk Prada FW20 di Minggu Fesyen Milan
Lisa untuk wajah Vogue Korea isu Mac 2020
Lisa untuk pertunjukan fesyen Celine di Men’s Fashion Week, Paris
Lisa untuk sesi fotografi editorial majalah
Lisa untuk event Bvlgari di Seoul
Eunkyung popular dengan signatur riasan kuku menggunakan aksesori wayar jenis perak serta paling terbaru tatahan batu mutiara bukan sahaja pada kuku malah pada tangan.
https://www.instagram.com/p/B8G9RGtl22Q/
Dan jika satu hari nanti kamu berkunjung ke Seoul, jangan lupa untuk berkunjung ke salon popular ini!
Apa pandangan anda?